Proton Persona 2016 Kini Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM46.8K – RM59.8K

Proton Persona.2016.01

Selepas bermain teka-teki dengan orang ramai melalui gambar-gambar yang hanya menunjukkan bahagian-bahagian tertentu Proton Persona serba baharu ini, PROTON Holdings Bhd hari ini secara rasminya melancarkan model ini di Pusat Konvensyen Setia City. Acara ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mula diperkenalkan pada tahun 2007, Proton Persona serba baharu ini adalah generasi ke-2 Persona. Proton Persona serba baharu ini dikuasakan dengan enjin VVT 1.6L dan merupakan kereta Proton pertama yang disokong oleh indikator penanda pemanduan ECO yang menyala apabila pemanduan mencapai 5.6L / 100km.

Proton Persona baharu penuh bergaya dengan reka bentuk yang begitu menarik dari setiap sudut pandangan seperti wajah yang garang dan menarik dengan lampu depan berpencahayaan pintar dan aksesori di bahagian belakang yang didominasi lampu belakang yang anggun serta difuser bawah yang tampak agresif.

Proton Persona.2016.03

Dengan tempat duduk dan susun atur konsol yang direka secara ergonomik, menjadikan perjalanan lebih selesa bagi pemandu dan penumpang. Proton Persona baharu ini juga didatangkan dengan ruang bagasi seluas 510 liter tanpa menjejaskan keselesaan ruangan kabin penumpang.

Tambahan pula, terdapat banyak ciri-ciri tambahan seperti 2 pengecas USB di belakang, upholsteri kulit, kompartmen, super-flex pengelap tanpa bingkai, 7 ruang letak cawan, lanjutan perlindungan cahaya, tempat duduk belakang boleh diturunkan dan pelaras ketinggian tempat duduk pemandu untuk keselesaan dan kemudahan tambahan Proton Persona baharu ini dibina dengan mengutamakan ciri keselamatan. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan keselamatan di samping ciri-ciri pemanduan dan pengendalian yang tersendiri oleh PROTON.

Dengan penarafan 5 bintang ASEAN NCAP pada semua variannya, model ini menyediakan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif secara menyeluruh seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Tarikan, Bantuan Brek, Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Bantuan Kawalan Cerun, ISOFIX dan top tether serta 6 beg udara untuk varian Premium bagi memastikan perlindungan optimum untuk kedua-dua pemandu dan penumpang.

Proton Persona.2016.04

“Kami berharap agar semua anda dapat Alami Evolusinya. Proton Persona baharu ini telah melalui evolusi penambahbaikan yang terperinci dari segi ciri-ciri, teknologi terkini, reka bentuk dan pembuatan kereta ini yang lebih diperbaiki dari segi ciri-ciri pemanduan dan pengendalian yang tersendiri oleh PROTON, serta pengurangan getaran bunyi dan kekasaran (noise vibration and harshness, NVH). Untuk sebuah kereta dalam kelasnya yang tersendiri, kemasan ini menyediakan ciri pemanduan yang menyeronokkan,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Dato’ Fuaad menambah, “Kereta ini direka dengan mementingkan segmen muda dan pintar dan dibina bagi mereka yang menginginkan sebuah kereta bergaya yang datang dengan ciri-ciri menarik dan memberikan pemanduan yang menyeronokkan dan pada masa yang sama dengan harga yang berpatutan serta mempunyai penarafan yang tinggi dari segi keselamatan. Apabila kita membuat pratonton media baharu-baharu ini, maklumbalas yang diberikan sangat positif. Tapi, jangan hanya percaya dengan kata-kata saya. Pandu ujilah Proton Persona baharu hari ini dan anda akan berasa kagum dengannya”.

Didatangkan dalam 3 varian – Standard (MT dan AT), Executive dan Premium (dengan atau tanpa bodykit), harga bagi Proton Persona serba baharu ini bermula dari RM46,800 sehingga RM59,800 di Semenanjung Malaysia.

Proton Persona.2016.02

Pelanggan juga boleh menikmati perkhidmatan percuma selama 3 tahun (termasuk alat gantian dan kos pekerja) iaitu tawaran pengenalan bagi setiap tempahan yang dibuat sehingga 30 September 2016, sebagai sebahagian daripada promosi bulan Kemerdekaan dan sambutan hari Malaysia.

Unit-unit bagi Proton Persona serba baharu boleh dipandu uji dan dibuka untuk tempahan di semua cawangan Proton Edar di seluruh negara. Alamilah Evolusi Proton Persona serba baharu ini. Lawati bilik pameran kami untuk memandu uji kereta ini.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Sebagai kemudahan tambahan, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, menerusi Google Play dan Appstore.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.