DASAR AUTOMOTIF NASIONAL 2009

Dasar Automotif Nasional (NAP) telah diumumkan semalam dan pastinya ramai dari kita sudahpun mengetahuinya samada dari akhbar atau blog. Terutama sekali dari blog yang penuh dengan komen merapu dan sampah. Untuk membuat kesimpulan sememangnya mudah namun selepas membaca sendiri kenyataan rasmi dari MITI ternyata ianya tidak semudah yang saya fikir. Bahkan saya yakin, ruangan akhbar pun tidak muat untuk memaparkan intipati semakan semula NAP tersebut.

Saya cuba ringkaskan kenyataan MITI untuk rujukan dan pemahaman kita.

1. Proton perlu berkerjasama dengan syarikat automotif global untuk peningkatan eksport, menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran serantau, pemindahan teknologi dan pelaksanaan aktiviti R&D di Malaysia, peningkatan kandungan tempatan dan pembangunan program vendor Bumiputera, meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam jaringan pengedaran kenderaan dan jenama PROTON dan syer pasaran tempatan untuk segmen tertentu akan dikekalkan.

2. AP Terbuka untuk kenderaan terpakai (perdagangan, penumpang dan motosikal) akan dimansuhkan pada 31 Disember 2015 dan AP Francais akan dimansuhkan pada 31 Disember 2020.

3. Sebagaimana diumumkan dalam Bajet 2010, setiap AP Terbuka yang dikeluarkan akan dikenakan caj sebanyak RM10,000. Satu dana akan diwujudkan menerusi kutipan caj tersebut bagi membantu usahawan Bumiputera menceburi bidang/aktiviti tertentu, termasuk:

  • mendapatkan hak pengedaran/francais bagi jenama-jenama lain;
  • program pembesaran bagi pengedar yang dilantik.
  • menceburi sub-sektor automotif atau perniagaan lain;
  • menaik taraf bilik pameran dan pusat servis; dan
  • penyertaan dalam seminar/pameran/persidangan/mesyuarat atau misi perdagangan berkaitan automotif.

4.Lesen Pengilang: Mempromosikan Segmen Berimpak Tinggi.

Pembekuan Lesen Pengilang (ML) baru yang dilaksanakan sehingga ini akan ditarik balik bagi segmen automotif terpilih yang dikenal pasti sebagai strategik dan berimpak tinggi kepada ekonomi negara. Liberalisasi Lesen Pengilang ini penting dalam menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi, kenderaan berorientasi perniagaan dan kenderaan yang mesra alam sekitar.

Langkah baru1 :

Secara khususnya, dasar baru ini akan menarik balik pembekuan Lesen Pengilang bagi segmen:

  • kereta mewah berkapasiti enjin 1,800c.c dan ke atas dengan harga atas jalan tidak kurang daripada RM150,000;
  • kenderaan hibrid dan elektrik;
  • kenderaan jenis pick up;
  • kenderaan perdagangan; dan
  • motosikal berkapasiti enjin 200c.c dan ke atas.

Pengeluaran Lesen Pengilang baru bagi segmen ini tidak dikenakan syarat ekuiti.

5. Pengecualian Cukai ke Atas Nilai Peningkatan Eksport bagi Kenderaan dan Alat Ganti/Komponen

Kajian semula NAP memperkenalkan kadar pengecualian cukai yang lebih tinggi bagi produk yang dieksport yang mempunyai tahap nilai tambah tertentu. Ini mencerminkan sasaran negara dalam meningkatkan jumlah dan kualiti produk yang dieksport. Pada masa ini, pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun bagi semua sektor ditawarkan berdasarkan peningkatan pada peratusan nilai tambah produk.

Langkah baru2 :

Pengecualian cukai ke atas pendapatan berkanun untuk pengilang dalam industri automotif ditingkatkan:

  • daripada 10 peratus kepada 30 peratus daripada nilai peningkatan eksport yang diberikan kepada pengilang dengan syarat produk berkenaan yang dieksport mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus nilai tambah; dan
  • daripada 15 peratus kepada 50 peratus daripada nilai peningkatan eksport yang diberikan kepada pengilang dengan syarat produk berkenaan yang dieksport mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus nilai tambah.

