NISSAN NV200 VANETTE DAN NAVARA SINGLE CAB BAHARU

KUALA LUMPUR (18 Februari 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan dua model kenderaan komersial ringan yang serba baru iaitu Nissan NV200 Vanette dan Navara Single Cab 4×2.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng berkata, “Kami sentiasa menjadi jenama pilihan dalam segmen kenderaan komersial ringan di Malaysia, contohnya model C22 Vanette yang merupakan satu legenda. ETCM menyedari tentang permintaan pelanggan kami terhadap kenderaan komersial, maka kedua-dua model yang dilancarkan pada hari ini telah direka bentuk bagi menepati keperluan perniagaan yang paling optimum.’’

NV200 VANETTE

Van panel NV200 serba baru yang dinanti-nantikan ini telah mewarisi nilai komersial Vanette.

NV200 memiliki gaya luaran yang tersendiri, ciri-ciri keselamatan yang bertaraf tinggi, fungsi-fungsi yang maju dan kecekapan bahan api yang mengagumkan, malah dilengkapi dengan ruang kargo luas (berukuran 4.2m³) yang mampu memenuhi pelbagai jenis kegunaan. Reka bentuk NV200 merupakan suatu revolusi baru kepada kenderaan komersial ringan.

NV200 Vanette menggunakan enjin 1.6-liter HR16DE dengan teknologi Pemasaan Injap Boleh Ubah Berterusan (CVTC) yang menjana kuasa 109ps dan kuasa kilasan 152Nm, dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan yang lancar. Gabungan ini menghasilkan penjimatan bahan api yang amat baik iaitu 14.0 km/liter.

Model NV200 telah mencapai standard kecemerlangan dari segi keselesaan pemanduan. Enjin yang dipasang pada bahagian hadapan bukan sahaja meminimumkan bunyi bising, sekali gus mencegah situasi ‘tempat duduk hadapan yang panas’ di samping mengurangkan keletihan pemandu. Selain memberikan pemandangan yang lebih luas kepada pemandu serta menawarkan stereng kuasa elektrik, NV200 dilengkapi dengan Meter Pelbagai-Fungsi yang memaparkan maklumat penting seperti revs enjin, penggunaan bahan api, jarak dan masa pemanduan di atas Paparan Dot Matrik 2.8”. Meter Pelbagai-Fungsi itu juga dilengkapi dengan banyak fungsi amaran seperti had kelajuan, jadual penyelenggaraan, timer dan juga transmission shift-up alert supaya pemandu boleh menukar gear pada kelajuan optimum.

Aspek penting lain termasuk penggunaan sistem penggantungan spring single-leaf di belakang kenderaan yang membolehkan kenderaan itu menampung keberatan muatan sehingga 740kg. Reka bentuknya yang kompak dan dalaman yang luas turut membolehkan ruang kargo memuatkan dua palet Euro.

Seperti semua kenderaan Nissan, keselamatan tetap merupakan aspek penting bagi NV200 Vanette. Ciri-ciri keselamatan standard merangkumi dua beg udara, ABS, EBD, Zone Body Construction, tali pinggang keledar pre-tensioners, lampu brek tinggi, cermin pandangan belakang yang luas dan cermin sisi yang besar.

NAVARA SINGLE CAB 4×2

Nissan Navara Single Cab memaparkan unsur versatiliti. Dengan mempunyai rangka yang teguh dan enjin diesel common rail yang paling berkuasa dalam kelasnya, Navara Single Cab 4×2 merupakan kenderaan pilihan untuk perniagaan.

Pengguna mempunyai tiga pilihan dari segi reka bentuk badan kenderaan, iaitu Luton, besi ataupun kayu. Ketiga-tiga reka bentuk badan ini dibina berasaskan cesi kerangka logam tegangan tinggi berlapis ganda yang telah dikukuhkan dengan kemampuan untuk menampung beban maksimum sebanyak 750kg.

Keupayaan mengangkut muatan seberat itu merupakan hasil sumbangan Enjin Diesel Common Rail YD25DDTi 2.5 liter Navara Single Cab dengan turbo intercooler yang menyalurkan kuasa output sebanyak 144PS dan kuasa kilasan 294 Nm, malah ia juga dilengkapi dengan transmisi manual 5-kelajuan yang lancar untuk mencapai kuasa dan penjimatan bahan api yang terbaik.

Sungguhpun Navara Single Cab direka untuk menangani muatan berat, pemandu tidak terpengaruh oleh bebanan berat itu. Kenderaan komersial ini memberikan keselesaan optimum kepada pemandunya dengan menawarkan tempat duduk yang besar dan selesa, sistem pendingin hawa dan unit audio standard 1CD/radio.

Seperti varian-varian lain Navara, Single Cab ini turut dilengkapi dengan penggantungan depan double-wishbone dan aksis belakang yang tegar dengan spring semi elliptic leaf. Selain itu, konsep Zone Body yang teguh menyumbang kepada kelasakan keseluruhan.

Senarai peralatan keselamatan termasuk kerangka impak sisi, turus stereng boleh laras, brek cakera depan dan sistem brek yang mampu mengimbangi muatan berat dalam kenderaan bagi mencapai kestabilan membrek.

Harga jualan bagi Nissan NV200 Vanette dan Navara Single Cab serba baru masing-masingnya bermula dari RM62,047.93 dan RM64,391.55, tidak termasuk cukai jalan, insuran dan caj pendaftaran. Harga-harga adalah sah di Semenanjung Malaysia dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal. Kedua-dua kenderaan ditawar dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km yang mana tiba dahulu, tertakluk kepada syarat dan terma.

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

    • Alteja on 20/02/2012 at 1:02 PM
    • Reply

    Van tu cantik dibuat saingan Alza harga pun OK… tapi, bukan spec kenderaan perdagangan la… kokpit dia paling aku respek…. siang aku bawak pegi opis, malam bawak berniaga kat up-town…

    • kd on 12/04/2012 at 9:10 PM
    • Reply

    kenapa nv200 ni dibuat versi panel van, kenapa x dibuat utk versi penumpang window van, klu dibuat version window van utk penumpang beserta auto transmision confirm akan laku pnya, sbb saya rasa van ni lebih baik dr alza, toyota avanza, enjin pown superb, kena pada body die,

    • kd on 12/04/2012 at 9:35 PM
    • Reply

    bkn saya x setuju dikeluarkan nv200 versi panel van, tp klu dikeluarkan 2 varian kn menarik, 1 version panel van, satu version utk window van( van penumpang)

    • kd on 12/04/2012 at 9:53 PM
    • Reply

    CM, harap2 nnti ETCM kluarkanlah nv200 vanette versi penumpang, klu kluar versi penumpang confirm tergugat mpv2 lain pnyer, haha, trutama avanza dg alza confirm tergugat

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.