15 Perodua Myvi Percuma Tular di FB? Ini Kenyataan Rasmi Perodua

Perodua Fake FB Profile

Telah menular di laman Facebook apabila satu akaun yang menggunakan nama Perodua Malaysia Company menjalankan kempen Hadiah 15 Perodua Myvi Baharu. Seperti kempen seumpamanya yang pernah hits, pengguna hanya perlu LIKE dan SHARE status untuk memenangi secara percuma Perodua Myvi yang ditawarkan.

Capaian kempen tersebut yang bermula sejak 22 jam sebelum artikel ini ditulis telah berjaya meraih 155 perkongsian. Difahamkan bahawa status asal sudah pun dipadam oleh pemilik akaun tersebut.

Kepada yang telah mencuba untuk memenangi Perodua Myvi tersebut, ini jawapan rasmi dari Perodua.

Kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan akaun Perodua Malaysia Company.

Walaupun status tersebut telah dipadam, kami ingin menasihati orang ramai supaya merujuk kepada saluran rasmi Perodua untuk sebarang promosi dan kempen semasa.

Buat masa sekarang, Perodua hanya mempunyai satu kempen yang sedang berlangsung iaitu Golden Prosperity Deals dengan penjimatan sehingga RM 3,888 untuk model terpilih.

Masih lagi mengenai program pemasaran, Perodua ingin mempelawa orang ramai untuk mengunjungi MYPerodua Nation – karnival terbesar yang pernah dianjurkan di Aeon Mall Shah Alam dari 20 hingga 22 Januari 2017. Khabarnya ada kejutan istimewa yang kini juga sedang menular di media sosial.

BACA: Karnival Terbesar Perodua – MYPerodua Nation Bakal Dianjurkan Di Aeon Mall, Shah Alam

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.