Mitsubishi Motors Corporation secara rasminya menawarkan kepada pasaran bermula semalam crossover kompak RVR. Model terbaru dari Mitsubishi ini adalah mesra alam dan layak untuk menerima Japanese Eco-car Tax Reduction yang membolehkan pembeli menikmati potongan cukai sebanyak 50 peratus.
Menjanakan kuasa Mitsubishi RVR ini adalah enjin 1800cc, 16 injap DOHC MIVEC dipadankan dengan kotak gear INVECS III sport mode 6 kelajuan CVT. Selain dari itu, RVR dilengkapi dengan peralatan termaju iaitu regenerative braking system. Sistem ini berfungsi dengan menyimpan tenaga apabila kenderaan diperlahankan. Bateri dicas dalam keadaan tersebut dan tenaga yang disimpan diguna kembali apabila kenderaan melahu [idle] dan juga semasa kelajuan meningkat tanpa penjanaan elektrik. Sistem ini menjamin penggunaan minyak yang efisien bila mana enjin tidak terbeban apabila alternator tidak berfungsi dan digantikan dengan kuasa yang disimpan sebelumnya.
Mitsubishi RVR juga mempunyai lampu utama super-wide HID yang memberi suluhan yang lebih luas, malapan yang lebih terang untuk pemanduan malam lebih selamat. Bumbung panorama nya pula mempunyai iluminasi LED menjadikan kenderaan terasa luas pada siang hari dan biasan romantik pada waktu malam.
Berbeza dengan model konsep yang dipaparkan sebelum ini, Mitsubishi mengambil keputusan yang tepat apabila tidak menghitamkan gril depan pesawat pejuang yang menjadi identiti korporat Mitsubishi. Tren bumper depan hitam seperti yang popular pada kereta Audi dan Naza Citra memang tak boleh blah. Ketinggalan zaman.
Ada 8 jenis warna ditawarkan termasuk 2 warna baru iaitu Titanium Metallic Grey dan Kawasemi Metallic Blue. Setakat ini Mitsubishi hanya menawarkan RVR untuk pasaran Jepun dengan harga bermula dari JPY1,785,000 hingga JPY2,449,650. Sasaran jualan ialah sebanyak 1,500 unit sebulan.
Sumber: Mitsubishi
-Mak Uia-
23 comments
Skip to comment form
berapa la harga gamaknya kalau masuk sini..
cantik nih…
muko ganah…
evo ix suv!agak2 kerajaan nak bg potongan 50% x
teringat kat airtrek teboo……
RVR lama pakai enjin Evo 3…RVR ni pakai MIVEC jer?
Kalo tax kat Mesia pun kurang 50% boleh la beli…kalo tak setakat tgk gambo dlm GT.com je la…hahaha…
gua syak nanti akan kluar versi turbo..
malaysia nak bagi 50% tax??
huiyoo, bukan ke kereta2 seangkatan dengannya sume tax mahal2??
Kenapa lampu isyarat kuning? Kenapa tak buat lampu cerah LED? Kenapa Mitsubishi best?
bile le nak ada proton punya SUV…
muko ganah punggung jambu
anda hanya mampu tengok????
masuklah MLM….nescaya anda masyuk tetapi life takde
x sanggup gua….
pasni ala la suv malaysia seakan akan bentuk ni
humang aihh…biso bonar nih..
cantik….tapi colour tak kene…..
muka depan same jer…
uiksss…enjin ni bleh masuk exora
muke macam evolusi sepuluh
Rim Sukan Sudu: evo x yang dijadikkan SUV dengan beberapa pengubahsuaian………..
nie cam airtrek la an..
aq nk name kan kate nieh watertrek..
rare x?
brape agak2nye mas kawin ek??..gambo inerior xde ke??
masuk malaysia harga pon merepekk laaaa……..harga patut dlm 80k jadik 200k.agaknyer org malaysia mati dengan cukai le pasni..