Pemandu Proton, Chris Atkinson mendahului hari pertama APRC New Zealand yang berlangsung semalam. Beliau berada 6.2 saat di depan pemandu tuan rumah, Hayden Paddon yang memandu Subaru Impreza manakala di tempat ketiga pula ialah seorang lagi pemandu Proton Satria Neo S2000 iaitu Alister McRae.
Dengan 76 pasukan bertanding dalam rali ini, beberapa pemandu seperti Rifat Sungkar dari Indonesia, Sloan Cox dari New Zealand, Hao Yuan dari China dan Seijchiro Taguchi dari Jepun yang kesemua mereka memandu Mitsubishi Lancer Evo gagal untuk menamatkan perlumbaan.
Jaguh rali Malaysia, Karamjit Singh yang memandu Proton Satria Neo Cusco dan rakan pasukan, Akira Bamba pula masing-masing di tempat ke 20 dan 22. Sebuah lagi kereta Proton Satria Neo yang dipandu oleh Sanjay Ram dari India pula berada di tempat ke 26. Karamjit dan Akira kini mendahului kategori 2WD, APRC.
Perlumbaan bersambung hari ini dengan baki 8 peringkat perlumbaan.
7 comments
Skip to comment form
Yay……menang…..1-2 aprc…..1-3 overall….seems that proton s2000 dah dapat consistency….
I’m refers to current result..bukan article ini
Final result…overall…1-7 ….aprc 1-2….alistair have problem
well done
ada video tak?
syntax error. file not found.
satria neo hebat sebab driver ker atau memang jentera satri neo sememangnya hebat