6. Pewartaan Harga Kereta Import Terpakai untuk Menangani Masalah Underdeclaration

Pada masa ini, pewartaan harga hanyalah bagi kenderaan baru yang diimport dalam bentuk yang dipasang siap (CBU) untuk tujuan pengiraan cukai. Kajian semula NAP akan turut mewujudkan pewartaan harga bagi kenderaan CBU import terpakai.

7. Insentif Lebih Menarik bagi Pengeluaran Komponen/ Alat Ganti Kritikal dan Bernilai Tambah Tinggi

Syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran transmission system, brake system, airbag system dan steering system layak untuk mendapatkan insentif fiskal yang lebih baik iaitu layanan Taraf Perintis (PS) sebanyak 100 peratus bagi tempoh 10 tahun atau Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 100 peratus bagi tempoh 5 tahun.

8. Galakan bagi Kenderaan Hibrid/Elektrik dan Pembangunan Infrastuktur Berkaitan

Cadangan Baru3 :

Pelaburan dalam aktiviti pembuatan atau pemasangan kenderaan hibrid dan elektrik akan mendapat:

  • 100 peratus PS atau ITA untuk tempoh 10 tahun;
  • Geran bagi R&D dan latihan di bawah Galakan Istimewa (Customised Incentives) sebagai tambahan kepada geran sedia ada;
  • pengecualian duti eksais sebanyak 50 peratus daripada kadar semasa bagi kenderaan yang dipasang dalam negara atau pemberian geran di bawah Dana Penyelarasan Industri (IAF);
  • PS sebanyak 100 peratus bagi tempoh 10 tahun atau ITA sebanyak 100 peratus bagi tempoh 5 tahun bagi pengeluaran komponen kritikal seperti:
    • electric motors;
    • batteries;
    • Battery Management System (BMS);
    • Inverter;,
    • electric airconditioning;
    • air compressor;
  • Insentif-insentif lain yang lebih menarik boleh dipertimbangkan secara customised bergantung kepada aktiviti yang dicadangkan.
  • Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan mewujudkan pelan jangka panjang pembangunan infrastruktur bagi kenderaan elektrik.

9. Pinjaman Mudah/Geran.

Bagi meningkatkan daya saing pengeluar komponen dan alat ganti serta meningkatkan sumbangannya dalam industri automotif dan ekonomi, dana Pembangunan Automotif (ADF) dan Dana Penyelarasan Industri (IAF) akan diteruskan.

10. Standard: Usaha Bagi Meningkatkan Keselamatan.

I. Pembangunan Sepenuhnya Kemudahan Vehicle Type Approval (VTA)

Di bawah NAP sedia ada, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan VTA yang mana pada masa ini masih belum dibangunkan sepenuhnya. Di bawah kajian semula NAP, Kementerian Pengangkutan akan memberi keutamaan di dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) untuk memastikan penubuhan sepenuhnya kemudahan VTA bagi standard dan pengujian.

II. Pengenalan dan Penguatkuasaan Standard Mandatori Secara Berperingkat ke atas Komponen dan Alat Ganti

Penguatkuasaan standard mandatori ke atas komponen dan alat ganti masih lemah memandangkan tiada agensi penguatkuasaan khusus yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakan standard. Di bawah kajian semula NAP, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menyelaras dan mewujudkan pelan jangka panjang bagi memperkenal dan menguatkuasakan standard mandatori bagi semua produk automotif.

III. Pemansuhan Secara Berperingkat Pengimportan Alat Ganti dan Komponen Terpakai

Kesedaran terhadap keselamatan dan alam sekitar telah meningkat disebabkan pengimportan alat ganti dan komponen terpakai tanpa sebarang sekatan atau pemeriksaan wajib. Kajian semula NAP akan memperkenalkan satu mekanisme bagi larangan pengimportan alat ganti dan komponen terpakai berkuatkuasa Jun 2011.

IV. Pemansuhan Berperingkat Pengimportan Kenderaan Perdagangan Terpakai

Pada masa ini, pengimportan kenderaan perdagangan terpakai adalah dibenarkan. Di bawah kajian semula NAP, pengimportan kenderaan perdagangan terpakai akan dimansuhkan berkuatkuasa 1 Januari 2016 selaras dengan:

  • pemansuhan secara berperingkat pengimportan alat ganti dan komponen terpakai; dan
  • pemansuhan sistem AP bagi kenderaan terpakai.

