Pajero datang lagi!!
Peh, macam Tora datang lagi.
Pajero adalah sebuah nama yang lu orang semua kenal, pacuan empat roda, lasak, bising, melantun-lantun, lembap, tak boleh rosak, kaki pancing, Lanun Darat, tinggi, turbo intercooler, RTM, JKR dan banyak jabatan kerajaan yang masih digunakan sampai hari ini. Model V32 dan V45 gua rasa yang paling ikonik. Gua pernah berangan nak beli V75W tapi setelah mengetahui enjin 3.5 V6 itu dikenakan cukai jalan tak masuk akal, gua membatalkan hasrat tersebut.
Sejak sedekad yang lepas, Jepun macam tak berminat nak kembangkan teknologi disel. Bagi kereta berenjin disel jenama Jepun, kebanyakannya di source out dari rakan kongsi Eropah mereka. Betul, jika bercakap tentang membersihkan alam sekitar, Jepun lebih tertumpu kepada hybrid, EV dan petrol yang membakar RON100.
Ini adalah Pajero generasi keempat. Tak macam produksi kereta yang tamat setiap 5 tahun, life cycle untuk model Pajero lebih panjang. Malah, ketika Landcruiser memperkenalkan Land Cruiser II, Prado dan Ninja, Pajero masih kekal dengan casis gantian L siries iaitu V series.
Pajero hari ini tak sama dengan Pajero zaman dulu. Sekarang, ia dibuat untuk menjadi SUV off road mewah. Casisnya bukan lagi dibuat dengan konsep ladder frame. Suspensinya bukan lagi jenis dedaun dan tempat duduknya dah tak ada spring.
Pada harga RM282 ribu, inilah satu-satunya 4X4 yang entah, gua rasa macam geli nak panggil SUV. CRV, Hyundai Tucson bolehlah kot. Pajero ni masih nampak garis badan yang jahat. Jenis kalau dilepaskan tali, terus nak masuk hutan, tak mau dia masuk parking IKEA.
Namun itulah hakikat dalam segmentasi, 4X4 lasak sekarang dah dialihkan pada siri trak pikap dan 4X4 kelas sederhana (Pajero Sport/Fortuner) itu yang sepatutnya. Tapi berapa kerat kah orang yang pakai pikap bawak masuk hutan? Rasanya Hi-lux dan Ford Ranger calon yang masih tinggal.
Apa ada pada Pajero ni?
- Enjin V6 Mivec 3.8 liter 250ps roadtax RM2964.80
- Sistem audio Rockford Fosgate 12 speaker Jo.
- Gearbox Super Select 4WD SS4-II (ada 4 seleksi 4WD)
- Active stability and Traction Control (ATSC)
- Suspensi depan double wishbone, belakang multilink. Amacam. Boleh buat Time Attack ni.
- 7 seater, 3rd row seat tu bolehlah nak bawak anak kucing.
- Air cond belakang jenis side vent macam ekzora
- Lampu HID/Sunroof/Keyless.
- Ada info meter yang catat pengunaan petrol,jam, kom pas dan paling best, kelendar.
- Lampu dan wiper auto/leather seat.
- 3 tahun waranti/100,000km
- Gua akan beli sekenhen model ni pada tahun 2067
-Baii-
9 comments
Skip to comment form
harap opis gomen jangan lah beli kete mewah cam nih lg…beli untuk bos2 g meting je..wat keje udahnya guna lanrober perang……..
kat sabah sarawak seswai gune ni…pejabat tenaga kerja bakun pakai prado…bes je diorang bawak 100kmj kat jalan gravel…huhu
lame lagi la ko nk beli… hahaha.. tahun 2067 tu… maser tu harga dier dah mcm kancil skang kot…
sme la den..ni pun duk tgu honda fd murah2.bilo la wei..gaji xnaik2 gak..nk toreh getah,pokok xda.rm5 lbh skrg nih.
ketua geng lanun darat kena beli nih…..
ko nk beli sekenhen model ni pada tahun 2067…..
aku rase mase tu kete ni org dh xpkai dhh….
cantik
beli laa bai lepas tu jual mpv lu kat gua.. gua nak buat taxi exec amacam
kalu msk utan, kira cm roll royce ler…