PROTON Holdings Berhad memperkenalkan Iriz edisi terhad di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa MINES (“MIECC”). Pengenalan ini bersempena pameran kereta Malaysia Autoshow 2016 yang sedang berlangsung dari 10-13 November 2016.
Iriz edisi terhad dari Siri PROTON Design ini didatangkan dalam 2 varian, iaitu Iriz 1.3 CVT Standard, dan Iriz 1.3
CVT Executive dengan rekaan hiasan menarik seperti ‘Honeycomb’ atau ‘The Stripe’. Rekaan ‘Honeycomb’ boleh
didapati pada model berwarna Kelabu (“Graphite Grey”) dan Putih (“Cotton White”) manakala rekaan „The Stripe?
pula pada model berwarna Merah (“Fire Red”) dan Biru (“Blue Atlantic”). Edisi terhad sporty ini dikeluarkan untuk
para pelanggan yang mahukan perbezaan, dengan citarasa eksklusif, muda, moden dan maju ke hadapan di dalam
rentak kehidupannya.
Pelanggan dijemput untuk berkunjung ke MIECC untuk merasai sendiri suasana pameran ini dan melihat dengan
lebih dekat siri edisi terhad Iriz. Hanya terdapat 2,000 unit Iriz Edisi Terhad ini yang berharga dari RM44,450 –
RM49,130 di Semenanjung Malaysia. Tempahan dibuka di semua cawangan PROTON di seluruh negara. Selain
itu, pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga RM8,000 untuk model-model terpilih Proton pada bulan
November.