V. Pelan Pembangunan Standard Bahan Api Minyak Petrol dan Diesel bagi Kenderaan

Bermula September 2009, spesifikasi EURO 2M bagi petrol dan diesel telah dilaksanakan. Kerajaan ketika ini telah mensasarkan untuk melaksanakan spesifikasi EURO 4M bagi petrol dan diesel pada 2011. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mewujudkan pelan pembangunan jangka panjang bagi standard dan kualiti bahan api minyak dan petrol.

VI. Pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan

Pada masa ini, terdapat 2.7 juta kenderaan penumpang berusia 10 tahun atau lebih berada di jalan raya. Berbanding negara lain, Malaysia mempunyai kadar pelupusan kenderaan lama yang rendah dan purata usia kenderaan yang tinggi.

Sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat (ELV), kajian semula NAP akan memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai syarat bagi pembaharuan cukai jalan untuk semua kenderaan berusia 15 tahun atau lebih.

Kementerian Pengangkutan akan merangka pelan bagi mewujudkan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan.

11. Sistem LESEN IMPORT

Selaras dengan komitmen antarabangsa Malaysia, sistem pentadbiran AP Terbuka akan dimansuhkan mulai 31 Disember 2015, manakala bagi AP Francais pula pada 31 Disember 2020.

Bermula 1 Januari 2010, caj sebanyak RM10,000 akan dikenakan bagi setiap unit AP Terbuka yang dikeluarkan dan hasil kutipan akan digunakan bagi mewujudkan dana khas untuk membantu syarikat Bumiputera menceburi bidang perniagaan automotif dan perniagaan-perniagaan lain.

12. Tarikh Kuatkuasa.

Dasar dan langkah-langkah baru ini akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2010.

*Kenyataan rasmi di atas telah disunting. Untuk versi penuh, klik: Dasar Automotif Nasional

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

93 comments

Skip to comment form

    • najeep on 29/10/2009 at 1:27 AM
    • Reply

    implikasi pada rakyat & pengguna?…macamaner hehe

    • beesixslow on 29/10/2009 at 2:21 AM
    • Reply

    2ND..
    pening weh baca..x pehe kawe..
    hok kawe pehe..lambat lg la kawe bulih
    beli ebo 10..

    • Joule on 29/10/2009 at 2:45 AM
    • Reply

    Ayo..

    • amir on 29/10/2009 at 2:58 AM
    • Reply

    “III. Pemansuhan Secara Berperingkat Pengimportan Alat Ganti dan Komponen Terpakai

    Kesedaran terhadap keselamatan dan alam sekitar telah meningkat disebabkan pengimportan alat ganti dan komponen terpakai tanpa sebarang sekatan atau pemeriksaan wajib. Kajian semula NAP akan memperkenalkan satu mekanisme bagi larangan pengimportan alat ganti dan komponen terpakai berkuatkuasa Jun 2011.”

    nanti kalo gua ada anak, tak dapat la gua kenalkan kedai halfcut kat diorang…

    • wirastended on 29/10/2009 at 3:08 AM
    • Reply

    knapa la kerajaan ni rajin sgt bt dasar. bt dasar plak yg bkn2. proton pn dh x leh belah.. x kan la wira aku nk stended smpai bila2. mcm mana plak impian aku nk pakai faiten njin sr 20 nk tercapai. huhuhuhu..

  1. IV. Pemansuhan Berperingkat Pengimportan Kenderaan Perdagangan Terpakai

    Kenderaan Perdagangan ni yg macam mana ?? kereta ke ??

    • carragher27 on 29/10/2009 at 7:18 AM
    • Reply

    disebalik banyak komen-komen yang negatif, percayalah..DAN ini telah dirangka demi kebaikan industri ini juga..

    • kete kite on 29/10/2009 at 7:50 AM
    • Reply

    Pasni takda la nak cari spare part murah.. halfcut pun dah takda… kempunan la nak masuk RB26 kat kete kite ni hahahaha

    • syafa on 29/10/2009 at 8:15 AM
    • Reply

    cte pjg2….kesimpulannya?adehhh

    • shah_mivec on 29/10/2009 at 8:20 AM
    • Reply

    still baik lagi la kerajaan malaysia…bagi chance sampai 15tahun

    • kete_hitam on 29/10/2009 at 8:24 AM
    • Reply

    gua x paham pun…. yg gua paham pasni x der kedai potong dah..

