HIN KL 2011

Gua rasa tentu dah ramai yang sedia maklum tentang penganjuran autoshow yang terkemuka, HIN KL 2011 sabtu lepas. Acara ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat tegar konsep modifikasi yang begitu merindui acara autoshow di dalam dewan seperti mana yang pernah dianjurkan oleh Majalah Kereta beberapa tahun sudah. Acara yang didatangkan khas oleh HIN Indonesia ini sudah tentu memberikan pengalaman yang baru tentang bagaimana autoshow itu sepatutnya dianjurkan. Berdasarkan pengalaman gua sendiri yang pernah menghadiri AutoBlackThrough sebelum ini, ternyata penganjuran HIN KL ini tarafnya hampir sama seperti yang diadakan di Indonesia! [Ramai kru dari Indonesia pak]Walaupun promosi yang dijalankan bolehlah dikatakan sebagai indie sahaja, namun menurut kata Baii yang gua jumpa di pintu masuk mengatakan jumlah pengunjung pada hari Sabtu amatlah memberangsangkan.

Ok, sekarang ni mari gua kongsikan tentang pengalaman gua menghadirinya pada pagi hari Ahad. Gua memang sengaja datang awal pagi, sebab gua percaya orang takkan ramai sangat, jadi senanglah gua nak membelek kereta lama sikit. Untuk memasuki ke dalam stadium, RM20 diperlukan. Kalau ada yang bertanya mahal ke tidak, boleh gua katakan mahal memandangkan keadaan duit  dalam dompet gua yang mengalami keuzuran yang amat sangat. Walaupun kepala otak gua ligat supaya bertanyakan boleh atau tidak sistem barter diguna pakai. Tapi apa benda tah yang gua nak tukar gantikan. Akhirnya gua mengalah jua demi HIN. Gua redha melepaskan duit belanja makan tengahari gua selama seminggu ini. Tapi sebenarnya RM20 tu bolehlah gua katakan agar berbaloi juga sebenarnya memandangkan kualiti penganjuran yang diadakan. Selepas duit RM20 bertukar tangan dengan sekeping poster/kalender 2012 dan juga Majalah HIN edisi lama, gua segera memasuki pintu masuk ke dalam stadium. Hajat dihati nak jugalah beli cenderahati dari HIN KL ni, cuma booth nya bolehlah dikatakan agak miskin juga berbanding dengan ABT yang gua pergi sebelum ni. Tak banyak benda yang boleh gua beli. Gua cuma sambar cap sama langyard. Mujur tukang jual tu tak minta duit Rupiah dengan gua.

Memasuki stadium sahaja, gua dapat perhatikan ruangan pameran kereta memang kosong. Ada beberapa kerat sahaja orang awam. Pengunjung yang sampai awal pagi bolehlah dikatakan jenis Mat Belia yang rajin bangun pagi macam gua. Memandangkan awal-awal pagi ni tak ramai orang, maka sesi mengambil gambar dan membelek kereta boleh dikatakan agak senang juga. Makwe seksi pun jenis tak bangun pagi barangkali. Sekali lagi tugas gua mengambil gambar menjadi lebih mudah. Cuma bila menjelang tengahari, pengunjung dah mula ramai. Nak mengambil gambar kereta pun kadang-kadang terambil gambar betis makwe lalu lalang. Gua delete aja gambar macam tu. Dan waktu-waktu macam inilah, lebih ramai jantan sebenarnya yang sibuk nak mengambil dan bergambar sama dengan makwe seksi tersebut. Entah apa yang seronok sangat pun gua tak faham. Mujur juga Iman gua masih lagi kuat di kala itu, cheewah.

Bahagian dalam stadium antara kereta yang dipamerkan termasuklah empat buah kereta Honda yang terdiri daripada CR-Z, City dengan kit badan melebar tah berapa inci, serta 2 buah Civic [salah satunya Type-R yang digunakan dalam MME]. Kereta Godzilla, R35 pun boleh dikatakan agak bersepah juga. Tiba-tiba gua jadi tak berapa bernafsu dengan R35 ni. Gua lebih tertarik dengan Skyline R34 yang berenjinkan V8 [cover MK sebelum-sebelum ni] dengan warna flat black. Nampak macam tak berapa nak garang, tapi sebenarnya memang garang.

Gua tak pasti kalau pengunjung lain perasan tentang ujian dyno yang dijalankan. Mujur juga gua cepat perasaan dan terus keluar di bahagian penjuru stadium untuk menyaksikan ujian dyno yang dijalankan. Kali ini gua agak bertuah juga sebab ada Evo  betul-betul berada di atas mesin uji dyno. Dia punya pekikan memang gua terpaksa mengalah. Terpampang 817 hp di skrin pada ujian pertama. Gua dapat tengok muka owner dia macam tak puas hati. Barangkali ada yang tidak kena. Tak cukup power orang kata. Setelah puas digodek-godek, ujian dilakukan sekali lagi. Kali ni gua betul-betul berdiri dekat. Perh, gua ingat bunyi jet pejuang pun tak kuat macam ni. Kali ni terpampang pula 896 hp!! Gua fikir kalau jokinya baca Bismillah ke apa, senang-senang kot boleh dapat 900 hp. Di perkarangan parkir dalam stadium ini juga sebenarnya turut dipamerkan kereta-kereta yang hebat. Ada Evo X dengan mount intercooler di bahagian tepi bonet, Imperza v10, Forester STi, DC5, Myvi dengan kit badan ala Kapten Adudu, Hyundai Coupe dan tak lupa juga kereta lagenda, CR-Z!

