Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles atau Kenderaan Komersial Mercedes-Benz Malaysia (MBM CV) terus memberikan sokongan kukuh terhadap industri pengangkutan dan penghantaran barangan sepanjang 2016. Walaupun mengalami kemerosotan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 13 % pada 2016, MBM CV tetap mencatatkan prestasi mantap, dengan jumlah jualan 2,612 kenderaan pada 2016, merangkumi trak tugas ringan dan berat FUSO dan juga trak dan van Mercedes-Benz.
“Sebagai sebahagian daripada bahagian trak Daimler, Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles mencerminkan kualiti produk dan kecemerlangan perkhidmatan unggul. Berbekalkan pengalaman selama 120 tahun, kami telah membina kefahaman mendalam tentang keperluan keselamatan, kebolehpercayaan dan kecekapan ekonomi pelanggan kami.
Berlandasakan prestasi rakan pengedar dan kepercayaan yang diletakkan oleh pelanggan terhadap kami, bahagian kenderaan komersial telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan pada 2016. Pada tahun baru ini, kami mengukuhkan semula tekad kami untuk membekalkan kenderaan bermutu tertinggi – Trak yang boleh anda percayai,” kata Naib Presiden Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles, En Albert Yee.
Jualan trak Mercedes-Benz Actros dan Fuso
Prestasi mantap MBM CV dicapai hasil strateginya meletakkan pelanggan sebagai tumpuan segala usahanya. Mercedes-Benz Actros ternyata menjadi pilihan utama di kalangan syarikat pengangkutan dengan mencatatkan jumlah jualan 216 unit pada 2016, iaitu pertumbuhan dua angka sebanyak 24%. Sementara itu, trak FUSO pula mencatatkan jualan 2,374 unit.
Gandingan kenderaan bermutu tinggi dan pengalaman pelanggan yang cemerlangA membolehkan MBM CV meningkatkan bahagain pasaran secara berkesan dalam sektor logistik dan pengangkutan Malaysia, sekali gus melonjak ke tempat kedua dalam segmen kenderaan komersial premium.
Keupayaan servis dan Pusat 3S
Sepanjang 2016, MBM CV dan rangkaian pengedarnya terus meningkatkan keupayaan dengan menyediakan kenderaan komersial dan perkhidmatan berkualiti yang dalam kelasnya bagi industri pengangkutan.
Menerusi kejayaan kempen servisnya, MBM CV mencatatkan peningkatan ketara dalam daya pemprosesan pusat servisnya di seluruh negara berbanding tahun sebelumnya, dengan angka mencecah 24,956 kenderaan yang diservis, merangkumi 3,920 Kenderaan Komersil Mercedes-Benz dan 21,036 trak FUSO.
Dengan tekad untuk menambah baik pengalaman pelanggan, MBM CV telah memulakan misi untuk menaik taraf pusat servisnya pada 2016. Pusat 3S Kenderaan Komersial Hap Seng (Kuantan) yang menyediakan perkhidmatan kepada kenderaan komersial Mercedes-Benz dan juga FUSO di pantai timur ialah pusat yang pertama untuk dinaik taraf.
Dalam pada itu, MBM CV dan rakan pengedarnya dijangka menaik taraf lebih banyak pusat servis untuk terus menyokong jualan dan perkhidmatan serta penyenggaraan dan pembaikan bagi kedua-dua jenama pada 2017. Langkah MBM CV untuk memantapkan dan meluaskan kedudukannya di Malaysia adalah sejajar dengan keperluan segmen pengangkutan dan penghantaran barangan untuk mendapatkan kenderaan yang boleh dipercayai dengan masa kerosakan minimum.
Buat masa ini, MBM CV mempunyai sejumlah 72 pusat servis yang menyediakan perkhidmatan kepada Kenderaan Komersial Mercedez-Benz dan juga FUSO.
Kilang pengeluaran di Pekan, Pahang
Sebagai penyumbang jangka panjang kepada sektor automotif tempatan, MBM CV telah melabur sejumlah RM28 juta dalam barisan pengeluaran Mercedes-Benz Commercial Vehicle di kilangnya di Pekan sejak 2004.
Setakat ini, kilang pengeluaran ini telah menghasilkan lebih 25,000 Trak Mercedes-Benz dan FUSO untuk memenuhi permintaan tempatan yang semakin bertambah.
Meninjau kembali prestasi tahun ini, Yee berkata, “Kami telah mencatatkan tahun yang sangat positif pada 2016, apabila berjaya memperolehi kontrak untuk membekalkan angkatan kenderaan trak FUSO dan penggerak utama kenderaan Mercedes-Benz.
Pertandingan Kemahiran Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles
Di samping itu, keupayaan kami menjanjikan kualiti perkhidmatan bertaraf dunia adalah berasaskan tumpuan kami untuk terus menambah baik keupayaan dan ilmu pengetahuan juruteknik kami, tanpa mengira bilangan tahun pengalaman teknikal, menerusi inisiatif seperti Pertandingan Kemahiran Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles.”
Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, MBM CV terus menyokong usaha membangunkan bakat mahir. Pada 2016, 11 pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) telah menerima sijil tamat latihan selepas menjalani program latihan selama tiga bulan di Pusat Latihan Perantis Mercedes-Benz (ATC) di Shah Alam, Selangor.
Program tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran belia negara ini dan menyebarkan pengetahuan teknikal tentang kenderaan masa kini dengan matlamat mencetus inspirasi dalam kalangan bakal mekanik pada masa depan.
Dengan berkongsi ilmu yang menjangkaui bilik darjah, para pelajar menamatkan pengajian dengan sijil kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi dan dijamin mendapat kerja di bengkel wakil penjual FUSO yang terpilih.
Liga Pemandu Trak Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vechicles
Dalam usaha menggalakkan penglibatan pemandu dan mengukuhkan kemahiran mereka, MBM CV menganjurkan Liga Pemandu Trak Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vechicles pada 2016.
Pertandingan dua tahun sekali ini menjadi wadah untuk pemandu Mercedes-Benz ACTROS meningkatkan kemahiran penyenggaraan, penjagaan, keselamatan dan penjimatan minyak, lantas memastikan jalan raya Malaysia lebih selamat.
Juara memenangi hadiah lawatan eksklusif ke Pameran Motor Antarabangsa (IAA) di Hannover, Jerman.
“Pelanggan kami terus menjadi nadi perniagaan kami. Berpegang pada prinsip ini, kami merangka program yang membolehkan pelanggan kami menikmati pengalaman jenama Mercedes-Benz seperti Liga Pemandu Trak Mercedes-Benz Malaysia, yang menggalakkan peserta memandu trak secara selamat dan bertanggungjawab dan juga Peraduan Berlian FUSO, yang memberi ganjaran kepada pelanggan setia.
Kami berhasrat untuk menetapkan penanda aras bagi trak yang boleh dipercayai dan servis berkualiti, sambil memenuhi keperluan pelanggan kami dalam industri pengangkutan barangan,” ujar Yee.