Audi A1 Quattro: Badan Macam Semut Enjin Macam Gajah!

Sifir nisbah kuasa kepada berat (power to weight ratio) tidak pernah salah dalam menghasilkan kereta berkuasa tinggi dan terkini segmen kereta kompak bakal bergegar dengan lahirnya edisi terhad Audi A1. Kereta itu didakwa oleh pengeluarnya sebagai kereta paling berkuasa dan pantas di dalam kelasnya yang pernah dibina. Audi A1 dilengkapi dengan sistem pacuan kesemua roda (all-wheel-drive) quattro dan merupakan kereta kecil pertama yang dimuatkan dengan enjin petrol berkapasiti besar dengan kuasa sehingga 256PS. Terhad hanya kepada 333 unit sahaja, model A1 quattro dilengkapi dengan enjin turbo bersesaran 2.0 liter empat silinder pancitan terus dengan kuasa maksimum 256ps pada 6,000rpm. Tujahan puncaknya juga besar iaitu 350Nm di antara 2,500 hingga 4,500rpm. Angka-angka tersebut menjadikan pecutan dari sifar ke 100km/j hanya mengambil masa 5.7 saat dengan kelajuan maksimum 280km/j. Harus tahu, A1 bersaiz kompak sahaja, lebih kurang saiz Suzuki Swift.

Toyol pada enjin A1 quattro ialah cam shaft masukan boleh laras dan dua shaft pengimbang yang memastikan operasi lancar serta sistem common rail injection bertekanan tinggi dan pengecas turbo dengan pendingin-antara (intercooler). Pam minyak terlaras pula memastikan enjin tersebut bukan sahaja berkuasa tinggi tetapi pada yang sama masih ekonomikal. Kuasa enjin dialihkan melalui transmisi manual enam kelajuan kepada sistem pacuan kesemua roda quattro yang sememangnya sinonim dengan jenama Audi. Sewaktu pemanduan biasa-biasa, klac menghantar majoriti kuasa enjin kepada roda hadapan dan jika tarikan (traction) berkurangan, kuasa akan dihantar pula ke gandar belakang hanya dalam beberapa milisaat (satu per seribu saat). Dan jika satu daripada roda mula tergelincir, ianya akan dihentikan oleh electronic differential lock (EDL). Sistem ESP (electronic stability program) turut dilengkapi dengan mode sport yang mana boleh dipadamkan jika pemandu berhasrat untuk memandunya di litar lumba. Casis Audi A1 quattro dibina untuk disesuaikan dengan pakej enjin kuasa tinggi dengan klac multi-plate diletakkan di gandar belakang bagi mendapatkan pembahagian berat yang optimum. Suspensi depan adalah jenis McPherson manakala setup belakang pula adalah jenis four-link.

Diliputi dengan warna eksklusif Glacier White metalik serta bumbung berwarna hitam kilat licau (high gloss) dan ciri lain seperti rim aloi 18 inci rekaan turbin dengan warna sedondon badan kereta, Audi A1 quattro sangat trampil dan menonjol sesuai dengan edisi terhadnya. Tidak terhad dengan itu, Audi A1 quattro membezakan dirinya dengan model A1 biasa dengan beberapa ciri unik lain seperti rekaan bamper depan dan belakang, gril dan bingkainya, sayap berwarna merah di dalam lampu utama, spoiler belakang besar dwi warna dan dua paip ekor (tail pipe) ekzos. Sentuhan penyudah lain adalah seperti lampu belakang LED dan cermin belakang yang ditinted, bonet belakang dan peresap berwarna hitam dan paling mahal adalah lencana quattro pada gril, arca bumbung dan bonet belakang yang pastinya hanya layak dilekatkan pada 333 unit model itu.

Dengan panjang berukuran 3,987mm, A1 quattro 33mm lebih panjang berbanding model A1 standard. Ukuran lain adalah sama seperti lebar kereta berukuran 1,740mm dan tinggi berukuran 1,416mm. Kapasiti bagasi pula adalah 210 liter dan meningkat kepada 860 liter apabila kerusi direbahkan. Interior A1 quattro, sesuai dengan imej prestasinya dirias dengan warna gelap bermula dari sebahagian seksyen konsol tengah hinggalah kepada perehat lengan dan kerusi yang dibaluti dengan kulit Silk Nappa yang dikontrakan dengan sulaman benang merah. Lebih cantik dan menambah eksklusif, kerusi depan disulam dengan tulisan quattro. Kluster meter pula mempunyai beberapa ciri kosmetik sepert jarum berwana putih, meter kelajuan dengan latar belakang merah, logo quattro dan DIS (Driver’s Information System).

Dengan spesifikasi dan prestasi Audi A1 quattro itu saya percaya ianya akan membuat sesetengah dari kita meleleh air liur tetapi ianya akan lebih bercucuran kerana untuk pengetahuan anda 333 unit yang dipasarkan hanyalah dalam bentuk pemanduan sebelah kiri dan untuk sesetengah pasaran Eropah sahaja. Di Malaysia, kereta apa jenis atau setara mana mahal pun ada yang diimport ke sini, tetapi kereta kompak sebegini dan ditambah dengan pemanduan sebelah kiri, cuma satu soalan yang boleh ditanya iaitu, ada berani? Yang ini barulah benar-benar eksklusif walaupun ianya bukan Ferrari, Lamborghini atau Pagani Zonda.

Newspress

-Md Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • YuRi on 16/01/2012 at 9:53 AM
    • Reply

    perghhh seat dia…

    • kamenrider14 on 16/01/2012 at 11:02 AM
    • Reply

    saya nak satu….

    • Smut_Liar on 16/01/2012 at 12:42 PM
    • Reply

    apa lg yg gua mampu selain menegok gambornya jer der….
    bila proton nak wat keta yg special cam gini…
    hidup proton…..

    • Alteja on 16/01/2012 at 1:25 PM
    • Reply

    Left hand drive je…. kalaupun mampu, tetap bukan pilihan…

  1. dari depan iras2 saga BLM pun ade

  2. gua rasa model ni ada poetential utk diketengahkan pada touring car atau rally.. come on audi.. masuklaa rally!!

    • yuri on 16/01/2012 at 10:55 PM
    • Reply

    gua menanti komen editor MK dalam isu DRB-Proton…

  3. Ya… komen skit pasal isu DRB-Proton ni

  4. prosedur asas beli kampeni2 GLC ni mcm lu orang tak faham

    -mula2 buat loan bank
    – penjamin mcm biasa laa Kjaan Msia
    – si pembeli pun start bisnes agak2 buatlaa untung 2 tahun
    – lps tu mcm masalah timbul, buat laa alasan tak untung bla bla
    – nak elak lingkup kjaan beli balik kompeni
    – siapa jahanam? Pembayar Cukai ; Siapa Tersengih: Lu pikir la sendiri kehkehkeh

    ok..gua malas komen lelebih lu orang sendiri sambung

    • pok mat on 17/01/2012 at 8:57 PM
    • Reply

    muka macam penjahat.

    • pocong on 29/01/2012 at 11:26 PM
    • Reply

    MK asik2 citer keta jepon, keta jepon, keta jepon je…mcm la keta jepon best sgt…stakat engin power tp klu drive n handling mcm gampang wat per??? MK kene jgk sekolah-kan murid2nya supaya lbh cerdik ttg teknikal sesebuah keta. Cuba2 la main euro plak sekali skala…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.