Oh ya, lupa gua nak kasik tau lu orang. Gua tak pasti sesiapa yang pergi ada perasan atau tidak tentang kehadiran Matpon. Dengar kata, gambar Veyron yang pada bunting HIN ni merupakan milik Matpon.

Gua tahu, tentu ada Sekutu yang tak dapat hadir kerana pelbagai komitmen. Tapi lu orang jangan bimbang,  ini baru permulaan. Kalau takde aral, tahun depan barangkali akan ada HIN bersiri punya, khas untuk Malaysia. Jadi lu orang ada masa untuk mempersiapkan jentera bagi memasuki HIN ini. Teringin juga nak tengok kereta Wira modified masuk kepala R35, belakang kasik masuk DC5. Papan pemuka sahaja kekalkan biar orang senang cam, takdelah krisis identiti sangat.

Sebelum gua membuat kesimpulan, gua ada terbaca dalam forum yang lain mengatakan bahawa HIN KL ni boring dan bosan. Bosan sebab tak ramai makwe seksi katannya. Nak kata sumbu, tak sampai hati pula, tapi sendiri boleh fikir yang dia datang tengok ni adalah autoshow bukannya show yang tak senonoh tu. Dan untuk makluman lu orang, HIN KL ni sebenarnya jauh lebih senonoh daripada KLIMS itu hari. Kesimpulan yang boleh gua buat untuk HIN yang julung kalinya diadakan ini, ianya masih lagi boleh dianggap baik. Bayar RM20 lu orang boleh tengok kereta betul dan kereta mainan [RC] dan tak lupa juga ada konsert Awie [gua dapat tengok diaorang tengah sound check siangnya tu]. Dari segi kualiti kereta yang dipertandingkan tu, gua fikir masih lagi boleh diterima. Keseluruhannya, gua boleh bagi 3 bintang daripada 5 untuk acara yang pertama kali dianjurkan ini. Cuma, kalau dapat beli iklan bubuh dalam siaran tv arus perdana gua fikir sambutannya pasti lagi akan memberangsangkan. Silap-silap mau ada orang meniaga tiket haram.

-C27-

 P/S: Untuk gambar penuh, boleh tengok FB gua – cari nama Rzmin Carragher

Silakan kongsi:

18 comments

Skip to comment form

  1. Huarghhh…tak dapat pegi HIN…ruginyer

    • epi on 20/12/2011 at 9:46 AM
    • Reply

    tu la…gua pon xdpt pegi…harap2 tahun dpn ada lg…gua nk kumpul modal awal2…

    • sagakebalnps on 20/12/2011 at 10:10 AM
    • Reply

    hin aritu best gak la.. nnti klo nk buat lgi cari tmpat besar skit, bley sumbat bnyak kete, pastu buat anti lag contest skali…..

  2. first of all..gua pun x dpt hadir.. ada family commitment so kena pulang ke sban.. apa pun tahniah pada penganjur HIN. yealaa 1st time buat mesti ada sikit cacat cela.. takpe.. amik komen2 dari semua forum permotoran dan baiki kesilapan pada edisi akan datang.

    cuma kalau boleh.. HIN ni jadikanla exhibition yg agak lain sikit dari autoshow2 yg ada kat msia ni.. gua dulu pernah attend otoshow kat satu negara ni tapi konsep dia mmg ‘clean, pure import, and power’ .. maksudnya.. jadikan HIN satu platform utk kita tgk konsep mods dari garaj2 terkemuka yg mementing clean cosmetic, vibrant and purity audio sound, aesthetic engine character ..etc.. bukanlah gua menidakkan autoshow msia sperti ada komen2 disesetengah forum yg ckp HIN ni kalau boleh jgnlaa byk sgt bulu2 atas desbot (gua takde so gua tak tau betul ke tidak) mcm otoshow biasa kita tgk tu tapi lebih perincikan seni kosmetik dgn JDM concept.. after all nama pun Hot Import Night ..

    apa pun tahniah .. gua ni mmg suka komen tapi nak merealisasikan tu gua serahkan pada Baii ensem lagi lekit utk menjayakannya kehkehkeh.. semoga nmext HIN ni akan lebih ‘real’ dan ‘kick’ mcm di Indonesia dan Thailand

    ps- gua mmg geram laa RC x dpt pergi ..tapi kakros mcm bau2 aje perangai gua hari Ahad tu demmm…kehkeh

  3. Min : jgn lupe tag nama gua…kekekeh

  4. nak tambah sikit.. bukan setakat JDM, USDM,AfrikaDM, EuropeDM, dan segala DM yang ada.. demm.. kehkeh

    • Han on 20/12/2011 at 10:49 AM
    • Reply

    “Nak mengambil gambar kereta pun kadang-kadang terambil gambar betis makwe lalu lalang. Gua delete aja gambar macam tu.”

    gua suka ayat ni. hahaha..

