Pandu Uji Singkat: Nissan Almera

Nissan ini merupakan satu jenama yang agak kuat di Malaysia. Ikut perkiraan gua, Nissan Sunny merupakan antara model yang paling laku sekali pada sekitar awal 1990an. Dan kesinambungannya diteruskan lagi dengan pengenalan Nissan Sentra atau lebih mudah orang sebut Teksi Genting yang cukup sinonim dengan ketahanannya. Namun, apabila Nissan Sentra edisi yang lebih baru berserta dengan Nissan Latio itu jelas gagal untuk mengekalkan jenama Nissan dalam kategori  Segmen B. Sememangnya Nissan agak jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Toyota mahupun Honda. Itu belum lagi diambil kira dengan kereta jenama Kia yang turut sama bertanding dalam liga yang sama. Namun, kalau bertanding dalam liga MPV bukan kebangsaan, gua rasa semua orang sedar tentang betapa lakunya Nissan Grand Livina sampaikan di kawasan PPRT penempatan gua yang hanya ada dua blok ini pun terdapat lebih daripada 5 buah.

Untuk mengembalikan nostalgia betapa suatu masa dahulu, jenama Nissan pernah mengungguli kereta penumpang, Nissan Almera akhirnya diperkenalkan. Dibina berasaskan platform V yang baharu, Almera ini dipasangkan secara CKD di Serendah. Dan hujung minggu sudah, gua telah berpeluang untuk memandu uji secara singkat Nissan Almera di bertempat di Taman Bukit Jalil. Apabila kali pertama bertentang mata, hati gua pantas berbisik boleh tahan cantik juga bila mana dipakaikan dengan kit badan Impul. Ok, gua faham, bagi peminat tegar Nissan pasti mereka kurang gemar akan rekabentuk yang serupa ini. Tapi harus barang diingat, inilah model sedan global mereka yang sangat laku terutama di China dan juga Thailand. Bila mana pandangan umum diambil kira, maka sudah pasti perekabentuk harus bertolak ansur dengan rekaan yang mempunyai jiwa. Rekaan Almera ini sememangnya kelihatan agak lembut dari segala sudut. Jadi perkiraan mudahnya, dengan rekabentuk yang sebegini, sudah pasti menarik perhatian golongan wanita muda yang berkerjaya dan ingatkan sebuah kereta yang tak berapa besar tapi sebenarnya luas di bahagian dalam berserta dengan penggunaan bahan api yang cukup menjimatkan maka Nissan Almera ini pantas akan menarik perhatian disamping eksekutif muda yang berkeluarga kecil. Atau lebih mudahnya lagi, Nissan Almera ini pasti akan memberikan ancanman kepada Toyota Vios mahupun Honda City

Tiga baik butang Start ditekan [gua tak guna sebaik butang Start ditekan sebab gua lupa nak tekan brek, percubaan kali ketiga baru berjaya hidupkan enjin, apalah gua ni..kodi sungguh] gua dengan segera memulas stereng yang terasa amat ringan untuk bergerak berpusing di kawasan berhampiran Taman Bukit Jalil tersebut. Memandangkan gua tak ingin ke Balai Polis gara-gara dituduh cuba untuk melarikan Almera tersebut, gua akur untuk mengikuti laluan yang telah ditetapkan. Dengan laluan yang sebegitu pendek, gua cuba memanfaatkan setiap detik bersama Almera. Harus gua akui yang gua agak berpuas hati dengan kuasa yang dimiliki oleh Almera ini. Proses penukaran gear macam tak berapa nak rasa langsung. Lancar orang kata. Cuma, barangkali Almera ini terasa sedikit kurang berkuasa. Namum itu bukanlah masalah besar kerana enjin 1.5 CVTC ini dirasakan sudah memadai untuk sebuah kereta keluarga.

