Proton Saga 2016 bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sebelum itu, pihak media telah pun dijemput memandu uji Proton Saga 2016 di litar ujian Proton Shah Alam pada Khamis lepas yang merupakan kali ketiga berturut-turut selepas Perdana dan Persona 2016.
Spesifikasi penuh Proton Saga 2016 adalah seperti di bawah:
+ Enjin 1.3 VVT Manual dan CVT
+ BA, ESC dengan Traction Control
+ 2 Beg Udara
+ 4 Bintang ASEAN NCAP
+ Hill Hold Assist
+ Kamera Undur
+ 2 pengecas USB di konsol belakang
+ Kerusi belakang boleh lipat
+ Sensor depan dan belakang
+ Eco Drive Assist
+ ISOFIX dan Top Tether
+ But 420 liter
Berikut ialah galeri gambar rasmi yang dibekalkan oleh Proton.
Laporan lain bakal menyusul.