Mitsubishi turut tidak mahu ketinggalan dalam membina kereta kecil global, Ford, Mazda, Toyota dan Nissan masing-masing sudah menjaja model kecil global mereka dan Mitsubishi akan tampil dengan model saingan pada Mac 2012.
Ciri-ciri kereta ini ialah kompak, mampu milik, jimat minyak, berkapasiti lima penumpang dan Mitsubishi merancang untuk membinanya di kilang ketiga mereka di Thailand. Bagi mencapai hasrat murni untuk mengurangkan pembaziran dengan penjimatan minyak yang tinggi, model ini akan menggunakan teknologi i-stop di mana enjin akan dimatikan sewaktu enjin melahu, sistem brek janaan semula [regenerative] yang mampu menyimpan dan melepaskan tenaga, transmisi CVT generasi baharu, penggunaan perkakasan ringan dan bentuk badan kereta yang aerodinamik yang dapat mengurangkan rintangan angin. Enjinnya pula bersesaran 1.0 liter hingga 1.2 liter.
Iras-iras Proton Savvy.
Sumber: Mitsubishi
-Mak/d Uia-
10 comments
Skip to comment form
1st ekekekeke
bole tahan….
hegeh ah kau matpon…
aku stuju ngan mak uia…ade iras2 savvy!
wa ingat dia pakai krangka savvy kot…
mits ngan proton main tukar2 je skarang ni…
haha…
mcm savvy
i like that qoute
Ini barang kalu masuk open market msia mau tutup itu company 2 beradik. Sape yang tak nak pakai keta compact lencana mitsubishi beb.Gerenti berbaloi2.
Ha’ah…cam savvy…dah masuk pasaran mesia nnt SAVOC community ade can nak convert…hahaha
tapi reger bagaimana pula….hehehe
persaingan yg bersih…