Ketika gua cuba membuat U-Turn dengan sengaja bagi mencari kesedapan sistem suspensi, ternyata Almera ini tidak terlalu beroleng badannya. Malah radius pusingannya juga agak kecil yang mana ianya amat digemari oleh rakyat Malaysia yang gemar membuat  U-Turn sesuka hati tanpa memberikan isyarat langsung. Dari segi keselamatan untuk pemberhentian kereta secara paksa, sistem brek yang digunakan masih boleh diharap. Tak terlintas langsung gua nak gunakan mulut sebagai brek tambahan “Eh..eh..eh..” kerana bimbang kereta lambat untuk berhenti. Lengkap dengan ABS dan EBD bagai.

Bahagian dalamannya pula, rekaan berbentuk bulat jelas mendominasi papan pemuka. Sterengnya pun bulat juga. Tak pernah pula dibuat dek orang stereng berbentuk segitiga. Tapi maksud gua, bilamana lu orang perhatikan sterengnya, memang agak bulat. Itu belum lagi perati bahagian konsol tengahnya. Bulat. Bila pegang tombol gear auto itu pun memang jelas terasa kebulatannya. Payah juga gua nak menafsir kotak pemikiran sang perekabentuk Almera ini. Ergonomik barangkali. Eceh,  gua manalah into sangat pasal ergonomik ni. Pada gua, asal sedap mata memandang, sedap tangan memegang sudahlah. Iye tak?

Manakala pemilihan tempat duduknya juga cukup selesa baik dihadapan mahupun di bahagian penumpang belakang. Tapi gua syak, bahagian penumpang belakang lebih terasa selesa kerana ruang kelegaan kaki yang cukup luas. Jenis nak buat sila panggung memang sesuai sangat. Mujur juga pemilihan tona gelap cukup melegakan bagi yang mempunyai anak kecil. Boleh nangis woo kalau bahagian tempat duduk dipenuhi dengan efek tapak kasut mahupun bekas air minuman.

Untuk ruangan bonet di bahagian belakang, memang tersangatlah luasnya. kalau setakat nak balik kampung, isi dua beg besar berserta dengan stroller untuk anak kecil pun gua rasa macam muat lagi. Silap hari bulan, lu orang nak sumbat orang gaji bawa balik kampung duduk dalam bonet pun memang muat.

Sebelum lu orang pergi menempah Almera ini, suka untuk gua ingatkan bahawasanya kereta yang gua pandu uji ini telah dipasangkan dengan kit badan Impul yang mana juga boleh ditempah secara ala-carte. Amacam, nampak senonoh bukan? Kalau jenis yang kosong tu gua terasa macam kurang berselera sikit. Tapi gua yakin, ianya bukanlah satu isu besar. Formula rekabentuk Vios dan Almera ini ternyata punya persamaan. Jadi, kalau Vios itu boleh laku, ini kan pula Almera yang ternyata punya sesuatu yang lebih untuk ditawarkan kepada pembeli. Jadi, kalau lu orang berhajat untuk melamar Almera ini untuk diri sendiri mahupun untuk orang yang tersayang, lu orang boleh menghubungi Brader Fayyadh di talian 012-5920952 selaku orang yang akan berurusan antara lu orang dengan Bank dan juga Edaran Tan Chong Motor. Harga? Tunggu dulu sehingga mendapat kelulusan dari pihak yang berwajib iye.

-C27-

 

Silakan kongsi:

49 comments

Skip to comment form

    • yuri on 24/10/2012 at 10:42 PM
    • Reply

    malangnye…ia Nissan…

    • Belalang_kontot on 24/10/2012 at 11:00 PM
    • Reply

    Nape nissan tak bg name nissan amir trus?
    Kan ke lagi komersial…hehe

  1. Kalau gua dapat test drive R35, agak-agak ada yang akan komen tak.. “malangnye… ia Nissan”

    • bds59 on 25/10/2012 at 9:17 AM
    • Reply

    nama saya bukan taufik

  2. segmen compact ni adalah yang paling banyak atas jalan raya berikutan kos petrol dan harga yg berpatutan menarik minat golongan marhaen spt gua utk meilikinya.. sorry gua takde idea nak komen kehkehkeh

    • bds59 on 25/10/2012 at 9:41 AM
    • Reply

    Harap brother2 GT boleh keluarkan kereta2 yg EverGreen macam Honda Prelude 4th Gen ke, Mazda Astina, Toyota Celica ke, dll..

