Kalau kita ingat dulu-dulu Proton Satria GTi pernah jadi kereta Polis UK, memang mayshur betul sebab kereta Malaysia layak jadi kereta Polis. Sekarang ini nak jadi pembekal kerajaan bukan mudah dan seperti dilaporkan proses tender Hyundai untuk dapat status Pembekal Terpilih saja dah makan dua tahun. Status tersebut diberi oleh Persatuan Pengurus Kenderaan Polis Kebangsaan yang kira macam sokongan untuk beli kereta Hyundai. Antara kriteria proses tender ialah kos pembelian dan penyelenggaraan, prestasi, kualiti dan nilai jualan semula kenderaan.
Pasaran tahunan kenderaan Polis adalah sebanyak 7,800 unit untuk luar London dan kira-kira 2,000 unit untuk dalam bandar. Model Hyundai yang dijangka popular dalam pembelian tersebut ialah i20, i30, ix35, Santa Fe dan van iLoad. Kesemua model Hyundai dilindungi lima tahun waranti dengan batuan tanpa had.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
ps: Dijangka Proton Waja baru [Inspira?] akan menjadi barisan terbaru kereta peronda PDRM.
5 comments
Skip to comment form
PDRM Msia duit byk boleh beli evo X.. baru selisih sebiji kat Duke hiway tp pursuit kancil aje hehe.. upgrade waja polis tu aje masuk halfcut evo6 kompom laju cam evo X
tol tu sepat…
kat melaka nie lom jumpe lagi . . .
pas nih polis mesia mesti pakai waja lancer yg baru tuh…
gomen byk abis duet beli keter2 bes tp banyak je kes2 yg diorg tak setelkan…em…
Tucson baru nih memang cun..kena plak dgn kaler putih…rege 140k,6 speed…tp resale value cam ner ek..??