WRC Jerman 2010: Sebastien Loeb Juara Lagi!

Citroen WRC Jerman2010.03

Selepas dikalahkan oleh Jari-Matti Latvala pada WRC Finland lepas, Sebastien Loeb kembali meneruskan misi lagendanya dengan memenangi pusingan terbaru WRC di Jerman. Bukan setakat Loeb saja yang menang tetapi tim Citroen World Rally mendominasi terus perlumbaan tersebut. Latvala dari Ford Abu Dhabi hanya menduduki tempat keempat.

Tempat kedua dimenangi oleh Dani Sordo, tempat ketiga pula oleh pemandu tim Citroen Junior, Sebastien Ogier dan bekas pemandu Formula Satu Kimi Raikkonen pun boleh tahan dengan tempat ketujuh.

Kemenangan ini merupakan kali yang ke 32 untuk kereta C4 WRC, dah sama dengan rekod Xsara WRC dan menjadikannya antara kereta hebat dalam sejarah rali dunia. 32 kali juara dalam 52 rali.

WRC seterusnya adalah pada Hari Raya Aidilfitri nanti, di Jepun.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

3 comments

    • e-pi on 30/08/2010 at 12:25 PM
    • Reply

    nk tanya,ble bleh g amik hadiah pennziol tue??mgu dpn ek??

  1. Salam

    Minggu ini, nanti saya umumkan infonya.

    😉

    • jeremy on 31/08/2010 at 10:32 AM
    • Reply

    does anyone have seen WRC cars overtake like this in WRC or other rally

    http://www.youtube.com/watch?v=mzFgGcfgjZ0&feature=player_embedded

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.