Fairuz Fauzy berjaya menamatkan 76 pusingan pada hari pertama ujian Lotus T127 di litar Barcelona. Pada cuaca yang panas dan litar yang kering tim Lotus Racing berjaya mencapai kesemua objektif dan kini menunggu Jarno Trulli untuk ‘memulas’ stereng hari ini dan esok.
Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne memberi sedikit pendapat mengenai ujian semalam. “Ianya hari yang sangat produktif – 76 pusingan tanpa kerisauan mengenai hal mekanikal kereta. Pada sebelah pagi, kami melakukan ujian LAMDA [apa ni Matpon?] yang mana kami berjaya menyudahkannya. Kami juga melakukan beberapa ujian sistem dan juga mengawasi suhu dan tekanan keseluruhan kereta.
Kesemua ini merupakan hari yang berjaya di trek dan juga kerja di belakang tabir sebelum perlumbaan pertama. Fairuz telah melakukan kerja yang bagus, tanpa kesilapan dan kami berjaya menghabiskan kesemua program kami.” kata Gascoyne.
Jarno Trulli akan melakukan ujian pada hari ini dalam keadaan litar kering.
Sumber: Lotus Racing
-Mak Uia-
3 comments
gu 1st ker???
muncung kete mcm ada sket beza,nmpk lbh eerodynamic.keta nmpk lebih rendah berbanding masa kt jerez aritu…
Enjin Cosworth nampak cam takleh blah jerkk…