Honda Wave Alpha MMC kini di pasaran – RM4.5K dan RM4.9K

Honda Wave Alpha MMC 2017

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan model terlaris Honda Wave Alpha MMC yang lebih bergaya, mesra alam serta cekap bahan api. Honda Wave Alpha MMC menawarkan sistem penapisan terkini yang dapat meminimumkan pelepasan asap dan menambah prestasi secara keseluruhan.

BSH yakin Honda Wave Alpha MMC mampu memenangi hati penunggang motosikal yang ingin memiliki motosikal berjenama premium dan penuh bergaya. BSH turut yakin model itu akan mengulangi pencapaian yang baik untuk tahun 2017.

Penjimatan bahan api, tahan lasak serta harga mampu milik merupakan ciri-ciri utama kenapa model ini menjadi pilihan ramai.

Honda Wave Alpha telah menerima sambutan hangat sejak ia diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada November 2016. Pencapaian tersebut menjadikan Honda Wave Alpha sebagai peneraju pasaran dalam segmen motosikal sesaran enjin rendah.

Susulan itu, Honda Wave Alpha MMC yang baru dilancar ini diharapkan akan terus membantu Honda mengambil alih pasaran dalam segmen motosikal sesaran enjin rendah.

Honda Wave Alpha MMC 2017

Ciri-ciri pada Wave Alpha MMC, The Ultimate Dominator:

Honda Wave Alpha MMC dilengkapi peredam ekzos reka bentuk sporti dan pemegang genggaman selesa (Jenis Roda Tuangan sahaja). Turut baharu ialah warna Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue) selain warna-warna sedia ada seperti Hitam Mutiara (Pearl Magellanic Black) dan Merah (Vivacity Red).

Honda Wave Alpha MMC juga mempunyai peredam ekzos rekaan sporti dan pemegang genggaman selesa (Jenis Roda Tuangan sahaja). Motosikal itu turut diiktiraf sebagai EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) dengan berpiawaian Euro3 dan lebih mesra alam.

Harga dan waranti:

Harga saranan termasuk CBP bagi Honda Wave Alpha MMC ialah RM 4,535.74 (Brek Gelendong dan Roda Jejari) dan RM 4,927.74 (Brek Cakera dan Roda Tuangan).

Honda Wave Alpha MMC didatangkan dengan dua tahun atau 20,000km jaminan kilang (yang mana dahulu).

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.