F1: GP Kanada 2010: McLaren 1-2!

536451404-5052221262010

Lewis Hamilton dan Jenson Button sekali lagi mengulangi kejayaan seperti di Turki dengan menjuarai GP Kanada dengan podium 1-2! Perlumbaan kali ini dianggap sukar sebab permukaannya yang kasar dan tayar lembut hanya boleh bertahan lebih kurang 10 hingga 15 pusingan manakala tayar keras lebih kurang 25 – 30 tayar. Kedua pemandu McLaren Mercedes tersebut berjaya menaiki podium kerana mereka berjaya menggunakan strategi tayar yang betul. Hamilton dan Button membuat penukaran tayar pada pusingan keenam dan ketujuh dan kemudian masuk ke pit sekali lagi pada pusingan ke 26 dan 27 dan tayar tersebut digunakan hinggalah ke pusingan 70 seterusnya menduduki podium.

356070858-4036221162010

Ferrari yang dipandu Fernando Alonso pula tidak berapa menjadi, Hamilton memotong kereta beliau di laluan lurus dan kemudian diasak pula oleh Button pada pusingan ke 56 seterusnya menjadikan beliau tercicir di tempat ketiga. Strategi tayar yang tidak menjadi juga berlaku kepada tim RedBull, Sebastian Vettel tidak berapa ngam dengan tayar dan begitu juga dengan Mark Webber, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima.

Tim Mercedes GP Petronas kita pula mencatat kedudukan terbaik di tempat keenam oleh Nico Rosberg manakala Michael Schumacher di tempat kesebelas. Schumi pada awalnya berada di kedudukan kesembilan dan diasak oleh Felippe Massa dan sewaktu di pusingan 65 Schumi menghalang Massa dari memotong dan Massa menanggung akibatnya, sayap depan kereta rosak dan beliau masuk ke pit.

_MG_7389-bce79307

Vitantonio Liuzzi dari Force India Mercedes juga ingin mencuba nasib dengan memotong Schumi pada pusingan akhir dan pemandu otai tersebut menggunakan taktik sama dan kereta mereka bersentuh, Liuzzi bagaimanapun berjaya juga apabila Schumi terlepas poin untuk brek. Rakan sepasukan Liuzzi, Adrian Sutil turut mengambil peluang memotong Schumi dan akhirnya beliau terlepas mata dan berakhir di tempat kesebelas.

Tim Lotus Racing pula mencatat keputusan terbaik setakat ini, Heikki Kovalainen berakhir di tempat 16 di hadapan Vitaly Petrov dari Renault. Lain pula ceritanya dengan Jarno Trulli, beliau bersara pada pusingan 42 akibat masalah brek.

_26Y5762-d2bc1e52

Keputusan GP Kanada 2010:

  1. Lewis Hamilton/McLaren Mercedes
  2. Jenson Button/McLaren Mercedes
  3. Fernando Alonso/Ferrari
  4. Sebastian Vettel/RedBull
  5. Mark Webber/RedBull
  6. Nico Rosberg/Mercedes GP Petronas
  • 11. Michael Schumacher/Mercedes GP Petronas
  • 16. Heikki Kovalainen/Lotus Racing
  • DNF. Jarno Trulli/Lotus Racing

Foto: Mercedes & Lotus Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

15 comments

Skip to comment form

    • satria_standard on 15/06/2010 at 12:15 PM
    • Reply

    perghh..tbe2 bangga lak tengok sticker “Petronas Malaysia” 😉 mantap btl 2 driver McLaren Mercedes nih..

    • montana on 15/06/2010 at 12:36 PM
    • Reply

    11. Michael Schumacher/Mercedes GP Petronas
    hua3

    • azwan nbs on 15/06/2010 at 3:02 PM
    • Reply

    Lotus Racing cam takde perubahan je…kesian lak aku nengok…

    • on 15/06/2010 at 3:32 PM
    • Reply

    Harap2 tim Lotus akan lebih berjaya & cemerlang diperlumbaan akan datang…Usaha Tangga Kejayaan…Practice make PROGRESS not PERFECT..!!!

    • pendita_gila on 15/06/2010 at 3:45 PM
    • Reply

    bermula dari belakang..kita patut menyokong

  1. micheal
    schumacer born in german.mercedes made in german..petronas????made in…?lotus made in britain…sampai bile kita asyik nak tampal sticker je….org lokal kite xresing ke??mat..baik ko letak sticker GT kat body F1 tu…

  2. org lain bangga pemandu dari negara masing2.kite?a.yoong?fairuz fauzi bile lagi??xsbr nak tgk ni..biar org melayu menggegar litar plak….

    • brianbadboyz on 15/06/2010 at 6:48 PM
    • Reply

    tahniah mclaren!!!!!!!!!

    • speed on 15/06/2010 at 7:19 PM
    • Reply

    force india x ada pun driver india megat.

    kalau lotus tu fairuz fauzy yg bawak mesti org ckp driver yg problem :p

    • bunga on 15/06/2010 at 9:32 PM
    • Reply

    bertatih tatih dahulu..
    berenang renang di tepian..
    igtlah pepatah kata org dulu dulu
    jgn lah nk cepat kepuncak & cepat jugak terjunam
    apakata kita contohi dr M sbg teladan..
    2.5 abad terajui m’sia
    m’sia bole!!!

    • on 15/06/2010 at 10:29 PM
    • Reply

    Wow!. Gua pun ada pantun.
    Malam-malam gelap tdo pun sedap.

    • satria_standard on 16/06/2010 at 12:51 PM
    • Reply

    haha lu serious mmg x bolay bla la matpon..

    • megat putra kuning on 16/06/2010 at 1:25 PM
    • Reply

    itu hari kan ade…jgnlah cari ank org kaya..cari yg sengkek2,miskin,tapi time resing sanggup mati.nihrp penaja je wat hape….skill takdak…

    • ct aida on 19/06/2010 at 10:37 PM
    • Reply

    bile la shumi nak menyengat mcam dulu. tapi race tahon ni boring skit. x bleh isik minyak la. harap kan org laen accident, baru bleh motong.

    • ct aida on 19/06/2010 at 10:40 PM
    • Reply

    boring aku tngok F1 thon ni. nape psukn brawn gp a.k.a mercedesgp, x menyegat mcam tahon lpas. harap2 thon dpan ade tv slain astro siarkan f1 live. pnat ak nunggu smpai 12 mlam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.