Kia Picanto yang dulu-dulu comel kini meningkat dewasa dengan rekaan yang lebih matang. Saiz pun lebih besar dengan opsyen 5 atau 3 pintu untuk dan dijangka akan menjadi salah satu pesaing kompetitif dalam segmen kereta bandar. Penampilan lebih segak hasil dari perkadaran [proportions] seksi dan bahasa rekaan yang dinamik.
Selain dari itu, kabin Picanto mempunyai ciri-ciri kereta besar yang pertama kali diaplikasikan pada kereta segmen ini dengan kualiti bahan dan opsyen kemasan yang memberikan efek premium.
Picanto baharu digerakkan oleh enjin Kappa iaitu antara siri enjin terbaru Kia. Untuk pasaran global, empat versi Kappa akan ditawarkan dengan output kuasa dari 69 hingga 87 ps. Kia mendakwa tahap kedahagaan bahan bakar Picanto hanyalah serendah 4.1 liter untuk perjalanan sejauh 100 km, bergantung kepada jenis enjin. Gila jimat!
-Mak/d Uia-
7 comments
Skip to comment form
i hate kia… and hyundai
Lawa skit la drpd Picanto lama…minyak save giler dah mcm bwk moto jer…skuter gua lagi kuat mkn minyak kot
gua tetap kurang percaya kat kia ngan hyundai…huhu….
harga premium juga kah
beli la kete mahal mane pn.tp klu da servis xreti nk antar xde gne jgk.psst..mtor versi tyr 4
apsal lak kureng percaya?
western pon dah banyak beralih kearah kereta korea beb..
kereta ni jauh lebih cantik dari model lama…
brapa ahh rege nyer?? nak sambarr satu wat keta keje…