    • epi on 25/10/2012 at 10:19 AM
    • Reply

    ermmm…ok ok je…

    • kete_hitam on 25/10/2012 at 11:51 AM
    • Reply

    lawa jugak…

    • Yoda on 30/10/2012 at 9:22 AM
    • Reply

    Gue x pasti dgn komen yuri ‘malangnye ia nissan..’ ape..nissan ni x bagus ke?

    • Glory2MU on 01/11/2012 at 3:42 PM
    • Reply

    design luar mcm nissan teana yg dikecikkan..design dlm plak simple, kosong, dan mcm kreta pompuan..
    typical japanese car design, agak boring..

    • Mad Oren on 04/11/2012 at 12:50 AM
    • Reply

    almera…..macam alzheimer pulak…okay lah ni..nk kondem pon xleh gak.keta zaman skrg mmg gini design dia…preve’ org kutuk gak aku tgk makin bnyak kat jalan….it’s depend who need this car..myvi lemau jugak jadi pujaan…hihhi

    • mofad on 04/11/2012 at 6:07 PM
    • Reply

    Kepada pengomen2 yg tak berpuas hati, sila ke cawangan nissan berdekatan, tengok dan test drive dulu baru komen. Gua dah drive kat nissan alor setar petang khamis lepas(1 nov), boleh tahan, cumanya ia ringan sikit dari toyota vios, tempat letak kaki di ruang duduk belakangnya sangat luas kalau nak dibandingkan dengan vios, macam tu juga bonetnya, memang betul kata admin.
    Ingat tak, dulu masa perodua kancil mula keluar pada tahun 1994, ramai yang mengeluh dan mengutuk, kereta kecil lah, sesuai untuk perempuan lah…tapi ramai jer org laki beli sebab jimat minyak. Macam tu juga perodua myvi yang mula keluar tahun 2005, ramai yang kutuk sebab bentuk tak cantik, macam katak, tapi dia yang paling laku sekarang ni.
    So, kepada pengomen2 yang negatif, jangan jadi jumud sangat, macam katak puru dalam pasir.

    • Mad Oren on 08/11/2012 at 11:48 PM
    • Reply

    ya aku setuju dgn mofad..test dulu baru tau..dh tau bagitau yg xtau..boleh?hihihi..

    • bukan taufik on 09/11/2012 at 1:57 PM
    • Reply

    nama sy pun bukan taufik

    • hazrin on 19/11/2012 at 3:48 AM
    • Reply

    salam. nak tnye ni.
    bg la komen skit pasal nissan almera ni…
    nak tau. jimat minyak ke x?
    mcam mane ngan servis die?
    ape2 je la

  3. 2 jenama yg aku pilih preve dan almera akhir nya preve…nissan almera sama besar dgn preve namun preve lagi cantik… minyak lagi jimat utk pjalanan jauh puas hati

    • izhar on 27/11/2012 at 8:14 PM
    • Reply

    dah booking keta ni… n paling best tak test drive pun kereta ni.,. just tgk kat internet n dalm web site ni..
    sebulan jer diorang cakp leh dapt dah …
    ambik yng harga 69800+ accessory rm6000 n sketing rm1500.00..

