Saya mengikuti perkembangan Lotus lebih dekat sejak kebelakangan ini. Ada yang sayasiarkan dan ada yang saya senyapkan sambil menunggu perkembangan terkini. Terima kasih pada Encik Matpon sebab kelmarin siarkan gambar sekeping dan cerita sepatah dua, kira rajin la tu. Encik Dany Bahar, bekas orang kuat Ferrari sejak makan gaji dengan Lotus dia buat beberapa perubahan dan paling signifikan sekali ialah perubahan organisasi. Bila kita tarik bos kanan sesebuah firma kemungkinan besar dia akan tarik sama geng-geng dia. Sama macam Lotus Racing, kebanyakannya orang-orang Mike Gascoyne.
Jadinya sekarang ini ramailah bintang-bintang Ferrari bekerja di Hethel, kilang Lotus dan bukan itu sahaja ada juga mantan orang besar dari Porsche dan Aston Martin. Kita boleh kata Lotus sekarang jadi macam tim bola All-Stars sebab ramai orang berpengalaman dan handal.
Satu hal dengan Lotus ialah walaupun jenamanya dipandang tinggi tetapi ianya syarikat yang merugikan dari segi kewangan. Tahun lepas mereka berjaya menjual lebih kurang 3 ribu unit kereta dan selain itu ada lah beberapa projek konsultasi.
Proton pula tidak mempunyai jenama yang kuat di peringkat global dan di situlah syarikat anak-beranak ini akan berkerjasama. Kemungkinan besar Proton Emas [5 pintu] akan dipasarkan sebagai Proton manakala Emas3 dan Emas Country pula sebagai Lotus. Emas akan dipasarkan dalam pasaran sediaada Proton manakala 2 lagi varian dalam pasaran Lotus. Dari situ Proton akan mengukuhkan jenamanya di samping penerokaan kepakaran Lotus dengan lebih mendalam manakala Lotus pula diharapkan meraih jualan yang lebih tinggi dan membuat duit dan kerjasama ini akan meningkatkan sinergi antara kedua syarikat.
Kereta Lotus memang bagus tetapi dengan teknologi yang semakin pesat mereka nampak seperti ketinggalan. Untuk mengatasi masalah tersebut mereka merancang untuk sebaris dengan Ferrari, Porsche dan lain-lain.
Jadi itulah dia, walaupun tak jadi berkerjasama dengan VW, Proton kena fikir jalan lain untuk kekal wujud dan terus menyumbang kepada negara. Lotus pula sampai bila nak kena tanggung dengan Proton.
Porsche dulu hampir nak bankrap sehinggalah mereka keluarkan Cayenne. Model Porsche yang lagi banyak saya nampak atas jalan berbanding Boxster, Cayman atau 911. Sekarang ini mereka keluarkan pula Panamera, kereta 4 pintu. Walaupun kipas-susah-mati kutuk tapi apa barang meniaga kalau jual kereta 10 unit setahun. Baik meniaga Myvi.
Foto: Proton
-Mak Uia-
14 comments
Skip to comment form
Ikut korang la.
Buat la ape yg korang rase terbaek.
Jgn menipu orang sudah
Bagus la kalo Lotus boleh setaraf ngan Ferrari…Harap2 jualan kereta mereka pon akan melonjak …Proton camne plak?
rasanya proton emas ada masalah power window lagi x??? aku cukup fedap nak pakai kereta proton ni,kenang nasib xda duit je…:(
tu la,jual keta mahal x ingat,nasib baik x bangkrap,nk sangat jadikan kereta keluaran mereka terlalu xklusif…
letak la lagi harga juta2…
sepat,
Nk tnyer sket nih..myvi de nk kuar model bru ker?org kate bln 7 nti…tlong siasat sket eh,klu de gmbr2 menarik..aku nk bli myvi la..da survey2 tkut bli model lme jer kang..
pasal model baru gua kurang arif maklum aje tak nampak lak kereta2 berbungkus dgn cover hitam keluar dari kilang perodua tu.. tapi nanti gua cek dgn jaga gate perodua itupun kalau dia tak tertidur time kerja laa. he he he
sbb salesmen produa kate de model bru nk kuar,dia suh aku tgu jap sbb aku da msuk apply loan da..2yg nk tgok pict dulu klu de..
tnyer2 la mkcik kantin produa ker..
bagus gak biar ade ferarri 4 pintu yg boleh angkot family..
selagi proton dipenuhi jurutera n jurureka yg syok sendiri,sampai taun2020 xkan ada kemajuan.sbb aku dah ada peristiwa ngan org r n d proton ni.masa neo kuar dulu.aku tanya le ape motif buat corak rim cm kipas?dgn konfiden gile dia jwb ”oh…itu kita buat berpandukan kipas turbin..”..aku lak ”??????”apekehal????pastu nak klentong lg neo,gen2,waja,xamik chasis mitsu,tapi member aku wat masuk evo4 ok jer..apekehal???sampai bile la proton nak tipu org msia.??elok sgt vw xmau…
Klw rosak spare part Lotus mmg kualiti trjamin, tp spare part proton ni.. dh la harga mkn kot tepi, outomatik tiba2 harga jd mahal, bla org guna made in jepun, x leh la.. salah la.. spare part proton? kualiti entah hape-ape!
Aku tetap setia dengan Wira aku. walaupun kualiti ntahpepe, tapi tu yang aku ada utk dikayuh ke tempat keja yg lokasinya jem tak ingat.
kalau boleh kluarkan satu model je yang macam Ferrari(ie lotus esprit) yang lain tu menten je la murah2.. (elise/exige tu murah2 pun sebenarnye mahal jugak!!)
Aku setuju proton kuarkan kete ni..Xkira la harga mahal pon…Org Malaysia ni bkn sume xmampu, kalo kuarkan harga RM500k pon org bli pnye janji kete sports yg bgos.. Taruk la turbo ke, supercharge ke baru la anak muda respek sket.. Nk kuarkan kete kena la ikot selera org. Soal kewangan tu lain cerita, nk kete best kena la usaha yg best gak kan. Kepada yg mampu tu support la kete Malaysia
bila porsche buat suv,aku ingat lotus pon belasah buat suv jugak lah..pasal nyer..praktikal..leh muat 5 orang dgn selesa…kete sport 2 seat nih market kecik jer,bukan semua org kaya minat kete sport…bg org kaya..tu kete 5 keatas…kalau suv ia akan jadi kete 1 atau ke2…kete untuk wat bisnes dan angkut family sekali..