Syafiq Ali dan Faidzil Alang berjaya menduduki podium pada Kejohanan Kereta Touring Malaysia (MSS) di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu lepas. Bermula dengan grid teratas, pasukan Proton R3 mendominasi dari awal hingga akhir perlumbaan sepuluh pusingan itu.
Syafiq yang memandu Proton Gen.2 memandu dengan pantas di hadapan Faidzil yang memandu Satria Neo R3. Lebih membanggakan apabila tempat ketiga perlumbaan pertama dan kedua dimenangi oleh Siah Wy Pyng yang turut memandu Satria Neo R3.
“Keputusan ini bukan setakat mencerminkan prestasi kebersaingan Gen.2 dan Satria Neo di litar bahkan melambangkan komitmen Proton untuk menjadi lebih baik,” kata Datuk Abdul Razak Dawood, Ketua Proton Motorsports.
“Proton mempunyai banyak rekod kejayaan di dalam perlumbaan rali dan litar dan ianya sangat membanggakan melihat kesinambungan tradisi itu.”
8 comments
Skip to comment form
Persona R hr ni trial assy kt Tg. Malim…
Persona R @ Inspira R?
mak…camane nak tengok event yang akan datang.apakata GT wat style macam dulu-dulu…seminggu sbelum event promote dalam GT….
persona r? proton tuah tu ke?
Proton Tuah… versi production… trial
uii…lmbtnyeer nk kua….kalu ikut tuah tu lawo siot….drpd beli kia or hyundai…
elok le tuah tu kuar cepat sket, persona tu dah lama sgt…
gua tunggu puteri gunung ledang kuar..mesti power 1.8 turbo..he..he..