“Ideanya adalah untuk menjadikan Track’ster nampak gagah, seperti seekor anjing bulldog tetapi pada masa yang sama mudah didekati. Kami mahukan kereta itu diasaskan daripada model sedia ada supaya orang ramai boleh mengesan model asasnya iaitu Soul tetapi dengan lebih karakter. Ianya patut menjadi terjemahan berani yang akan menukar persepsi orang ramai mengenai apa yang boleh dilakukan untuk kereta sport Kia,” Itu adalah kenyataan Tom Kearns, Ketua Pereka Kia Motors America (KMA).
Kata kuncinya adalah seekor anjing bulldog dan sememangnya badan Track’ster yang rapat ke bumi tampak seperti seekor anjing bulldog dengan muka yang garang. Merujuk rupa atau anggota haiwan adalah suatu yang normal buat pereka kereta. Ada yang menggunakan harimau, ikan jerung, ular sawa, kumbang dan ada juga kereta yang berbentuk seperti katak. Hakikatnya kaedah rujukan itu bukanlah suatu yang pelik di dalam dunia rekabentuk kerana kecantikan adalah perkara yang subjektif. Banyak model yang cantik seperti kereta keluaran Alfa Romeo namun pengeluar kereta Itali itu tidaklah berjaya mana jika hendak dibandingkan dengan Toyota ataupun VW. Di negara kita pula, Toyota Vios dan Perodua Myvi bolehlah dianggap sebagai kacak dan jelita jika jualan tinggi kedua-dua model itu diambil sebagai ukuran. Jika ada di antara pembaca yang kurang bersetuju dengan kecantikan Vios atau Myvi, suka untuk saya merujuk kenyataan hidup berpasangan iaitu, kecantikan itu bukanlah suatu yang abadi.
Apa pun, diadili melalui gambar Track’ster mempunyai karakter tersendiri dengan warna badan ‘menarik mata’ iaitu Whiteout dan Inferno Orange. Kata Kia, skema warna itu menyerlahkan badan dan merupakan penyesuaian sempurna untuk imej perlumbaan. Gril signatur Kia mempunyai celahan (slit) masukan udara dengan efek gentian kaca. Lampu utama pula kemas disesuaikan dengan arca roda yang mengembang. Paling menonjol di bahagian depan Track’ster ialah gril bahagian bawahnya. Ianya diserlahkan dengan sejumlah lampu LED sementara ruang yang ada pula mampu mengalir banyak angin untuk menyejukkan enjin walaupun di dalam keadaan yang mencabar. Bahagian rendah bampar yang disudahi dengan efek gentian kaca dengan kontra warna Inferno Orange pula hanya beberapa inci sahaja sebelum ianya rapat menyapu jalan.
Track’ster bukan setakat menjaja rupa bahkan mempunyai badan yang sepadan. Bahagian badan lain adalah koordinasi bersama dan nampak natural, bukan kelam-kabut seperti Proton Gen.2 CPS dengan rupa depan identiti korporat VW tetapi dengan profail sisi Lotus Elise. Perodua Myvi SE generasi lama pula nampak seperti Suzuki Swift yang sedang mabuk. Memandangkan Track’ster adalah model konsep maka perekanya bebas untuk memasang rim sebesar saiz dulang pun, model itu menggunakan rim HRE-K1 monoblock bersaiz 19 inci yang merupakan usahasama di antara HRE dan pereka Kia di California. Rim itu kemudian dibalut dengan tayar Michelin Pilot Sport PS2 bersaiz 245/40 di hadapan manakala tayar belakang bersaiz 285/35.
Jarak titik roda Track’ster pula dipanjangkan kepada 101.2 inci iaitu hampir seinci lebih panjang berbanding model produksi Soul. Sesuai dengan prestasi tinggi, Track’ster menggunakan cakera brek Brembo bersaiz 14 inci (yang sama besar dengan rim Myvi SE) dengan enam omboh manakala di belakang pula diangkup dengan cakera bersaiz 13.6 inci dengan empat omboh. Sementara Soul mempunyai empat pintu, Track’ster pula hanya mempunyai dua pintu dengan saiz pintu hadapan dipanjangkan.
Prioriti utama Track’ster adalah prestasi dan sempena dengan tema tersebut, pasukan pembinanya memuatkan enjin 2.0 liter Turbo yang berkuasa 250 kuasa kuda, kuasa yang sangat tinggi iaitu peningkatan 66 peratus berbanding Soul biasa. Kuasa tinggi itu dipacu di atas jalan dengan pacuan keempat-empat roda yang dikawal secara elektronik. Transmisinya pula adalah enam kelajuan manual jenis singkat. Badan Track’ster pula direndahkan melalui penggunaan suspensi sport yang ditala untuk trek perlumbaan. Jadi tidak hairanlah model itu dinamakan Track’ster sesuai dengan matlamat dan fungsinya.
Walaupun tiada lagi perancangan untuk menjadikan Track’ster sebagai model produksi namun itu tidak menjadi masalah buat perekanya. Bak kata Tom Kearns, “Kereta konsep adalah seperti aising pada kek, ianya membolehkan pasukan pereka KMA bermimpi tentang apa yang boleh dilakukan. Sama ada mimpi tersebut menjadi realiti atau tidak, itu adalah soalah yang berbeza.”
Betul juga, jika pengeluar kereta tidak mempunyai model konsep, bagaimana pasaran hendak tahu apakah yang akan ditawarkan kepada mereka untuk masa akan datang?
Newspress
-Md Uia-
7 comments
Skip to comment form
terbaik….
first tu….
Menjadi-jadi pulak kereta2 dr pengeluar negara kpop ni…
Apa harapan kita warganegara!..
Mengharapkan neo R3 jelmaan sepat ronggeng…
Steady……
Memang menarik & eksklusif tp 2 seater je ke?
apa2pun kete ni cun….sedih terbaca ruangan pemotoran dlm harian metro n sisipan auto berita harian…sedih….kesian org msia kita….bai,matpon lu jgn jd mcm tu…elakkkan ayt2 skema dlm artikel…stedy….
Concept Car je ke..??? boleh la bagi idea jugak…
wow..
bulldog, nanti kena samak? hehe
sjk proton diambil alih oleh drb hicom,ada ura2 tg.mahalel diajk join blik xtau oleh dato syed zainal ke ataupun bos2 drb hicom…rosakle proton kalaum tg.mahalel tu join blik proton…nnt proton tuah dgn persona r jadik mcm savvy design….nak ke oi…