Dulu-dulu sebelum pengguna kenderaan masakini sibuk dengan MPV, kaum ayah-ayah kita sibuk dengan van. Contohnya jiran sebelah rumah ada Vannette, jiran sebelah sana ada Econovan, jiran depan rumah ada Bongo dan siapa yang mewah ada Estima – yang ini memang tak boleh lawanlah tahap kemewahan pemiliknya. Dan bila zaman dah moden sikit paling koman pun ada Perodua Rusa. Huh memang klasik rasanya zaman tu. Senang cerita vanlah kenderaan pengangkut utama keluarga besar. Boleh balik kampung dengan selesa, jalan ke pantai dan juga rombongan Cik Kiah ke kenduri kahwin. Saya kembali teringat dengan van bukan sebab apa, sebabnya bila dapat tahu yang Nissan di UK keluarkan van bilamana pengeluar lain sibuk dengan MPV masing-masing.
Inilah dia NV200 Combi – Van terbaru dari Nissan. Pengeluar kereta hebat, GTR.
Saya pun tak pasti kenapa Nissan berminat untuk keluarkan van bilamana pengguna dah tak berapa nak into sangat dengan kenderaan jenis ini. Boleh jadi untuk lawan Toyota Hiace, Ford Transit dan LDV. Boleh juga guna untuk angkut budak sekolah ataupun angkut barang runcit-runcit buat bisnes. Nissan NV200 Combi ini akan dipasarkan di UK mulai Februari dengan harga bermula dari GBP 15,685. Harga ini boleh dikatakan murah sebab ianya terletak didalam liga kereta sedan dah tu.
Van Nissan ini boleh tahan juga cantik dan memang nampak praktikal. Enjin yang ditawarkan hanya ada satu jenis saja iaitu 1.5cc. Memanglah nampak kecil berbanding saiznya tapi ini adalah 1.5cc turbodiesel, kiranya ok lah, tak lembap tak laju, kalau dah laju sangat kalah pula kereta sedan, mana nak letak muka kan. Van ini ditawarkan dengan beberapa gred iaitu Combi S dengan kelengkapan standard seperti ABD, EBD dan dua beg udara. Model SE pula ada rim sukan, bumper sama warna badan dan kamera undur. Model SE Plus ada tambahan ESP dan beg udara sisi.
Untuk pengetahuan sekutu semua Combi standard dia ada 5 tempat duduk saja tapi kalau siapa beli model SE atau SE Plus mereka akan diberi pilihan untuk tambah lagi dua tempat duduk di barisan ketiga menjadikannya 7 tempat duduk kesemuanya! Kalau bonet belakang dah sempit bila-bila masa saja boleh sumbat barang bawah kerusi macam van dulu-dulu. Memang semangat van sejati Combi ni.
Buat mekap VIP pun kacak juga.
Sumber: Newspress/Nissan.
-Mak Uia-
26 comments
Skip to comment form
nissan venet sudddaa…..
combi kg pisang 2
ada mcm Kangoo/berlingo..
Kurengg
ala2 hyundai starex…cnfirm laju gila mcm starex jgk……dri beli estima baik beli starex la woi……
gua suker…
buat meniaga nasi kukus ok jugak nih
Ganti nissan venet lah kot
‘Poor man’s Elgrand’…ha ha ha!
aku terpikir nak beli serena highwaystar buat vip kombet ala2 alphard pon manis gak.
Gua tak tauuu arrr apa kesss gua malassss je 2-3 menjak niiiiii. Pukul 10 dah ngantukkkkkk
Van ni buat jual perpustakaan bergerak bagus jugaaaa Hnnsssss Hnssss Hnsssssss
ZzzzZZZzzZZzzzz….
arghh mat ko xabis2 malas..cmnr nk maju jaya muka pn jd xsenonoh..hehhehe…
sekali pandang bentuk mcm alpard pon ada
aku nak buat angkat sawit je…kire ok la ni
blh tahan…
tak best….buruk…macam kotak mancis pon ade sikit…
tak best….buruk…macam kotak
aphal kete skg ni makin lama makin cam gampang die pnye design
Bolehlahhh,. dah namanya van. Cam kanggo tu sebab dah jadi satu keluarga.Bila TCM nak jual di Malaysia ni
nissan tuuu..bukan datsun..msuk rb26..
mutu..gaya..keungulan..
style gak styling dia ..
sempoi la..nk order ler..buat hantar awek2 kilang xpn bebdk g skola..best2..
kt malaya nie mest mcm mahal jer..baik beli odyssey RA1 ke RA2 convert absolute.. mantap jer..stylo gak eh..tp nk bawak budak skola syg ar plak..ehehe
aku pilih van ni dr alza…
masuk rb26, luaran bodykit california, advan racing 17,sunroof.mlm minggu keluar town..ahad pg sepang track day….eemmmm
saya dari tahun 2018. Tadi saya layar internet cari nv200. Sekarang nissan hanya jual nv200 2 seater jer ker?