Teknologi SKYACTIV Mazda: Mesra Alam Tanpa Hibrid!

skyaktivbody

Dalam menghasilkan kenderaan mesra alam dan jimat bahan api, menjadi kegemaran pengeluar kereta global untuk menggunakan teknologi hibrid. Namun ada beberapa pengeluar yang lari daripada kebiasaan dan arus perdana dengan hanya menambah baik teknologi sedia ada. Antaranya ialah VW dengan teknologi BlueMotion, Daihatsu dengan teknologi PMfLFC dan Mazda melalui teknologi SKYACTIV. Mazda yang terkenal dengan sikap lari daripada kebiasaan itu memperkenalkan kepada umum teknologi yang merombak semula praktis lazim seperti sifir enjin dan kerangka kenderaan. Mereka mendakwa teknologi SKYACTIV yang pertama kali bakal digunakan pada Mazda2 dengan enjin suntikan terus hanya menggunakan 1 liter bahan api untuk perjalanan sejauh 30km!

Teknologi SKYACTIV merupakan payung kepada beberapa komponen yang terdiri daripada enjin, transmisi dan kerangka kenderaan. Pecahan komponen itu ialah SKYACTIV-G, SKYACTIV-D, SKYACTIV-Drive, SKYACTIV-MT, SKYACTIV-Body dan SKYACTIV-Chassis.

skyaktiv-g

SKYACTIV-G

Enjin suntikan terus generasi baharu itu lebih cekap petrol dengan nisbah mampatan yang mencatat rekod dunia iaitu 14.0:1 tanpa mengalami ketukan dalaman [knocking]. Dengan nisbah mampatan tinggi, enjin dapat mencapai penjimatan siginifikan iaitu 15 peratus cekap bahan apa selain dari peningkatan kuasa tork. Secara langsung, kuasa tambahan tork yang boleh dirasa bermula dari kelajuan enjin rendah hingga sederhana menjadikan pemanduan harian lebih meyakinkan. Resepi penjimatan dan penambahan kuasa tersebut dicapai melalui penggunaan sistem ekzos 4-2-1, omboh kaviti, penyuntik pelbagai lubang dan lain-lain inovasi dalam mencapai nisbah mampatan tinggi.

skyaktive-d

SKYACTIV-D

Huruf D pada hujung terminologi merujuk kepada diesel. Teknologi lama yang terbukti jimat bahan bakar tetapi asap yang menyesakkan dada manusia. Namun kaizen atau pembaikan berterusan menjadikan enjin diesel lebih mesra alam di mana enjin SKYAKTIV-D berjaya memenuhi regulasi emisi global seperti Euro6 di Eropah, Tier2Bin5 di Amerika Utara dan Post New Long-Term R-egulations di Jepun tanpa memerlukan pasca rawatan NOx yang mahal.

Teknologi itu juga 20 peratus jimat bahan api hasil daripada nisbah mampatan rendah iaitu 14.0:1, angka yang sama seperti SKYACTIV-D. Inovasi lain ialah turbo dua peringkat yang memberikan respon lancar serta linear dari kelajuan enjin rendah hingga tinggi dan turut meningkatkan tork dari rpm rendah hingga tinggi dengan had 5,200 rpm.

skyaktivdrive

SKYACTIV-Drive

Kebanyakan kereta moden seperti Proton Inspira, Nissan Teana dan Honda Insight menggunakan transmisi continously variable [CVT] yang memberi lebih penjimatan petrol. Rasa transmisi CVT adalah seperti memandu skuter, lancar, berterusan dan tidak tersengguk-sengguk.

Teknologi SKYACTIV-Drive mengabungkan kelebihan yang ada pada pelbagai transmisi seperti automatik konvensional, CVT dan klac berkembar. Ianya berfungsi dengan membesarkan julat kuncian dan memperbaiki pengagihan tork seterusnya memberikan pengalaman pemanduan seperti transmisi manual. Penggunaan bahan api juga lebih jimat sekitar 4 hingga 7 peratus berbanding transmisi sedia ada.

skyaktivmt

SKYACTIV-MT

Kotak gear konvensional adalah berat dan menggunakan banyak ruang. Transmisi SKYACTIV-MT pula lebih kompak dan ringan hasil daripada struktur yang disemak semula. Hasilnya geseran dalaman dapat dikurangkan serta mengurangkan penggunaan bahan api. Ciri-ciri lain ialah pemandu dapat merasa penukaran gear lebih ringan dan kemas seolah-olah menukar gear kereta sport [short shift].

skyaktivbody

SKYACTIV-Body

Kerangka Skyactiv-Body lebih cemerlang iaitu 8 peratus lebih ringan dan 30 peratus lebih tegar. Pencapaian tersebut diperolehi melalui struktur yang dibina semaksima lurus dengan setiap seksyen mempunyai koordinasi antara seksyen lain. Kerangkanya juga menggunakan kaedah pelekatan [bonding] dan penambahan keluli tegangan tinggi.

SKYACTIV-Chassis

Topang [strut] hadapan dan suspensi belakang multipautan [multilink] direka semula bagi memastikan tahap ketegaran lebih tinggi dan ringan. Keseluruhan berat casis baharu itu 14 peratus lebih ringan berbanding versi sebelumnya. Semakan semula komponen suspensi dan stereng juga menjadikan pemanduan lebih asyik pada semua tahap kelajuan.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • jabroni on 04/05/2011 at 8:45 AM
    • Reply

    bro… review la mazda furai…. hebat kereta tu!!!

    • cepai merah on 04/05/2011 at 12:53 PM
    • Reply

    walaupun aku x berape paham,tp yg aku tau bende ni bagus….

    • myvi_sebu on 04/05/2011 at 1:15 PM
    • Reply

    bukan ke artikel ni dah ade dalam majalah kereta aritu.. aduss

  1. Pening pulak aku baca artikel nih…

    • gunners on 19/05/2011 at 2:43 PM
    • Reply

    terbaik lah mazda….. kencang betul 1 liter bleh jalan 30 km….

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.