    • lesen_L on 29/10/2009 at 8:28 AM
    • Reply

    NAP nak jaga industri keta malaysia, tarik minat pelabur utk tambah duit kerajaan, kekalkan kepentingan kroni2 sebab takut kroni2 buat bising, galakkan 1 malaysia pakai jenama malaysia, bgtau keta2 buruk yg slow kat jln supaya gi jadi besi buruk, suruh kedai2 haft-cut sparepart tutup supaya oem je boleh dijual, dan akhir skali bgtau rakyat,who is the boss here,muahahaha…”korang tak suka?so aku peduli ape”

    • ZaidGSR on 29/10/2009 at 8:39 AM
    • Reply

    keta 15 tahun wajib antar puspakom tiap tahun…

    naik lagi la kos sara hidup… kena campur insuran ngan rodtax

    inilah rakyat diutamakan.. pencapaian terkapai kapai

    • wiradohc1.7 on 29/10/2009 at 8:42 AM
    • Reply

    aiseymen, kene jumpa puspakom lagi taun depan..

    • zulkim on 29/10/2009 at 8:45 AM
    • Reply

    no komen

  2. pasal 10, perkara III tu yang tak berapa gemar tu.. kalau dapat bawa masuk keta2 yang kita berkenan sangat parts/enjin dia tu seketul & kos belian pun kasi murah2 takpela gak.. runner tak dapat ‘berlari’ lagi nanti : p

  3. maknanya gua ada 2 tahun je lagi untuk lepak2 kedai halfcut cari barang… memang xde can la prodigy jr. nak follow.. demmmm..

  4. lagi 2 tahun mau dpt diesel EuroM4……itu pun blum tntu lagi….yg lain2 tu cnfirm la takde guna utk gua……adoyaii….

  5. oooo…. pastu kesimpulannye rega evo 10 turun samer rega dgn waja tak??…
    dah baca tapi tak faham sgt.. bahasa aras tinggi nie..

    • bobo on 29/10/2009 at 9:47 AM
    • Reply

    gua haram tak paham AP ni macam mana. betul ke kalau takde AP kereta import seme murah?

    • strokeboi on 29/10/2009 at 10:08 AM
    • Reply

    ade baik & buruk, tp ntuk insan marhain seperti aku, krjan bwat dasar pe pun x ade istimewanye. sekadar melihat golongan bangsawan mengecapi kelebihan itu. pasrah bila nanti kdai hakat da xde.

    • bekas student Z2H on 29/10/2009 at 10:14 AM
    • Reply

    pusing2 balik pun, masuk poket kroni jugak…

    • natubaik on 29/10/2009 at 10:41 AM
    • Reply

    arrrrrr pening

    • baii on 29/10/2009 at 10:53 AM
    • Reply

    Bogus
    IV. Pemansuhan Berperingkat Pengimportan Kenderaan Perdagangan Terpakai
    Kenderaan Perdagangan ni yg macam mana ?? kereta ke ??

    mengikut pemahaman gua, ni macam lori/bus yang rebuilt-jual semula kat sini.

    • baii on 29/10/2009 at 11:04 AM
    • Reply

    sebenarnya benda ni berkait2, kereta 15 tahun kena inspection, sepatutnya had kan terus umur kereta, lepastu buat satu mekanisme yang bolehkan orang ganti kereta lama ke ke kereta baru. contohnya hadkan kereta 10 tahun je, lepas tu lepas 10 tahun sapa masih nak pakai apply permit (contoh utk kereta eksotik/vintage), kereta lain, galakkan untuk lupus. lupus bukan makna scrap semata-mata. banyak lagi 3rd, 4th world country yang kita boleh eksport kereta2 10 tahun ni. kerajaan kena ambik peranan, bila scrap kereta, bagi rebate dalam bentuk tak semestinya duit. mungkin diskaun yang besar untuk kereta baru.

    apa yang gua nampak dari dulu ialah, takde usaha nak kurangkan bilangan kereta kat malaysia. memang betul industri akan hanya hidup bila kereta baru banyak dijual. Malaysia punya sales 1 juta kereta setiap dua tahun. kalau takde usaha nak balance kan sales dengan kemampuan infrastruktur, boleh kiamat jalanraya kat malaysia ni. lama-lama jadi macam jakarta n bangkok. takde guna buat highway lapan lorong sekalipun kalau hari-hari kereta bertambah. pakai kereta best pastu duduk 8 jam sehari dalam kereta pun tak guna.

