Sesuatu yang tidak dijangkakan apabila pemenang Rally Hokkaido digugurkan kerana pelanggaran teknikal seterusnya menghadiahkan kategori pemandu Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) kepada Proton.
Dengan perubahan keputusan itu, Alister McRae kini mengetuai senarai pemandu APRC dengan tempat kedua dimiliki oleh Chris Atkinson. Juara sebenar di antara kedua pemandu Proton tersebut akan ditentukan pada pusingan terakhir APRC di China nanti.
Gaurav Gill yang memenangi Rally Hokkaido kini tercicir daripada perebutan kategori pemandu APRC. Rakan sepasukannya, Katsu Taguchi diisytiharkan sebagai pemenang Rally Hokkaido.
2 comments
Tahniah Proton…
thanks