Notis Panggilan Semula Kenderaan Global Toyota Yang Diperbuat Dari Januari 2006 hingga Disember 2011

Toyota Yaris GT-S Club Racer.01

Toyota Motor Corporation (TMC) mengumumkanĀ panggilan semula global pada 4 Ogos 2015 untuk 2.3 juta unit model serata dunia yang diperbuat dari Januari 2006 hingga Disember 2011. Tujuan panggilan semula itu bagi menggantikan peledak beg udara sebelah pemandu. Serentak dengan itu, TMC serta pengedar dan wakil peniaga akan menghubungi para pelanggan setelah alat ganti tersebut tersedia dan akan menukarnya tanpa sebarang kos kepada pemilik. Untuk makluman, model yang terliba ialah Yaris, Hilux, Corolla dan Fortuner. Wilayah yang terlibat ialah Eropah, China, Asia, Oceania, Timur Tengah, Afrika, Mexico, Latin dan Amerika.

Walau bagaimanapun, panggilan global itu tidak melibatkan kenderaan yang dijual di Malaysia oleh UMW Toyota Motors.

 

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.