    • Alan on 29/10/2009 at 11:20 AM
    • Reply

    Baek beli krete murah aje
    nanti nk kene antar puspakom la, nk kene lupus la
    mcm2…..

    • baii on 29/10/2009 at 11:21 AM
    • Reply

    III. Pemansuhan Secara Berperingkat Pengimportan Alat Ganti dan Komponen Terpakai. kontrol parts China yang masuk sini lagi baik.

    gua taktaulah sapa punya idea ni. perdana V6 goverment bolehlah beli gbox baru, pdana V6 rakyat yang gboxnya koyak?. itu satu hal, insurans pun akan jadi mahal lagi sebab takde choice untuk replace parts 2nd hand.
    patutnya bukan mansuh, tapi kawal. tengok apa yang boleh dan apa yang tak boleh. sesuaikan dengan keadaan.

    pendapat gua pasal DAN. ada yang bagus, dan ada kelemahan. sebenarnya dasar-dasar macam ni perlukan kesesuaian keadaan dan masa. maksudnya, kerajaan tak boleh buat 1 dasar semata-mata di bawah kabinet. ini bukan RMK atau DEB yang mana kesannya utk jangkamasa panjang. patut kena ada satu badan induk yang kawal benda ni. letak di bawah satu Jabatan Pembangunan Automotif ke. bawah dia ada orang dari MITI/JKR/JPJ/JKJR/insuranc/pemain indutstri dan lantik penasihat dari retired RTD/LTA staff dari Jepun ke Singapore ke. barulah dapat keputusan yang solid.
    bila ada jabatan macam ni, barulah ada betul2 orang yang bertanggungjawab untuk jaga pembangunan automotif Setiap masa, bukan bermusim. contohnya, bila ekonomi runtuh, maka perlu buat kesesuaian dan dasar baru dengan cepat. contoh lain bila kita dapat tahu VW nak buka kilang di Indo. hantar orang dari jabatan ni pergi pujuk VW bukak kilang di Sarawak ke, bagi pelepasan cukai banyak, counter balik apa yang indo bagi.
    nanti rajin gua sambung balik

    • lesen_L on 29/10/2009 at 11:58 AM
    • Reply

    bile fikir2 mahal jugak keta kat malaysia ni…takat gaji ciput pas ni tak boleh le beli keta 2nd hand, sebab dah semua dah lebih 10 thn,dah nak lupus. beli keta baru dah le mahal,7~9 thn baru habis bayar,pastu dah lebih tempoh hayat 10 thn. tapi kalu harga murah,semua pakai keta,tak cukup jln,mesti jem (alasan le).so, utk golongan pendapatan rendah,pas ni gi keje naik moto/basikal/kenderaan awam. balik kg naik le bas.keta utk org2 yg mampu je,mcm zaman dulu2,hehehe….

    gua dengar cite goverment nak potong elaun cola(ntah,natang ape aku tak tau,aku tak keje gov) pasal gov takde duit…sampai tahap mcm tu ke?

    ape2 pun,gua naik kapcai je…ikut kemampuan gua…

    • kereta nasional itam on 29/10/2009 at 12:01 PM
    • Reply

    aku pn ding-dong pasal hal nih

    tp aku setuju cakap baii..kejong la kalo nk hapuskn terus industri barang2 terpakai nih…kalo perdana v6 wat hal..cmna??xkn nk beli baru terus dari proton??baik jual..pastu beli keta baru lagi..tambah utang lagi..

    benda nih kalo kawal xde masalah..lgpn bkn semua spare part OEM tu ok..ada jugak defect..kalo x,masakan kawan aku duk komplen pasal persona dia..bnyk masalah..sedangkn keta baru..

    abam kerajaan kena gak tngk..bkn semua mampu anta servis kat proton servis..beli barang2 baru..pasal keta baru lagi la..

