Lotus Racing mengumumkan Nabil Jeffri, remaja berusia 16 tahun yang sekarang ini bersaing dalam BMW Pacific untuk tim Eurasia Motorsport akan memandu kereta Lotus Racing semasa ujian aerodinamik pada awal September nanti di UK.
Prestasi terkini Nabil ialah berada di tempat kelima dalam kejuaraan Formula BMW Pacific dan dengan peluang ini akan memberikan beliau pengalaman berharga dalam sukan Formula 1.
Peluang untuk pelumba muda ini adalah sebahagian dari pakej penajaan untuk beliau dari AirAsia ASEAN Driver Development Program yang memfokus kepada mempercepatkan pembangunan sukan permotoran di rantau ASEAN. Ia menawarkan platform kepada pelumba untuk mengasah bakat mereka untuk bersaing dengan pemandu kelas dunia lain.
Sumber: Lotus Racing
-Mak Uia-
8 comments
Skip to comment form
kan bagos aku yg pandu bendealah tu….
good luck for Nabil
anak org2 yg ada ‘uang’ ja yg layak…
Sesiapa ank org x bermoney tebal jgn hrp le nk pandu bendalah tu..n siapa yg ada bapak tp xder title tansri,dato,uih..lg le jauh nk drive bende tu.bkn europe ni..bkn finland..
yg penting…wang…wang…wang…
Malaysia…its all about money….
ya..saya setuju…uang2 la wat dia famous tu..hehehe
tahniah..
kte brfkiran positif…
kte psg niat biar ank2 kita sok yg bwk kete 2..kte lak yg jd dato’2,tansri2…
pe pn perkembangan yg positif di malaysia utk sukan permotoran..