    • sharif on 29/11/2012 at 12:22 AM
    • Reply

    Saya memandu Nissan 2.0,dan saya begitu teruja sehingga kini…dengan 1.5 Almera ini saya bagi 100 markah kepada yang berani memilikinya…Bila dah pandu 1.5 barulah kamu semua tahu erti penjimatan bahanapi,terutama bagi yg berulang alik kerja di bandar.namun untuk kepuasan perjalanan jarak jauh nissan 2.0 xtronic CVT memang mengujakan!

    • pokngah on 10/12/2012 at 7:37 PM
    • Reply

    keta ni xblh challenge ngan n16 SR20VE gua..haha

    • zaharin on 30/12/2012 at 12:55 AM
    • Reply

    saya sudah 4 tahun pakai Grand Livina… lama kelamaan saya rasa bosan dengan Livina. November lalu saya terdengar ada produk baru daripaa Nissan. Saya terus ke showroomnya. Bila melihat Almera hati saya terus terpaut dan tanpa memandu uji saya terus bersetuju untuk trade-in Livina saya. Genap sebulan Almera yang saya idamkan tiba di depan mata. Bagi saya, memandu Almera lebih mengujakan berbanding Livina…

    • Pak Kadok on 01/01/2013 at 6:38 PM
    • Reply

    Dulu aku pakai keta m’sia, Saga, Iswara, Wira & Perdana. Ok prestasi boleh tahan, harga murah. Yang aku fed up Perdana tu aku beli 100K. Pakai lima tahun harga 40K. Hutang 60K lagi. Aku serik keta nasinal. 2nd value mencacai. La ni tak tau lagi. almera ke vios. tengok harga almera lagi murah. Preve aku tak suka grill depan. Nak tiru Kia tak senonoh. Lampu belakang lansung tak mengancam

  4. Bentuk pon x cantik jumud… sbb utama org beli nissan almera ialah dia jenama nissan cube proton buat design mcm ni mampus kena kutuk 24 jam sehari pada hal proton preve lagi baik dari almera almari… gua dah test drive 2 kereta ini preve almera akhirnya gua pilih preve dah 6 bulan gua pakai xde rosak pon itulah mentaliti rakyat malaysia… bangga sgt dgn jepon tu pada hal jenama sendiri lagi bagus … preve 1.6 cfe adalah terbaik top speed 210kmj almera ape ada ???? kalau xde impul bodykit body dah mcm katak huduhhhhh come on rakyat malaysia celik kan lah mata anda …

  5. betul juga kan jika aku pandang Almera ni x lah berapa cantik sangat mcm bentuk tak siap… preve pon menarik tapi vios dah terbukti keyakinan imej dan stail… vios lagi terbaik,,, jika preve dan almera aku pilih preve .. almera kurang menarik yg menarik cume model impul jea

  6. Almari ni pandangan aku ialah jimat minyak jer…lain bungkus…rekabentuk melingkup…pada sape sape yg nak rasa nissan ni besedia lah dgn karenah cvtc ni..gear box kalo problem tiga puluh enam ribu besedia..sparepart susah..recond sepuluh ribu….aku dah serik dgn nissan ni..kalo nak rasa cuba la..slmt mencuba..ada bran

  7. Nak beli keta zaman skrg kena pikir spare part alat ganti senang..kalo dah pegi tanchong sendiri jawapan dia org senang jer…..kena beli saru set untuk gearbox baru..walupun yg putus tu steel bell dlm gearbox tu…mende bodoh jer….tanchong tak guna…lpas beli baru nak menyesal..apa cite..kpd yg nak bekira nak amek almari ni ..pikir akan pengalam aku n issan ni….

  8. Masuk arini dah tiga minggu keta sylphy aku tak jalan…spare part d klang valley abes aku jengah…kecewa tahap gaban dah ni…kalo dah nissan tanchong sendiri tak jual steel belt tu..agak agak korang mana lg nak cari…jawapannya mudah …kereta yg takda sparepart adalah kerta sampah la…tau kerata sampah..kereta pakai buang la….

