Lotus Exige S Roadster Kini Di Malaysia – RM452,030!

Lotus Exige S Roadster 2014.03

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2014 – Lotus Cars Malaysia melancarkan Exige S Roadster untuk pasaran Malaysia di bilik pamerannya di Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Roadster baharu itu dilancarkan oleh Penasihat Proton, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut disertai oleh pengurusan kanan DRB-HICOM, Proton dan Lotus.

Exige S Roadster adalah pelengkap kepada famili Exige yang terdiri daripada Exige S, Exige Cup dan Exige Cup R. Dikuasakan oleh enjin 3.5L V6 sama seperti model coupé, kereta itu 10kg lebih ringan daripada Exige S iaitu 1166kg dan mampu memecut dari sifar ke 100km/j dalam 3.9 saat. Output kuasanya ialah 345hp pada 7000 rpm (350 ps) dengan tork 295 lb ft pada 4500 rpm.

Lotus Exige S Roadster 2014.02

Sempena majlis pelancaran, Tun Dr Mahathir turut menyerahkan replika kunci kepada pemilik pertama Exige S Roadster di Malaysia iaitu Encik Simon Flint yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Fitness First Asia. Encik Simon merupakan peminat Lotus dan model pertama yang dimiliki ialah Europa SE.

Exige S Roadster adalah model paling baharu di dalam barisan model Lotus Malaysia selain daripada Exige S, Elise E, Elise MT, Exige MT, Evora MT, Evora AT dan IPS. Harga jualan Lotus Exige S Roadster bermula dari RM452,030.00.

Spesifikasi Lotus Exige S Roadster

ENGINE

Mid mounted, transverse 3.5 litre 24valve DOHC V6 dual VVT-I, 24-valve equipped with Harrop HTV 1320 Supercharger.

TRANSMISSION

6-speed manual gearbox with sport ratio

PERFORMANCE

0-100 km/h 3.9 seconds

Max speed 233 km/h (145 mph)

Max power 345 hp at 7000 rpm (258 kW) (350 PS)

Max torque 295 lbft at 4500 rpm (400Nm)

Unladen vehicle mass 1166 kg

WHEELS & TYRES: Lightweight cast alloy wheels (17” front and 18” rear) clad with Pirelli P-Zero Corsa tyres.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.