  5. Ok, tang bulu2 atas desbot tu rasanya satu dua je kot yang letak..takde pulak gua tengok R35 bubuh bulu ke apa.. setakat satu dua yang bubuh bulu pastu nak kondem gila2 memang bangang la..

    Tentang kualiti kereta, gua kira untuk permulaan ni masih boleh diterima lagi. Takdelah standard Ah Beng ke apa. Gua masih enjoy lagi tengok kereta-kereta yang ada.

    Berdasarkan apa yang tercatat dalam kalender/poster yang gua dapat, antara lokasi HIN untuk 2012 adalah JB dan Penang. Tunggu Baii kasik pengesahan rasmi.

    Sepat
    kehkehkeh..gua ingat kalau kak ros pergi sekali HIN mau makan hati dia tengok makwe lalu lalang

    Caparzo
    Gua upload dah sikit gambar..nanti gua upload lagi..tapi jangan harap gua nak upload gambar makwe ok, kahkahkah

    • kete_hitam on 20/12/2011 at 11:06 AM
    • Reply

    HIN best, Awie Best. Kalu lg besar lg best…

    • sekeru longgaq on 20/12/2011 at 11:16 AM
    • Reply

    byar 20 dapat tgk keta power2 ape ade hal.thn depan mintak tuner2 yg power2 masuk..berbaloi gua tunggu sampai habis.tahniah KING… gua salut lu punya keta…

    • Alteja on 20/12/2011 at 3:58 PM
    • Reply

    Sepat
    Kau orang S’ban jang???
    Ceh…

    Apapun, aku nak mintak maaf bebanyak kat Baii sebab tak dpt hadir
    Tetiba berduyun sedara mara sebelah wife aku datang rumah aku dengan tak bagitahu awal-awal. Sedar-sedar mereka call dah nak sampai…
    Nak tgglkan rumah pun tak sampai ati biarkan wife aku terkontang kanting
    Awal minggu lepas, Aku siap email Baii tanya tiket & Baii suruh aku rasuah dia beras seguni…
    Sorry Baii… kejadian tak disengajakan berlaku last minute. Sesungguhnya aku kesal

  6. aahh kesalnya identiti gua dah terdedah.. kena pakai serkup muka lepas ni mcm mat pon.. kahkah

    Alteja

    gua org sban tp tinggla dkt sinun2 lah.. lu ni geng sapo? gua kawan dgn geng ujang nsdrag samo epit NSM ajo kehkehkeh

    • Alteja on 20/12/2011 at 4:34 PM
    • Reply

    Sepat
    aku sekampung dengan Bob Kuman KU2 & Dr Fazli
    Tapi tak geng dengan mereka semua
    PAsni ko pakai full-face la
    Jangan tiru MatPon….

    • the123code on 20/12/2011 at 7:54 PM
    • Reply

    Ape2 pon tahniah la diatas pengajuran HIN KL. Harap2 nnt di lain masa penganjuran boleh dipertingkatkan lg. Bg sy best of the best yg dianjurkan di stadium putra dlu lebih meriah drpda ni. tambahan lg byk sgt event yg dianjurkan pada mggu tersebut mcm drift dkt dataran merdeka,Drag race di Putrajaya,autoshow ditesco ampang.
    Ape2 pon Good Luck to all. support GT..!!

    • belalang_kontot on 21/12/2011 at 4:48 PM
    • Reply

    gua pelik sebab iklan HIN ni tak meluas…
    gua memang tak dpt pegi sbb wife gua tgh mabuk,pregnant JR sulung gua…
    kalo g takut nnt lahir2 mintak rx7 kat gua…
    haha…
    kalau tgk gmbr, gua rase HIN perlukan ruang yg lebih besar.
    baru bes…
    hope tahun depan ada lagi, n lebih penting, tshirt GT siap!
    hehehe….

    • pokjik on 21/12/2011 at 9:10 PM
    • Reply

    kawe pun tak dpt pegi walaupun dah booked tarik tuh utk pegi disebabkan kena bertugas ke bangkok pada tarikh yg sama..apa2 pun tahniah dan syabas

    • Myvi Lemau on 24/05/2012 at 10:00 PM
    • Reply

    aku pun pegi..ni 1st time lah pg autoshow…tapi mmg terbaik untuk 1st time.lagi satu tempat stadium melawati ni mmg strtegik dn senang parking..kalau boleh buat kat stadium ni lagi pon cun jugak…senang aku nk pg …..paper pun syabas sekutu !!

    • pok mal on 25/05/2012 at 3:34 PM
    • Reply

    taun ni lg dgr2 bnyak kot event HIN.. penang,jb,kl kan??..arap2 satu tu sangkut r nk dpt pegi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.