    • on 29/10/2009 at 12:35 PM
    • Reply

    Ni dasar nak kayakan kroni je. Kalau nak lupuskan keta2 lama, tgk la harga keta baru mcm mana? Negara yg ada dasar ni semuanya kereta boleh dibeli dgn harga yg cukup murah. So, mmg lebih baik utk mereka dispose keta lama dan gantikan dgn yg baru. Contoh terbaik ialah negara Jepun.

    Pengharaman import alat ganti terpakai akan menyebabkan beribu2 syarikat tempatan akan gulung tikar. Adakah rakyat Malaysia mampu membeli alat ganti baru, contohnya gearbox dan blok enjin yg harganya sangat mahal? Sekali lagi dasar ni ada kena mengena dgn dasar pelupusan kereta2 lama yang bagi aku tak relevan selagi harga kereta baru di Malaysia masih di tahap sekarang dan pengangkutan kita masih di tahap zaman batu. Klausa ni seolah-olah memaksa rakyat melupuskan kereta lama mereka dan memaksa mereka membeli kereta baru yang sudah tentulah kereta jenama Proton atau Perodua.

    Dasar ni sekali lagi akan pastikan Proton dan Perodua terus disubsidi oleh rakyat yang sudah sekian lama mensubsidi syarikat2 nih.

    Aku takut dasar ni hanya akan memberi faedah kepada “jerung” dan menyusahkan golongan “bilis”.

    • bunta889 on 29/10/2009 at 1:01 PM
    • Reply

    lepas ni gbox keta dari jepun rosak kena ganti ngan gbox protonla..kalu proton best mcm keta dari jepun tu xpe la jugak..

    lagi satu..bila pencen nnt ingat nak pakai keta dah abis byr..tapi kalu buat mcmni..menanggung hutang sampai matila..huhu..

    mcm haram….

    • LooLaapALooza on 29/10/2009 at 1:09 PM
    • Reply

    aku setuju ngan pendapat bai n amid..menda2 nie suma berkait..menteri2 yg buat dasar sumanya diatas n xtau apa n mengapa..mmg faedah bukan dpt kt golongan sederhana n bawahan..menyakitkn ati n jiwa je baca lebih2 pasal nie..lebih baik xpaham dr paham n ntahapa2..

    • kereta nasional itam on 29/10/2009 at 1:36 PM
    • Reply

    aku xnmpk pun releven menghapuskn haltcut..jalan yg paling elok ialah pantau..tu pn kalo abam kerajaan btul2 nk jaga kebajikan rakyat..

    mmg diaorg leh lantik vendor utk bekal2kn alat2 ganti..tp sejauh mana releven dan terjamin gn diaorg nyer kualiti..aku rasa semua org tau yg proton itu bagus..tp yg mencemarkn nama proton adalah barang2 mcm power window..dashbord..dll rosak..tu bkn proton yg wat..tu di sub kn ke vendor2…

    dan apa jaminan yg vendor2 baru yg supply barang ganti nih xkn mangalami benda yg sama..

    dan semua org tahu hal nih..stat dari peringkat bawahan ke peringkat atasan..tp kenapa xde kesan sngt??xde improvement??dan sampai skg still lagi ada lg komen2 camtu..yg aku dengar,benda nih still jadi sbkn campur tgn “jerung”..

    ntah la nk ke “jerung” tu pakai barang proton??kalo pakai pn utk urusan rasmi..rosak pn bkn pakai duit sendiri utk baiki..tu duit “bilis” yg duk bayar tiap2 tahun

    • gunners on 29/10/2009 at 1:42 PM
    • Reply

    amid
    saye setuju dgn pendapat bro tuh. macam mane syarikat otomotif nasional nak maju cmni,sentiasa dok bawah ketiak kerajaan yang akan terus-menerus bagi muke kat ‘anak manje’…… nasib le jadik rakyat malaysia…….

    • on 29/10/2009 at 2:17 PM
    • Reply

    Dasar perlindungan ada di mana-mana, baru-baru ni di Amerika mereka menghalang kemasukan tayar untuk kegunaan industri dari China sedangkan kita tau merekalah juara perdagangan bebas dan sebagainya.

