Nak menganjurkan perlumbaan untuk 1 musim bukan senang, perlu duit ratusan ribu ringgit untuk promosi, logistik, hadiah dan lain-lain. Lebih tak sedap lagi bila kurang penaja. Untuk peminat sukan rali tempatan dan permotoran amnya Kejuaraan Rali Malaysia pusingan ke 4 ini dianjurkan di belakang rumah sahaja. Lokasinya punyalah dekat kalau pergi Sogo hari Ahad pun lagi lama dari nak sampai ke Sepang, tempat berlangsungnya perlumbaan rali ini.
Biasanya orang akan komplen rali dibuat di hujung dunia, di Perlislah, Johorlah, dalam hutanlah dan macam-macam lagi alasan. Saya yakin itu bukan lagi alasan untuk pusingan 4 ini tambahan pula rali ni percuma, tak ada tiket tak ada apa, datang bawa badan saja, nak jual air mineral pun boleh.
Jadi tunggu apa lagi, anda boleh datang pada hari Sabtu atau Ahad, masa inilah nak tengok Evo, Impreza, Neo Mivec, Waja 4WD, Gen.2 4WD dan pelbagai jenis kereta lagi berlumba. Pelumba yang akan bersaing pula bukan calang-calang, ada Gunaseelan Rajoo dan Karamjit Singh dari GSR Pennzoil Racing Team, Saladin Mazlan dan Rozali Abdullah dari Felda Rally Team, Mohd Rafiq Udhaya dan Mike Ari dari MRU Motorsports dan ramai lagi otai-otai rali Malaya. Tak dilupakan juga pelapis rali tempatan seperti Faidzal Alang dari FA Racing, Azmeer Yusri dari Felda Racing Team dan Mohd Shazly dari GSR Pennzoil Racing Team.
Uniknya rali berbanding perlumbaan lain adalah kawasan pit atau servisnya yang terbuka, kalau F1 untuk dapatkan pas kelab paddock makan beribu la juga tapi rali ni tak ada benda macam itu, ikut suka andalah nak berjumpa dengan pemandu rali ke apa ke. Masa inilah nak salam-salam dengan Karamjit Singh atau Saladin Mazlan, nak salam dengan saya pun boleh juga tapi lagi afdal kalau salam tu hulurlah duit hijau ke merah ke [heheh].
Untuk kemudahan anda, jadual perlumbaan adalah seperti berikut:
ITINERARY Saturday, 31 October 2009 |
SS | Location | First Car Start |
SS 1 | Concord Main | 10:43 am |
SS 2 | Shooting Range | 11:11 am |
SS 3 | Roadside | 11:28 am |
SS 4 | Runway | 11:51 am |
SS 5 | Concord Main | 13:25 pm |
SS 6 | Shooting Range | 13:53 pm |
SS 7 | Roadside | 14:19 pm |
SS 8 | Runway | 14:42 pm |
SS 9 | Concord Main | 16:25 pm |
SS 10 | Shooting Range | 16:53 pm |
SS 11 | Roadside | 17:10 pm |
SS 12 | Runway | 17:13 pm |
ITINERARY Sunday, 1 November 2009 |
SS | Location | First Car Start |
SS 13 | Concord Tambahan | 09:13 am |
SS 14 | Shooting Range | 09:43 am |
SS 15 | Grass-Cutter | 10:01 am |
SS 16 | Runway | 10:23 am |
SS 17 | Concord Tambahan | 12:06 pm |
SS 18 | Shooting Range | 12:36 pm |
SS 19 | Grass-Cutter | 12:54 pm |
SS 20 | Runway | 13:16 pm |
Jadi tunggu apa lagi geng, ajaklah kawan-kawan sama. Jangan lupa bawa payung, tikar, keropok, surat khabar, kamera dan macam-macam lagilah.
Untuk peta rali, klik: sini, dan untuk maklumat komprehensif klik saja: Malaysianrally.com
Jumpa di sana ok!
Majulah Rali Untuk Industri Automotif Negara!
-Mak Uia-
15 comments
Skip to comment form
gua blom penah tgk rally dari dekat….
lepas ni jgn la ada lg wira jungkit. dah macam bewak putus ekor aku tengok.hehehehehehe
alahai,blom rezki lgi le….
gila rally dah mak nieeee hahahaha
urm, ada hal la pulak minggu nih..
tak dan nak join tengok..
rally kembali lagi..
jgn lupa bwk awek skali..hehe..
bonot
October 29th, 2009 at 11:41 pm
lepas ni jgn la ada lg wira jungkit. dah macam bewak putus ekor aku tengok.hehehehehehe
wira jungkit = wirally
huuu…
dulu bapak aku selalu bawak aku tengok rally.seingat aku time 7.30 mlm dia lalu kat satu corner tak jauh dari rumah aku.time tu ramailah org2 kg tgu kat simpang tu tgu kete2 rally lalu.rasanya dlm tahun 87-88 time tu aku tadika lagi.lokasi rally tu dulu kat ladang dusun durian banting selangor.nostalgia abis.
alamak..blkng umah den je nia..cmner den ble xtaw..xde pomosen pon kat area cni…
jom rmi2 p tgok…hoorayyy..
wa manyak lengki…….wa miss lagi….cilakak….
dekat je le…apasal takde pun promosi…pelik betul le…
jom g ramai2…gua dah amik cuti nih
gua kan pergi untuk bagi sokongan kepada jaguh ralli tempatan….
awek sorak nak x???
gua ade port baeekkk punya…
Mat…TAXI ride nyer biler?…Dah tak sabo nak naik kete Rally nih…