Awal bulan baru ini tim rali Proton R3 berlumba di APRC Queensland. Keputusan mereka tak berapa elok dan sebab tu lambat sangat berita ni ditulis. Kalau menang awal-awal lagi dah saya tulis, tak cukup papan kekunci nak menaip. Walaupun kalah, tim memenangi hampir kesemua peringkat perlumbaan, Chris dan Alister hampir menang tetapi seperti biasa masalah teknikal melanda dan mereka bersara.
Secara total, gabungan Chris dan Ali memenangi 15 daripada 18 peringkat keseluruhan rali. Chris menang 11 dan Ali pula menang 4 peringkat.
Walaupun kalah tetapi tim tetap menang, menang berlumba dengan helikopter. Sebelum rali, Chris menyertai acara Kereta Rali lawan Helikopter yang diadakan di Lapangan Terbang Sunshine Coast di Queensland. Lapangan terbang ditutup selama sejam dan iya, Proton Satria Neo S2000 menang!
Sumber & Foto: Proton Motorsports
-Mak Uia-
6 comments
Skip to comment form
hebat…
takdok keje laing doh main kite kejo nge helikopter?????
bkn ni brita mggu2 lalu ka?
berita agak terlewat cket..dah lama rasanya dlm sminggu dah brita ni..papepon sy berbangga ngan neo..walopon pakai enjin lain n driver bukan org msia…atleast ada teknology sket dr negara kita…sapa lg yg nak support kalo bukan kita..kete kita tu oiiii…korg xbangga ke??hehe
hui
apehal tayo berapi tuh…
npe x lawan ngn kete?