Saya selalu teruja dengan kereta hibrid, bukan apa sebab ianya jimat minyak dan mesra alam sekitar. Yang penting kita dapat mengurangkan pembaziran dan turut tidak menyumbang ke arah kerosakan muka bumi. Baru-baru ini bila Baii maklumkan yang Honda akan membawa masuk Insight saya terus bertanya mengenai CR-Z dan Jazz Hibrid. Jawapannya negatif, keputusan Honda bergantung kepada sambutan Insight yang akan dilancarkan bulan depan. Masalahnya Insight bukan kereta yang saya into sebab desain yang tidak berapa menarik, walau bagaimanapun lain orang lain citarasa tambahan pula harga Insight dianggarkan pada RM98 ribu, hibrid paling murah setakat ini.
Pada pameran SEMA baru-baru ini Honda memperkenalkan CR-Z yang dilengkapi kit Mugen. Pengenalan ini bukan gimik sebagai konsep tetapi benar-benar akan dijual mulai tahun depan. Cuma agak tidak berapa sedap bila mana set ini adalah terhad, hanya 300 unit sahaja yang akan dijual. Kit Mugen terdiri daripada jeriji depan, spoiler belakang, rim 17 inci XJ, karpet khas, tombol gear hitam dan penutup minyak enjin aluminium.
Untuk menjadikan kit ini lebih eksklusif setiap set didatangkan dengan plat khas yang mempunyai nombor siri. Jadinya kit cap ayam tidak boleh cari makan tambahan pula barang cap ayam adalah barang cetak rompak, barang cetak rompak ini barang tanpa izin, barang tanpa izin ini boleh dianggap barang curi.
Walaupun CR-Z ini kereta dua pintu saya yakin ianya mempunyai pasaran tersendiri di tempat kita, kan?.
Sumber: Honda
-Mak Uia-
9 comments
Skip to comment form
Aku First pulak..
Memang best keta nih. Aku tgh meningkatkan kemampuan ekonomi aku utk memiliki keta cenggini. setakat gaji RM5k, kena pikir banyak kali gak nak “angkut” keta gini……
cantik…agresif…kalau nk jadi bohjan mcm matpon,jgn pakai bugati,pkai CR-Z ni,matpon xder taste..
yeah…selamatkan bumi…
sokonglah hibrid…
Sape kutuk gua dia dengki. Lu orang boleh layan tdo macam gua kew? Kekekekekek.
lah matpon,xleh usik sikit dah terasa…x bohjan la mcm nie..
Tak masuk lagi ke Malaysia.. habis tue kenapa hari tue aku nampak CR-Z ni merah kat area Mahameru.. siap anak cina budak sekolah lagi bawak..
bapak die kaye kot.bawak masuk seniri dari jepon…hibrid oh hibrid…
keta hibrid bukan best pon..maintanance tinggi..rege mahal..nk selamat bumi nek beskal la..
cntik, brapa ribu ni, aku nak beli jugak sebutir