APRC Australia 2011: Proton Tamat Di Tempat Keempat!

Proton Satria Neo S2000 Australia 2011.02

Alister McRae dan pemandu arah Bill Hayes melakukan tugas yang cemerlang untuk Proton apabila mereka menduduki tempat keempat di sebalik kereta yang mengalami masalah pada hari ketiga Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] di Queensland, Australia.

Alister memulakan hari terakhir perlumbaan itu dengan bekalan 8 saat di hadapan Gaurav Gill yang memandu Mitsubishi Evolution 10, walau bagaimanapun Satria Neo S2000 yang dipandu Alister mula bermasalah selepas melalui kawasan berair. Kecelakaan terus melanda apabila aci pacu kereta patah pada baki tiga peringkat perlumbaan [SS] yang menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak masa. Walaupun begitu, Alister tetap bertahan dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat di hadapan Rifat Sungkar yang memandu Mitsubishi Evolution 10.

Proton Satria Neo S2000 Australia 2011.01

Seorang lagi pemandu pasukan Proton iaitu Chris Atkinson pula masih lagi gagal untuk menamatkan perlumbaan seperti hari sebelumnya apabila mengalami masalah elektrikal buat kali kedua.

Pasukan Rali Proton Cusco pula menghadiahkan suatu yang manis untuk pasukan dua negara, Malaysia dan Jepun apabila Satria Neo 1.6 Grup N yang dipandu Karamjit Singh dan Akira Bamba masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan dan kesebelas keseluruhan dengan tempat pertama dan kedua dalam kelas.

Proton Satria Neo S2000 Australia 2011.03

Tahniah Proton!

Foto: Proton Motorsports

-Mak/d Uia-

ps: Sepuluh tahun lepas kita tersenyum dengan Proton Evolution dan Proton Satria ‘Mirage’ di dalam rali serata dunia dan kini kita mampu tersenyum dengan kereta buatan Tanjung Malim.

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

  1. nak tumpang naik kereta ni macam tak terdaya..gua tumpang gembira jadi la..

    • tuan tanah on 16/05/2011 at 8:26 AM
    • Reply

    keep it up Proton

    • Alteja on 16/05/2011 at 8:32 AM
    • Reply

    Statemet Mat aku respek. Aku lagi tersenyum kalau keta buatan Tanjung Malim tu dipandu oleh orang2 dan ditunjuk arah oleh orang sekitar Tanjung Malim atau negeri-negeri luar Luar Tanjung Malim, tapi masih dalam Malaysia…

  2. Alteja
    Pelan-pelan kayuh bro

  3. terbukti Proton boleh

    • audi on 16/05/2011 at 4:38 PM
    • Reply

    haa boleh pon bukannya x boleh…

    • Da Neoriderz Shooterz on 16/08/2011 at 3:43 PM
    • Reply

    bangga aku bli neo…
    proton da best!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.