  9. Pendapat aku ringkas jer…ramai dr kami pemilik nissan sylphy yg kecewa tp tak mau kecoh sbb kerrta jepun yg d katakan berkualiti…tp reallity nya tdk sebenarnya…cuba byangkan dashboard pun boleh merekah…brake noise,power window tak boleh turun,bearing slalu rosak,mounting pun sama….malang sungguh kami…skrg aku bekira nak guna beli preve….dgn satu syarat jgn sesekali ckap sparepart takda…sakit ati d buatnya..

  10. Nissan ni kalo boleh d katakan syarikat hampir bankrap…nasib baik.ada renault yg pam modal…kalo tak dah bungkusss sbnrnya…fikir fikir la sape yg nak beli almari ni…ringkas kata dari aku….mengarut jer jenama nissan ni…aku tak pandang dah jenama ni .keluarla rak kasut ke,meja makan ke,almari apa apa la…nissan sylphy adalah yg terakhir aku beli dr nissan..slmt tinggal tanchong

    • zeck cyber 0178878781 on 26/03/2013 at 10:46 PM
    • Reply

    TOTAL COAST OF OWNERSHIP UP TO 100,000KM
    ALMERA RM4296.00
    -FOC LABOUR FOR 1,000KM & 5,000KM
    -5.000KM SERVICE INTERVAL WITH MINERAL ENGINE OIL
    -MAINTENANCE-FREE FUEL FILTER
    -AT 20,000KM, BRAKE SERVICE WITH BRAKE FLUID CHANGE
    -AT 40,000KM & 80,000KM, REPLACE ATF
    -AT 100,000KM REPLACE PLATINUM SPARK PLUG

    VIOS RM4,799.00
    -FOC LABOUR FOR 1,000KM & 5,000KM
    -10,000KM SERVICE INTERVAL WITH FULLY SYNTHETIC ENGINE OIL
    -AT 80,000KM, REPLACEABLE FUEL FILTER
    -AT 20,000KM, BRAKE SERVICE WITH BRAKE FLUID CHANGE
    -AT 40,000KM & 80,000KM REPLACE ATF
    -AT 40,000KM & 80,000KM,REPLACE NORMAL SPARK PLUGS

    DIFFERENT~ ALMERA SAVE UP TO RM503~ COMPARE TO ALMERA~

    WAK LU!!!! SAPA YANG NGAKU NISSAN USER TU MACAM SAJE2 NAK KONDEMKAN BRAND NISSAN~ BASE ON COMMENT DIER~ MAMAT NI SURE TOYOTA NYER SALESMAN~ LUPER LAK~ VIOS NYER SALE DAH DROP~ TU YANG SALESMAN TOYOTA SAKIT KEPALA SIAP KONDEM2 KAN BRAND LAIN~ DER~ DUIT LU HASIL FITNAH BOLEH JADI HARAM~ GILER AH~ AKU PAKAI NISSAN SENTRA TAHUN 2004 SAMPAI LA NI X PERNAH ROSAK GEARBOX~ SETIAP BULAN AKU ULANG ALIK KLANG-SUNGAI PETANI, KEDAH SEJAK BELI SAMPAILAH SEKARAN~ SLUMBER JEW~ DER~ HAHA~ BUBAL JEW MAMAT “nissan user” bubuh nama camtu supaya orang budget yang dier ni tol2 lah “NISSAN USER” GUA MALAS NAK KONDEMKAN BRAND TOYOTA LU LA DER~ NANTI DUIT GAJI GUA JADI HARAM~ TAPI KALAU USER SUMER GOOGLE DEKAT TENET TENTANG TOYOTA AND VIOS SERIES~ HURMZ~ KORANG TAW R~ HAHAHAHAHA~

    • zeck cyber 0178878781 on 26/03/2013 at 10:51 PM
    • Reply

    BRO GEAR TINGGI!!! PEMBETULAN FAKTA~ NISSAN SUNNY NI START FAMOUS DENGAN MODL SUNNY YANG PERTAMA~ PADA SEKITAR TAHUN 1960-an. ACCUMULATED SALES SEHINGGA SEKARANG UNTUK SUNNY SERIES~ 16 MILLION DI 140 COUNTRIES~ PEACE YO!!!!

