Imej Hyundai i40 sebelum ini banyak didedahkan ikut stail Matpon, main selingan mata dan kalau ikut lakaran memang gempak. Akhirnya Hyundai secara rasmi berkongsi dengan media gambar sebenar model yang akan dilancarkan serentak dengan slogan baharu iaitu New Thinking. New Possibilities. i40 juga adalah refleksi semangat perubahan di Hyundai dan mewakili konsep terbaru iaitu modern premium dengan definisi falsafah kualiti premium yang mampu milik.
i40 adalah kenderaan segmen D pertama Hyundai yang dibangunkan khusus untuk pasaran Eropah dengan enjin, peralatan dan teknologi mengikut citarasa masyarakat di sana. Terdapat dua jenis badan iaitu wagon yang akan dipertontonkan kepada umum di Geneva pada Mac ini manakala jenis sedan pula selang beberapa bulan selepas itu.
Berapa harganya nanti? Kalau ikut Hyundai punya cara, biasa lagi murah daripada Honda dan Toyota.
-Mak/d Uia-
10 comments
Skip to comment form
gua semakin kagum dengan jenama Hyundai ni
ni yg gua nak beralih arah ni..
design mcm ni kasi tinted ja,terus cung…
ok ok ok stenbai stenbai start ur engine ladies n gentleman yeah
lampu dpn memang memikat
rekabentuk Hyundai semkain megancam & cantik…cabaran untuk Proton untuk berbuat demikian…
opsss…semakin
…bnda ni ngn caldina mn lg best?…
cam knal design lampu depan die…
fender macam mazda