Mazda BT-50 (Fighter) Baru

Mazda Fighter 2011.04

Lebih kurang 10 tahun lepas, pasaran pikap tempatan mula membesar. Terima kasih kepada Ford kerana mereka berjaya mempopularkannya melalui model Ranger. Sejak dari itu, saingan bagi merebut pelanggan semakin sengit, Mitsubishi memperkenalkan Storm, Toyota dengan Hilux dan Mazda dengan Fighter. Pikap adalah kenderaan dwi kegunaan dan kerana itu ianya begitu popular dikalangan usahawan berkeluarga. Pada hari biasa mereka boleh memunggah stok kedai atau perkakasan rumah manakala pada hujung minggu pikap boleh digunakan untuk membawa keluarga makan-makan atau ke pusat membeli belah. Harganya pula sangat berbaloi jika dibandingkan dengan kereta sedan, pada laras harga RM90 ribu anda boleh membeli Honda City, Proton Inspira atau pun pikap. Yang pasti, mereka yang inginkan kelainan, ruang kargo yang besar dan ruang penumpang pastinya akan memilih pikap, pakej yang tidak ada pada kereta sedan. Harus tahu bahawa Toyota Hilux adalah kenderaan jenama asing kedua terlaris di Malaysia.

Mazda Fighter 2011.01

Jika dahulu, rekabentuk pikap condong kepada rugged dan imej itu masih lagi dipegang kebanyakan pengeluar. Walau bagaimanapun ianya langsung berbeza untuk Triton, entah kenapa Mitsubishi menggunakan konsep rekaan yang lembut dan lari jauh daripada sifir pengeluar lain, bahkan ianya langsung berbeza dengan model Storm yang nampak tegap dan lasak. Sifir Mitsubishi ternyata betul apabila Triton menjadi model pikap kedua terlaris selepas Hilux. Jika anda di dalam pasaran ini, sama ada anda akan memilih Hilux atau Triton, kedua model itu begitu popular walaupun Nissan mempunyai Navara dan Isuzu mempunyai D-Max. Jika ditanya pendapat saya mengenai di antara Hilux dan Triton, jawapannya ialah pilihlah Triton jika anda ingin membawa keluarga dan Hilux jika anda memerlukan kenderaan yang 24/7 untuk bekerja. Triton selesa untuk membawa keluarga manakala Hilux pula ternyata tahan lasak. Tetapi jika Mazda membawa masuk model terbaru BT-50 atau pun lebih dikenali sebagai Fighter untuk pasaran tempatan, ternyata senarai pendek anda akan menjadi lebih ‘kucar-kacir’. Model ini berkonsepkan “Active Lifestyle Vehicle”, suatu yang agak sinonim dengan Triton dan berbeza langsung daripada Hilux yang kelihatan gagah perkasa.

Mazda Fighter 2011.03

Mazda mempamerkan kepada umum model baru BT-50 pada Pameran Kenderaan Antarabangsa Australia 2010. Dengan konsep kenderaan gaya hidup aktif, BT-50 dirancang supaya ianya menonjol kepada bukan sahaja pemilik bisnes tetapi juga kepada pelbagai pelanggan lain seperti golongan berkeluarga dan mereka yang menjalani kehidupan aktif. Untuk pasaran ASEAN, BT-50 disasarkan untuk kegunaan bisnes dengan keselesaan seperti kereta penumpang dan untuk pasaran Australia dan Eropah pula pikap ini disasarkan kepada golongan yang aktif dengan aktiviti luar. Hasil daripada konsep dan sasaran pelbagai pasaran maka lahirlah sebuah pikap dengan rekabentuk ekspresif, selesa, interior berkualiti tinggi, pemanduan yang lancar dengan ciri-ciri kereta penumpang dan tidak dilupakan DNA Mazda iaitu pemanduan yang sporty dan responsif.

Mazda Fighter 2011.02

Konsep rekaan BT-50 adalah berdasarkan “Sophisticated Beast”. Menurut Ryo Yanasigawa, Ketua Pereka BT-50, pikap ini adalah berdasarkan gambar seekor singa yang gagah seolah-olah menunggu untuk membaham mangsanya. Pada bahagian interior, pasukan pereka mahukan rekaan yang sporty bagi melengkapi rekaan luarannya yang sporty dan ruang yang selesa bagi menyaingi standard kereta penumpang Mazda. Kokpitnya direka fokus kepada pemandu yang menikmati pemanduan. Ciri-ciri pemanduan sporty seperti itu adalah suatu yang asing untuk kenderaan pikap. Papan pemukanya pula mempunyai rekaan asimetrik untuk mendapatkan ruang optimal pada kedua-dua belah sisi dan ini memberi faedah kepada penumpang.

Mazda Fighter 2011.05

Dengan perkembangan terbaru Mazda ini nampaknya pola pasaran pikap semakin berpecah dua. Pada suatu sisi ada kem yang terdiri daripada Toyota Hilux, Isuzu D-Max dan Nissan Navara dengan imej utilitarian yang menekankan aspek kebolehgunaan, ciri tradisi pikap. Manakala satu lagi sisi yang dahulunya mempunyai ahli tunggal iaitu Mitsubishi Triton kini mempunyai rakan baru, tidak lain tidak bukan ialah Mazda BT-50. Kedua model ini masih mempunyai ciri-ciri pikap seperti tahan lasak dan sebagainya cuma ianya ingin berseronok dan tiada salah dengan itu, asyik terlampau serius boleh membuatkan kita jadi tertekan, apa salahnya membuat sesuatu di luar kebiasaan dengan lari daripada sifir lazim. Mazda BT-50 adalah generasi baru kenderaan pikap.

Mazda Media

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

  1. Pesaing utama Triton ni…pasti mengancam

    • DaihatsuKancil on 13/09/2011 at 10:48 AM
    • Reply

    Apsal aku rase mcm pernah bace je entri ni?

    • Alteja on 14/09/2011 at 6:50 AM
    • Reply

    Aku suka perenggan akhir. Dari aspek futuristik & gaya, pikap ni nampak best. Tapi, kalau diberi pilihan, aku lagi suka Hilux. Skrg aku tgh outstation di Sabah & akan guna Hilux. Setakat ni, Hilux pilihan yg paling baik bagi aku termasuk kelegaan kaki penumpang belakang

    • kete_hitam on 14/09/2011 at 8:03 AM
    • Reply

    seperti penah ada entry ini.

  2. woi-woi..artikel ni ada keluar dalam Garaj Kosmo minggu lepas la.. gua sama Matpon bz pergi open haus..tak sempat nak buat artikel..

  3. sanggup ke orang nak bawak kete ni masuk lumpur ni??eh,artikel ni bukan pernah keluar ke dulu??

    1. Artikel Mazda BT50 pernah keluar dalam GT, tapi versi pendek. Yang ini versi Garaj Kosmo tanpa suntingan.

    • kete_hitam on 15/09/2011 at 1:03 AM
    • Reply

    ooooooooo…

  4. Patut la mcm pernah ku baca artikel ini…hehehe

    • bawang on 20/03/2012 at 6:52 PM
    • Reply

    insya’allah akan dilancarkan pada bulan may 2012..

    • osen on 29/12/2012 at 5:07 PM
    • Reply

    ok

Leave a Reply to kete_hitamCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.