    • baru nak amik sylphy on 31/03/2013 at 5:49 PM
    • Reply

    Bagi aku sume kete same jer..kalo dah mmg suke bawak laju2 tue jgnla amik kete yg xdireka cipta utk dipndu laju..drpd amik almira baik agkt sylphy..sekian..

  11. almera pon ok jugak tapi hati berkenan dgn preve sorry yea almera x berapa cun… minyak pon lebih kurang preve.. nak jimat minyak amik vios … itu pendapat aku… aku pakai preve yg ko korang kata bermasalah tu.. dah dekat setahun pakai xde masalah lagi… pakai kereta bukannya lama pon baik cari kereta bulan2 rendah pastu jual amik yg puas hati .. almera aku pikir byk kali nak beli .. ape pon itu pendapat akulah yea

    • Tok Kenari on 20/04/2013 at 10:04 AM
    • Reply

    Aku pun berkira2 nak pakai preve….@ almera….@ tunggu vios 2013 yg xlama lg masuk malaysia.. Mintak pandangan kwn2 yg pandai compare2 ni… Tq

    • abdul rezal on 07/06/2013 at 5:38 AM
    • Reply

    beli jangan tak beli kengkawan…. ahaks.. toyota vios baru pun boleh tahan jg…

    • nilzanismo on 19/06/2013 at 2:05 PM
    • Reply

    terbaik

    • siput sedut on 20/06/2013 at 12:01 PM
    • Reply

    Bini aku yg kerja sebgai jurujual jenama nissan pun xpakai jenama nissan……jenama keta jepun ni bukannya berkualiti sgt pun..gempak jer lebih…..lebih baik pakai jenama kereta nasional…komisen jual kereta ni jgn ckp la lumayan ooooii…jual sebijik mcm gaji sebulan kebanyak org…jgn marah advisor semua…

    • wawa on 15/07/2013 at 4:37 PM
    • Reply

    plan di nak amik preve…member baru pakai almera….dia suggest amik almera…dah confuse dah ni huhu

    • Pablo on 25/07/2013 at 6:03 AM
    • Reply

    Hahaha..apa2 je korang ni…pd aku yg paling penting utk memiliki sesuatu harta dunia ni kna fikir dr mne dtgnye sumber duit tu…halal@tidak…keberkatan tu penting..insyaallah akan sentiasa dilindungi Allah S.W.T…ni aku komen ikut apa yg dh aku alami…dlm sedar@tidak itulah hakikatnye…bila renung2kn balik mmg ternyata Allah itu Maha Adil dn Saksama…x caye cuba korang fikir balik…”Aku memang budak Nakal”

    • dolphin on 28/10/2013 at 7:48 PM
    • Reply

    Bagi aku,almera terbaik dari segi penjimatan minyak,so sesuai bagi aku yang ulang alik dari kl ke jb,aku bukan kaki racing,bawa pun slow,pandu cermat jiwa selamat,ingat yang tersayang..tabik almera.

    • mm on 07/11/2013 at 10:45 AM
    • Reply

    A[pa komen pemilik almera betul ke bermasalah

    • domokun 16 on 09/11/2013 at 5:14 PM
    • Reply

    masalah utama almera ialah bearing dh bnyak kete membe semuanya masalah sama …. xpi tu jela stakat nih xpi masih dlm warranty so free jela tkr bearing…. jimat mnyak mmg agak jimat la berbandng ekod gua hehehe xpi kalo berembat kuat la jgk mnyaknya nama pn berembat …. kalo bnding ngan vios berbaloi almera kot bkn sbb sy pkai almera xpi keluasan dalam la …. mnyak kalo dalam bndar bnyak jammed vios menang kot ….kalo long distance vios kalah jauh …..kalo bnding ngan honda city bubye la city walaupn sy pengguna honda tegar terpksa mngakui hakikat tu …. bg sy berbaloi jg la beli walaupn sakit mata tgk rupa luaran dia ….tggu set nismo keluar ……

