httpv://www.youtube.com/watch?v=3SbX4Ld_QiM
Proton Saga atau dikenali sebagai S16 di Australia telah diuji dalam Australasian New Car Assessment Program [ANCAP] pada penghujung 2010. Melalui laporan yang disiarkan pada 3 Februari lepas, kereta rakyat ini mendapat 3 daripada 5 bintang maksimum dengan skor 19.96 daripada 37 skor keseluruhan. Kelajuan kenderaan ujian pelanggaran ialah 64 km/j.
Ujian ini adalah yang kedua untuk Proton selepas Jumbuck [Arena] dengan keputusan 1 bintang. S16 yang dihantar untuk ujian ialah bersesaran 1.6 liter dengan 2 beg udara hadapan dan talipinggang keledar pre-tension untuk pemandu. Lain-lain kereta yang mencapai bintang maksimum mempunyai lebih daripada 2 beg udara.
Sejak 1993 ANCAP telah menyiarkan 300 laporan ujian kemalangan.
-Mak/d Uia-
12 comments
Skip to comment form
Bintang 3…haha
selain saga,kereta apa lagi yang dapat ranking 3 bintang diorang aaa?
kalo saga 3, savvy?
logiknye mesti lebih ckit
hmmm…
…P2 pnye test ade x?…
apasal ANCAP tu bunyi porn sgt? letak L depan tu sure kena ban blog GT ..keh keh keh
Sepat : otak jgn kuning sgt…kekekeh
da mcm kain langsir dia punye bonet..
3 Stars yg diberi pada kereta Malaysia? Not bad ler =)
ok ke 3 bintang tu?harap ok…
bolehla…
gua rasa tadi gua dah tulis pasal bintang. ish nape ada lagi ni.
lu ni matpon…lu nak bintang tak?gua bagi lu 1 bintang…