Lotus Elise adalah model yang sangat ikonik, bila bercakap tentang Lotus pastinya model ini yang akan muncul dalam fikiran. Elise tidak mesra pemandu dan penumpang, pergerakan keluar masuk sukar dan kalau yang tidak biasa pasti menyumpah. Dan ciri-ciri tersebut akan digantikan pada versi baru yang lebih mesra penumpang di samping mengekalkan sifat utama Elise sebagai kereta sport tulen. Berbanding dengan model Lotus masa hadapan lain, Elise akan dikuasakan oleh enjin paling kecil iaitu 2000 cc yang berkuasa 320 ps dan mampu memecut dari 0 km/j ke 100 km/j di bawah 4.5 saat.
Konfigurasi enjin masih sama dengan Elise semasa iaitu enjin ditengah dan pacuan belakang [MR], kotak gearnya pula enam kelajuan dan paling penting sekali manual. Sesuai dengan peredaran zaman, ciri-ciri hibrid diguna pakai iaitu teknologi start/stop, enjin kereta dimatikan sewaktu berhenti seketika dan dihidupkan kembali apabila pedal ditekan.
Kereta-kereta Lotus terkenal dengan berat yang ringan dan pastinya Elise mengekalkan warisan tersebut, model ini hanya seberat 1,095 kg. Elise akan mula dipasarkan bermula tahun 2015 pada harga GBP 35,000. Lotus paling murah untuk dimiliki.
Sumber: Newspress
-Mak Uia-
7 comments
Skip to comment form
Bagus dan cantikkkk…trade in gan basikal bleh tak?
canggih manggih…
masuk mesia brape duet?matpon, pinjam sempoa…
harge modenas kris same tak ngan kete tu..???
masuk kampung boleh x ni?
Mat pon, kereta nii ada gabungan spesifikasi enjin renault arkk??
Wira Gua sama dgn keta ni… paling ketara kat tayar. sama 4 tayar… tapi, Gua tau harganya melantun-lantun berbanding Wira Gua… Gua sayang Wira Gua, tapi, kalo dpt keta Lotus free, Gua tak menolak