Baru-baru ini BMW Group Malaysia telah memperkenalkan BMW 118i M Sport dan BMW 330e M Sport sempena sambutan Tahun Baru Cina 2017.
BMW 118i M Sport dan BMW 330e M Sport dilengkapi pakej M Aerodynamics, Suspensi M Sport dan rim aloi ringan M bersaiz 18 inci memberikan kedua-dua jentera itu penampilan sporti dan berprestasi tinggi.
Kedua-dua model itu dipasang dengan gril double kidney BMW bersama kerangka krom. Gril tersebut berwarna hitam berkilat untuk memberikan gaya yang lebih agresif. Gaya sporti jentera ini disempurnakan lagi dengan jalur BMW Individual berkilat dan logo M pada panel sisi untuk menyerlahkan sisi dinamiknya.
Bukan itu sahaja, lampu utama serta lampu kabus pada BMW 118i M Sport dan BMW 330e M Sport didatangkan dengan butiran unit LED. Ia juga dilengkapi sistem Comfort Access sebagai ciri standard.
Elemen M Sport dapat dilihat dengan jelas di ruang kabin kedua-dua jentera seperti jalur berwarna biru pada papan pemuka, stereng M yang dibalut kulit bersama butang sport dan multi fungsi. Tidak ketinggalan kemasan bumbung BMW Individual berwarna hitam dan tempat duduk sports elektrik dengan fungsi memori untuk pemandunya.
BMW 118i M Sport dan BMW 330e M Sport hadir dalam beberapa warna seperti hitam (Black Sapphire), kelabu (Mineral Grey), biru (Estoril Blue) dan putih (Alpine White).
Harga runcit (di atas jalan, tidak termasuk insurans dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama 5 Tahun, Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW) ialah:
BMW 118i M Sport – RM 188,800.00
BMW 330e M Sport – RM 258,800.00
Berikut ialah galeri gambar (10 foto) BMW 118i M Sport
Berikut ialah galeri gambar (8 foto) BMW 330e M Sport