TOYOTA CLASSICS BERI DORONGAN KEPADA BELIA DENGAN SUMBANGAN LEBIH DARI RM380,000

Bagi meneruskan tradisi dalam membawakan pemuzik-pemuzik bertaraf dunia ke Malaysia, UMW Toyota Motor sekali lagi menganjurkan persembahan Toyota Classics 2016 pada 2 November lalu, bertempat di Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur.

Bagi persembahan Toyota Classics tahun ini, ia menampilkan Baltic Neopolis Orchestra  dari Poland, di bawah pimpinan pengarah dan pemain violinnya, Vasko Vassilev serta komposer dan pemain piano, Pamela Tan Nicholson.

Diusahakan sebagai satu cara unik bagi mengumpulkan dana untuk mereka yang memerlukan, Toyota Classics kini berkembang menjadi sebuah acara tahunan yang dinanti-nantikan peminat muzik. Mereka juga sedia maklum terhadap sumbangan mereka yang akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan dalam kalangan masyarakat, yang kemudiannya akan membawa perubahan tersendiri.

Toyota juga berbesar hati kerana hasil kutipan tiket dan sumbangan korperat yang berjaya dikumpulkan tahun ini mencecah lebih dari RM380,000, suatu angka yang lebih besar jika dibanding dengan jumlah awal yang disasarkan.

Kutipan ini akan disalurkan kepada dua organisasi untuk tujuan yang telah ditetapkan. Penerima pertama, Fakulti Muzik UiTM akan memanfaatkan dana berkenaan untuk tujuan projek kajian bagi mencipta, memelihara dan memulihara buluh sebagai satu daripada alatan muzik melalui komposisi, persembahan dan pendidikan muzik itu sendiri.

Penerima kedua pula ialah Youth Trust Foundation, yang akan menggunakan dana yang diterima untuk disalurkan sebagai sebagai geran belia kepada beberapa penerima terpilih. Ia melibatkan pelaksanaan projek yang ditentukan oleh pihak pengurusannya; yang menepati kriteria UMW Toyota Motor untuk dimanfaatkan oleh golongan belia, mempunyai kesan besar serta menyumbang kepada kemapanan kelompok berkenaan.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama menjelaskan; “Kami amat menghargai sokongan padu yang diberikan oleh warga Malaysia, peminat muzik dan rakan perniagaan UMW Toyota Motor, yang turut mencerminkan kemurahan hati warga Malaysia ke arah hal-hal kebajikan.”

“Sejak pengenalannya, Toyota Classics telah menyokong 63 organisasi kebajikan dan badan bukan kerajaan (NGO), melibatkan jumlah sumbangan keseluruhan mencecah RM8 juta. Kami sangat berbangga untuk melihat sumbangan yang dilakukan ini mampu membawa perubahan kepada kehidupan mereka yang terlibat di dalam organisasi-organisasi berkenaan,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Tema sumbangan tahun ini, Pemerkasaan Belia (Youth Empowerment) merupakan cara Toyota melabur untuk masa hadapan, dengan membangunkan golongan belia dengan memberikan sokongan kepada kesungguhan mereka.

Ringkasnya, ini cara yang tersendiri ke arah apa yang dikenali sebagai Paying It Forward, selaku pemudahcara bagi golongan belia hari ini agar mereka dapat mempelajari nilai-nilai penting, kemahiran hidup dan kualiti kepimpinan yang diperlukan, dalam usaha untuk mencipta dunia yang lebih baik bagi generasi seterusnya,” tambah beliau.

Toyota Classics merupakan satu daripada tunggak utama bagi program Tanggungjawab Sosial Korperat Toyota. Dalam rentang waktu dua dekad sebelum ini, Toyota Classics telah membangunkan nilainya yang tersendiri, melibatkan persembahan daripada orkestra yang berlainan dari seluruh dunia. Namun, falsafah di belakangnya kekal sama, iaitu untuk membolehkan warga Malaysia menikmati pengalaman persembahan muzik yang memukau, dan dalam masa yang sama, memberi sumbangan untuk tujuan kebajikan.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.