VW Group Meraikan Kejayaan Menghasilkan 200 Juta Kenderaan

VW Golf R 2014.02

Pada 1 Oktober lepas, VW Group telah mengumumkan bahawa mereka telah pun menghasilkan lebih dari 200 juta kenderaan. Syarikat peneraju automotif di Eropah itu kini menyertai kumpulan kecil pengeluar di dunia yang berjaya mencatatkan rekod menggagumkan di mana angka yang besar dan bermakna itu diwakili oleh VW XL Sport. Kereta itu mempunyai kecekapan tinggi yang dikuasakan oleh enjin dua silinder paling berkuasa di dunia. Mengejutkan kerana XL Sport bernadikan enjin V2 Ducati 1199 Superleggera berkuasa 200 PS yang membawa beban badanĀ  daripada gentian dan magnesium yang dapat memacu kereta hingga 270 km/j! VW XL Sport adalah simbol kepada kuasa dan kesungguhan inovasi serta keupayaan teknikal dan kejayaan keseluruhan VW Group.

VW Group berjaya menggandakan produksinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 1999, VW meraikan pengeluaran kenderaan ke 100 juta dengan Beetle baharu. VW Group tidak merujuk kepada sebuah jenama sahaja malah merangkumi pelbagai mode pengangkutan dari motosikal hinggalah kepada kereta berprestasi tinggi yang dihasilkan di 106 fasiliti pengeluaran di 27 negara.

“Kami bangga di dalam kejayaan menghasilkan 200 juta kenderaan. Rekod yang membanggakan ini juga adalah refleksi kepada keyakinan pelanggan terhadap jenama kami. Kejayaan dan tanggung jawab adalah suatu yang tidak dapat dipisahkan untuk VW,” kata Prof. Dr. Martin Winterkorn, Pengerusi Lembaga Pengurusan VW Group.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.