New Zealand, 1 April 2012 – PG Andersson, Pemandu rali Proton memenangi tempat kedua Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) di New Zealand manakala rakan sepasukannya, Alister McRae pula berada di tempat keempat. Tempat pertama dimenangi oleh Chris Atkinson yang memandu Skoda Fabia S2000 manakala rakan sepasukannya, Gaurav Gill di tempat ketiga. Chris adalah bekas pemandu pasukan Proton pada musim lepas.
Andersson memulakan hari terakhir perlumbaan dengan defisit masa lebih dari seminit dek kerana tayar kereta yang pancit pada hari pertama perlumbaan. Beliau menamatkan perlumbaan 28 saat di belakang Chris dan dua minit di hadapan Gaurav Gill.
Sementara itu, Proton mendominasi tiga tempat teratas di dalam kategori 2WD dengan Karamjit Singh, pemandu persendirian Mike Young dan Kenneth Koh masing-masing di tempat pertama, kedua dan ketiga. Mereka bertiga memandu Proton Satria Neo 1.6 liter.
Rali Whangarei dilangsungkan dengan 16 Special Stage dengan jarak total 283.28km.
3 comments
1st…hebat Proton…syabas
MK dah kuar…Sekian
brape banyak kete bertanding setiap ketegori nie???