Jika minggu lepas saya bawakan kepada anda berita kemenangan pasukan tajaan Petronas dalam SUPERGT musim 2009 kini saya bawakan pula kepada anda, kemenangan pasukan tajaan Proton dengan jentera sendiri, Satria Neo S2000 dalam Intercontinental Rally Challenge 2009 pusingan terakhir di Scotland.
Asia Pacific Rally Championship Pusingan Akhir, China, 13-15/11/09.
Alister McRae dan jurupandu arah, Bill Hayes yang memandu Proton Satria Neo S2000 untuk Pasukan Rali Proton R3 bermula dengan baik pada pusingan terakhir APRC dengan geografi bergunung-ganang dan cuaca sejuk dan hujan di Longyou, China. Pada SS1 beliau mendapat tempat keenam terpantas mendahului 81 pasangan pelumba lain. Kecemerlangan beliau terbukti apabila berjaya mendapat tempat keempat pada penghabisan Leg 1 jauh meninggalkan puluhan peserta lain yang menggunakan jentera turbo lain seperti Subaru Impreza dan Mitsubishi Lancer Evolution.
Momentum tempat keempat berjaya mengekalkan kehebatan McRae pada Leg 2 sehinggalah SS13. Malang menimpa. McRae memandu keretanya ke khemah servis dan seterusnya tidak menamatkan perlumbaan. Kegagalan McRae adalah kerana kerosakan lower arm. Tidak mustahil kerana permukaan trek yang teruk menyebabkan 28 pasangan pelumba gagal menamatkan perlumbaan seawal leg 1 lagi.
Tamat APRC China, McRae dan Hayes bergegas pula ke Scotland untuk pusingan akhir IRC yang berlangsung seminggu selepas perlumbaan ini.
httpv://www.youtube.com/watch?v=IrgaOgrWJoQ
Keputusan APRC China:
1. Cody Crocker/Ben Atkinson: Subaru Impreza 3:40.47,6
2. Dean Herridge/Chris Murphy: Subaru Impreza +4.32,8
3. Jari Ketomaa/Miika Teiskonen: Subaru Impreza +6.56,6
4. Rifat Sungkat/Scott Beckwith: Mitsubishi Lancer +13.55,7
5. Yuya Sumiyama/Naoki Kase: Mitsubishi Lancer +17.17,9
Intercontinental Rally Challenge Pusingan Akhir, Scotland, 20-22/11/09.
PROTON MEM PODIUM! TEMPAT KETIGA!
Ibarat sireh pulang ke gagang Alister McRae kembali ke Scotland untuk RACMSA Rally of Scotland, pusingan akhir IRC musim 2009. Lebih membanggakan McRae dan jurupandu arah Bill Hayes yang memandu untuk pasukan Proton MEM diberi penghormatan untuk menjadi kereta pertama dilepaskan di hadapan ribuan Scottish oleh Perdana Menterinya, Alex Salmond. Siapa yang tidak kenal keluarga McRae, anak-beranak semuanya berlumba rali. Juara 3 kali Formula 1, Jackie Stewart turut hadir dan memuji kepulangan Ali McRae. Fakta yang harus anda ketahui ialah Mc Rae berasal dari Perth Scotland tempat berlangsungnya IRC ini dan beliau tinggal di Perth, Australia.[Matpon mesti blur!].
McRae membuka gelanggang persilatan rali dengan menduduki tempat ke 4 terpantas di hadapan 35 pasangan pelumba lain dan puluhan jentera turbo 4WD seperti Evo dan Impreza. Berbeza dengan APRCÂ China seminggu yang lalu, IRC menyaksikan banyak kereta NA dan S2000 seperti Ford Puma, Fiat Punto Abarth, Peugeot 207, Skoda Fabia, Honda Civic Type R, Opel Corsa dan Ford Fiesta R2. Senang kata, perlumbaan kereta-kereta S2000.
Pada SS1 Leg 1, prestasi McRae sedikit merudum dengan mencatat masa keenam terpantas dan prestasi ‘lem’ [lembap] hanya setakat itu. Bermula SS2 hinggalah SS penghabisan, SS7, beliau berselang seli menduduki tempat kedua dan ketiga. Dengan cemerlangnya, beliau membawa berita gembira untuk kem Proton dengan mendapat tempat ketiga keseluruhan!
Dengan tekanan kejayaan Leg 1, McRae memulakan Leg 2 dan seperti mana-mana kereta dalam peringkat pembangunan pastinya menghadapi masalah, sistem gear Neo S2000 tidak berfungsi dengan baik bilamana McRae terpaksa melepaskan minyak setiap kali menukar gear dan masalah tersebut dapat diselesaikan pada waktu rehat tengahari.
Selepas rehat dan kerosakan diperbetulkan, malang sekali lagi menimpa dan ianya sangat berat, pada SS13 perlumbaan terpaksa dihentikan dan kesudahannya IRC Scotland dibatalkan terus!
Apakah yang terjadi pada Ali McRae dan Bill Hayes?
Heheh…Proton MEM – McRae-Hayes menduduki tempat ketiga IRC Scotland 2009!
David Bogie yang memandu Mitsubishi Lancer Evolution Ralliart mengalami kemalangan dan keretanya rolled dan mendarat dengan melintang di atas trek seterusnya menghadang terus peserta lain untuk berlumba.
