NISSAN NAVARA MENANG ACARA DI RAINFOREST CHALLENGE 2016


Selepas mengharungi perjalanan mencabar selama sepuluh hari yang menyaksikan manusia dan mesin diuji hingga ke hadnya, acara Rainforest Challenge Malaysia (RFC) 2016 yang berlangsung di Pahang berakhir dengan kejayaan besar apabila Nissan Navara dinobat sebagai pemenang Kategori Produk Trak Pikap.

Nissan Navara yang dianugerahkan Kategori Produk Trak Pikap bertanding dalam kondisi standard.

Ia hanya dilengkapi peralatan asas pertandingan seperti bull bars, lampu sorot halogen, winch, bar perlindungan, kit bantuan, tayar ekstrem, suspensi dan snorkel.

RFC diakui sebagai salah satu dari Sepuluh Perlumbaan Bermotor Paling Sukar Di Dunia, dan kemenangan ini membuktikan kemampuan Nissan Navara.

ETCM menyediakan tiga unit trak pikap tersebut untuk perlumbaan itu yang dilengkapi beberapa aksesori asas off-road 4×4.

“Bagi pihak ETCM, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Fabiana dan Julieth atas prestasi mengagumkan ketika mereka bersaing dalam peringkat akhir RFC 2016. Acara ini memang dikenali sebagai salah satu perlumbaan bermotor paling sukar di dunia. Kami juga bangga kerana Nissan Navara berjaya menamatkan RFC 2016. Ia terbukti sebuah trak yang lebih lasak dan pintar,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Tan Keng Meng.

Dua unit digunakan sebagai kenderaan rasmi untuk menyokong operasi keseluruhan dan mengurus aspek pengangkutan. Manakala unit ketiga Nissan Navara digunakan dalam perlumbaan oleh dua orang wanita Brazil “Ladies of Steel” Fabiana Martins (pemandu) dan Julieth Zanelato (penunjuk arah/pemandu kedua) perlu berdepan dengan Peringkat Khas (SS) yang sangat sukar, sama seperti peserta lelaki lain.

“RFC adalah impian semua peserta perlumbaan 4×4 di dunia. Apabila Luis berjumpa dengan saya dengan peluang memandu sebuah Nissan dalam RFC, saya sangat teruja kerana berpeluang menyahut cabaran ini. Jadi, saya ingin berterima kasih kepada Nissan dan RFC atas peluang sekali seumur hidup ini,” kata Fabiana Martins.

Perlumbaan pada tahun ini bermula di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, di mana RFC pertama kali dilancarkan 19 tahun lalu. Aksi sepenuhnya mengambil tempat di Kuantan pada 27 November, iaitu di Kem Bukit Galing Brigade Tenggara HQ (Operasi Umum Pasukan Polis Diraja Malaysia).

Para peserta dari 30 buah negara bersaing di laluan paling sukar di Malaysia iaitu Gambang, Raub, Kuala Lipis dan berakhir di Tanah Rata (Cameron Highlands).

Impian pemandu dan peserta untuk merasai pengembaraan di dalam hutan dengan segala bentuk kesukaran dan cabaran ekstrem membolehkan mereka meneroka atau meneroka semula diri mereka.

Di dalam hutan, laluan boleh bertukar daripada mudah kepada sangat sukar dalam tempoh beberapa jam hujan lebat yang boleh menyebabkan tanah runtuh, hakisan dan banjir. Mengharungi dan menamatkan perjalanan sememangnya menjadi satu pencapaian buat semua peserta RFC.

Pada akhir edisi RFC, Pengasas Rainforest Challenge, Luis J.A.Wee berkata, “Nissan Navara sememangnya sebuah jentera 4×4 yang berkaliber. Dengan kemenangan dalam RFC 2016, ia benar-benar sebuah ‘The Ultimate Pickup’”.

Pelanggan yang ingin mengalami Nissan Navara boleh berbuat demikian di Karnival Tahun Baru Cina Nissan, selain memandu uji barisan model Nissan serta persembahan Tarian Singa khas.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.