Sebagai respon kepada maklum balas pelanggan dan permintaan pasaran yang kian membesar, UMW Toyota Motor Sdn Bhd kini menawarkan Toyota Alphard dan Toyota Previa di pasaran tempatan. Kedua-dua model MPV tersebut sangat popular di Malaysia dan sebelum ini hanya boleh didapati dari pengimport persendirian.
Berbeza dengan kenderaan yang diimport dari pusat jualan kenderaan terpakai dari Jepun, Alphard dan Previa yang diedarkan UMW Toyota Motor dibekalkan oleh kilang Toyota di Jepun. Seperti mana kenderaan Toyota lain yang dijual, Alphard dan Previa turut sama diliputi waranti selama 3 tahun atau 100,000 km (yang mana dahulu). Selain daripada waranti tersebut, pemilik juga menikmati sokongan penuh UMW Toyota Motor jika MPV mereka mempunyai masalah selepas beberapa tahun melalui bantuan teknikal dan bekalan alat ganti. Faedah tersebut tidak disediakan untuk kenderaan yang diimport oleh syarikat lain.
Selain daripada itu, kesemua kenderaan yang diedarkan oleh UMW Toyota Motor mempunyai spesifikasi teknikal yang bersesuaian dengan keadaan tempatan di mana jurutera Toyota telah melakukan kajian menyeluruh terhadap keadaan jalan dan cuaca negara.
UMW Toyota Motor menawarkan Toyota Previa 2.4GL pada harga di atas jalan RM258,017.10 manakala Toyota Alphard 2.4G dan 3.5G pula masing-masing berharga RM338,000 dan RM398,000. UMW Toyota Motor turut menawarkan pakej servis percuma selama tiga tahun serta cukai jalan dan insuran untuk tahun pertama kepada 300 pelanggan terawal.
Toyota Previa 2.4GL
Toyota Alphard 2.4G dan 3.5G
1 comment
Berapa ncap safety rating utk kereta2 tersebut?