Tempat pertama dimenangi oleh Kris Meeke yang memandu Peugeot 207 S2000 dan kedua pula oleh bekas pemandu Proton MEM iaitu Guy Wilks. Walaubagaimanapun sehingga artikel ini ditulis keputusan rasmi masih tidak dapat disahkan kerana 207 milik Meeke ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Dan jika kereta tersebut sah melanggar undang-undang teknikal bermakna Proton akan mendapat tempat kedua!
Keputusan IRC Scotland selepas SS12 [Tidak rasmi]:
1. Kris Meeke/Paul Nagle: Peugeot 207 S2000 1j 51m 34.1s
2. Guy Wilks/Phil Hugh: Skoda Fabia S2000 +20.7s
3. Alister McRae/Bill Hayes: PROTON SATRIA NEO S2000 +3m 8s
4. Jonathan Greer/Dai Roberts: Mitsubishi Evo Ralliart IX +5m 42.5s
5. David Bogie/Kevin Rae: Mitsubishi Evo Ralliart IX +6m 24.2s
Untuk peminat Proton tempatan, walaupun kereta ini dibina Mat Saleh tapi inputnya banyak juga disumbang oleh Karamjit dan Jagdev sewaktu APRC Indonesia Malaysia. Kita jual kereta di benua Eropah dan terpaksalah kita bermain mengikut rentak mereka.
Tahniah kepada Proton, MEM, Ali McRae dan Bill Hayes!
Sumber berita: Crash.net Sumber APRC: Proton Sumber Gambar IRC: IRCseries.com, Crash.net
-Mak Uia-
22 comments
Skip to comment form
“untuk menjadi kereta pertama dilepaskan di hadapan ribuan Scottish oleh Perdana Menterinya, Alex Salmond”
banyak exposure proton dapat dengan sign mcrae ni!!yelah sir names dia sendiri pun mcrae!
“Untuk peminat Proton tempatan, walaupun kereta ini dibina Mat Saleh”
dia punye design asas masih proton tapi kalau diorang pakai campro pun macam race prep engine dengan road engine bukanye sama pun!block,cam,buat pakai billet block bukan murah billet ni!
mitsubishi pun menang wrc bukan japs yang drive.kereta wrc tu pun bukan jap yang prep diorang tampal je sticker rallyart sebab jentera rally mitsubish wrc mml sport yang buat(uk)
macam subaru wrc,prodrive jugak yang buat(uk)…
jadi kira takde apa lah yang nak malu sebab pembuat kereta jap yang besar pun matsaleh kat uk jugak yang buat kereta rally diorang!
gua bangga dengan proton malaysia.
all the best. good luck!!!!!!!!!
cayalah proton!!!
gud luck utk next year…
join full time klu bley pastu proton bwk kuar
model homoglasi….
kite beli ramai2 hahaha
congrats proton..
gua harap satu hari nanti, kete Proton ni akan menang dan pemandunya adalah dari Malaysia juga.. amacam?
mcm ni baru rancak proton dpt podium tp gua terkilan gak dgr kata R3 dah tutup betul ka sapa2 tlg xplain
dipetik dari http://www.ircseries.com/html/readNews.asp?id=1405
Alister himself said: “The chassis is one of the best I have ever driven. Kris [Meeke] has christened me ‘old safe hands’ but I can assure you these old hands were working far quicker than the brain!”
serius gua bangga sekejap!
ralat tuh. bila masa Karam bawak S2K di APRC Indon?
Satria Neo defeated not one, but TWO Evolution IX… Hebat Proton nih
bangga kat logo proton besar2 kat s2k tuh..tak kesah la keta ni sape develop…jnji proton.
oh garangnye peugeot tu
oh garangnye peugeot tu
oh garangnye peugeot tu
oh garangnye peugeot tu
oh garangnye peugeot tu…..
sekian….
alamak karim gua baru nak paste bende yg same…
xpe2… janji gua bangge giler ngan proton skunk neh!!!!
nape cume neo je yg berjaya kat ngr orang…yg lain tak laku ke cam waja ke gti ke,wira ke dan lain2????
Sebabnya Neo produk baru, kawan masjid dan surau gua banyak juga yang pandu Neo. Tu belum kira kawan gua masa belajar Ostolia dulu.
R3 mana ada tutup kedai lah…. sebab dengar citer tahun depan Proton nak guna balik R3 macam tahun yang sudah….
bagus la klu R3 x tutup gua nak racun adik pompuan gua angkat satria neo R3 ni
apa yang ako tau la…R3 bukannya tutup tapi ‘menarik diri’ dari sebarang publisiti…
boss depa Tengku Djan ada cakap pasal ni sebab banyak brg performance depa kena ciplak, terutama sekali bodykit, logo, bla bla bla. jadi depa merajuk la kejap, tapi masih meneruskan program tuning diorang.
tgklah kalau segala masalah diorang dah selesai, diorang akan kembali.
aku rase r3 lebih focus kat racing program diorang,daripada tuning program.
kali ni proton d tmpt ke 3…
sape tahu akn dtg proton d tmpt pertama plak…
tak cukup d tmpt pertama,pemandu n penunjuk arah pon dr malaysia…
1 pncapaian yg membanggakan…
gau bangga gile (tapi gua tak hilang akal)
update IRC…
kemenangan Chris Meeke dibatalkan selepas steward mendaati subframe yang digunakan pada Peugeot 207 S2000nya lebih ringan dari spesifikasi…
jadi secara automatiknya, Alister McRae naik ke tempat kedua manakala ex-Proton driver, Guy Wilks mendapat tempat pertama.
The decision means that Scotland’s Alister McRae is now second on his home event, at the wheel of a Proton. Peugeot UK do not plan to appeal the decision.