      • nini on 25/11/2013 at 7:49 PM
      • Reply

      betul tu sy br 3 bln pki almera dh kna tkr bearing blkg…tnye kdi rm 300..melayang duit…tp nk tnye bearing mmg blh claim ke dgn nissan?

        • MashitahHayati on 15/07/2014 at 9:02 AM
        • Reply

        Sama la bearing gak masalah almera saya..baru setahun setengah..dh problem. Nk masuk 2x dh tukar bearing ni..

          • sham on 23/11/2014 at 9:33 AM
          • Reply

          Sy penguna proton iswara(dh jual),.wira(masih simpan) dan last persona(dh jual).. So far proton tak mengecewakan. Baru2 ni tukar ambik almera dgn body kit nismo.. Memang jauh beza keselesaan kereta nissan berbanding proton yg pernah sy guna… Lagi2 bile long distance dgn family. So far puashati.. Penumpang belakang pun tak complain lenggung kaki.. Sebab ruang kaki belakang memang luas… Pengunaan petrol memangterbukti jimat dari proton persona dulu.. Power dan handling
          Takde beza sgt persona. Tgg tayar
          botak je nak sumbat rim 16″ atau 17″ baru smart dan handling lebih mantap.. Dh 17ribu km so far so good. Nk laju wira lama masih simpan dgn engine 4g93t manual didlm.. Utk santai2, balik kampung dgn family guna almera. Utk pergi balik kerja ex5
          je… Jadi cost maintanance 2 kereta dpt dijimatkan.

    • Noor Hayati on 08/09/2015 at 3:17 PM
    • Reply

    bearing almera memang problem gila , baru jalan 75K kg dua2 bearing belakang dah bunyi ,Nissan kene respobsible semua almera yang dia keluar kan , tak kira laa sama ada masih ada warranty atau tidak

    • MfM on 19/01/2016 at 8:08 AM
    • Reply

    Sy beli almera febuari 2012, sampai sekarang ni januari 2016 alhamdulillah xpenah ada problem lagi. Bearing pn xpenah problem lg. Bunyi pelik2 pn setakat skarang ni xdk jgk. Sy bwk slow. Atas highway pn 100 ja. Antara kekurangan almera, time naik bukit agak berat, banding ngn vios. Kereta agak tinggi, jadi bila speed melampau akan rasa mcm goyang sket.

    • Naina Mohamed Bin Abdul Rahim on 23/05/2016 at 3:59 PM
    • Reply

    saya baru 20ribu km bearing dah kong tapi tukar under warranty .Ada bunyi klr dari pintu dan bahagian bawah kereta .Masih belom settle sebab kena hbskan 1 hari kat scenter ….selain dari tu ok .Cuma frust pakai keta jepun baru 5 bln bearing boleh rosak .pakai myvi 7 tahun x pernah rosak .

      • ihsanramli on 27/07/2016 at 1:35 PM
      • Reply

      Aku pun mcm hang jugak naina….aku dah lenjan 130K km ..almera 2013 aku..bearing baru tukar minggu lps…dalam 10 hari bunyi bering mai lagi…bateri dah dua kali tukag…acon dah top up gas..tak sangka plak cepat sgt bearing berbunyi..Berbaloi jugak aku pakai

    • MHA on 04/08/2016 at 8:02 PM
    • Reply

    Saya Ada masalah dengan bearing belakang jugak..sekarang dh x service kat tanchong lagi..dh void warranty..berapa ek kos nk tukar bearing belakang keta nie?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.