Lakaran rasmi Kia Rio baharu telah didedahkan kepada umum dengan rekaan yang berani sebagai tanda langkah besar dalam evolusi rekaan Kia.
Rio baharu ini lebih panjang, rendah dan lebar daripada model sekarang serta direka untuk menyuntik emosi pada kenderaan segmen B dengan mensasarkan konsumer yang energetik dan progresif yang mahukan rekaan berbeza daripada yang lain.
Kia Rio baharu akan ditayangkan kepada umum pada 1 Mac nanti di Geneva dan untuk makluman, Rio adalah model ketiga terlaris Kia di Eropah dengan jualan sebanyak 205,000 unit pada tahun 2010.
Kepada pembuat kereta nasional, nasional celup dan juga Jepun, pelanggan anda kini beralih kepada jenama Korea. Iraq tidak kalah dengan Amerika dalam masa sehari tetapi kekalahannya bermula lama dahulu dan anda kini dirobek sedikit demi sedikit.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
8 comments
Skip to comment form
mak oi…
ayat yang last tu tak menahan giler….
Futuristik sungguh…Barisan ayat terakhir sungguh menusuk kalbu…adussss…
ayat last 2 makan dalam..
dalam sgt2..haha
ayat terakhir…..BERGEGAR….org kg aku kata rasa smpai tulang hitam aihhhh….
jahat tul ayat tersebut…
chisss….cantik siott rendering beliau!! design pn very minimalist, gua salute lu Schreyer (idola gua slepas Chriss Bangle..hihihi)
gua pun dah mula terpengaruh dengan keta2 korea yg baru ni hadoih!
aku suke ayat last tu…..