    Di negara kita yang dilindung adalah industri automotif tetapi dalam masa yang sama ada juga industri yang langitntya sudah dibuka seluasnya-luasnya. Kalau anda perasan contoh yang paling dekat adalah industri buku dan majalah. Kita tiada undang-undang yang menyekat kertas impot, maknanya kalau buku tu dicetak di Indonesia ke Vietnam ke pun tiada hal. Disebabkan kos rendah maka industri percetakan tempatan kurang berdaya saing. Sekarang ni orang buat kad kahwin pun di Indonesia.

    Lagi 1 contoh ialah dipasaran kini banyak majalah automotif antarabangsa dengan harga yang murah. Mereka ni bahan sudah siap ditulis dengan pelbagai sokongan pengeluar dan kewangan. Memang tak adil lah sebab contohnya GearTinggi macamana nak bersaing macam itu. Dah la pasaran tempatan kecil kemudian dilambakkan pula dengan produk impot. Memang bagus untuk pengguna tapi sampai bila nak guna barang impot. Kebanyakan negara maju tu kaya bukan sebab mereka negara pengimpot tetapi negara pengeluar. Mereka ekspot pelbagai barangan yang dibuat dalam negara.

    Hanya 1 cara untuk maju ialah hasilkan produk setanding atau lebih berkualiti dari mereka. Dan untuk mencapai tahap tersebut bukanlah dalam masa 1 hari. Lagi kompleks industri lagi lamalah dapat bersaing terutamanya dalam bidang kejuruteraan dan sains.

    Tujuan kerajaan nampaknya macam itulah, bantu selagi boleh. Dan untuk bantu tu mestilah ada kos melepas dalam bahasa ekonomi. Oleh sebab itu maka kereta nasional harus diutamakan. Dan kereta nasional bukan setakat Proton saja tapi PERODUA. Kita mungkin boleh kutuk Proton tapi sedarkah kita separuh dari keuntungan Perodua dihantar balik ke Jepun. Sebabnya pegangan syarikat Jepun dalam Perodua agak signifikan juga. Kalau macam itu yang kaya bukan kitalah. Itu baru Perodua, belum kira Toyota ke Mitsu ke apa ke.

    Kita kena sedar juga yang kita tolong bukan setakat Proton tapi seluruh eko-sistem automotif. Sektor bank, petroleum, sumber manusia dan lain-lain. Industri automotif sangat penting sebab itulah Amerika menjamin keluar [bail out] syarikat-syarikat automotif milik mereka.

    Gagalnya Proton bermakna keseluruhan dari kita akan turut gagal. Apalah, rakyat Malaysia, buat kereta pun tak reti. Sentimen seperti ini turut bermain di mana-mana negara pun. Di Indonesia sana tak kan tak terlintas di hati rakyat mereka, ah kita ni pandai pasarkan produk Jepun je, produk kita entah ke mana pun. Di Thailand, cuba periksa milikan syarikat-syarikat alat gantian di sana, milik siapa? Tak kan orang sana tak terlintas, ah kita ni makan gaji je reti. Sampai bila nak jadi kuli.

    Anda cuba buat GearTinggi sebagai kajian kes. Katalah TopGear buat blog dalam talian juga berlawan dengan GT. Diaorang ada segala kepakaran, pakar web, jurufoto, pereka grafik dan paling penting sumber kewangan besar. Di GT kami ada Matpon, Baii, Amid, Pipi dan saya. Kitaorang yang uruskan segala benda nak bersaing dengan diaorang. Pastinya itu bukan bermain di padang yang rata. Yang ada pada kami hanyalah semangat nak bersaing dan sokongan anda semua.

    Cuma satu hal yang saya memang tak setuju ialah pengharaman 100% alat gantian terpakai. Saya rasa benda yang lebih murah seperti kotak gear dan pelbagai alatan lain yang kita tak mampu nak buat tu tak payah lah halang dari masuk. Benda-benda lain macam lampu isyarat ke, bampar ke yang mana kita boleh hasilkan sendiri dan jual dengan murah barulah diharamkan produk serupa yang diimpot dari luar negara.

    Saya fikir pastinya dasar barang terpakai tu akan dikaji semula sebab saya yakin kebanyakan saudagar Cina akan bersuara dan menentang. Kalau tak diaorang nak meniaga apa? CD cetak rompak?

    • lesen_L on 29/10/2009 at 2:26 PM
    • Reply

    nak org suka proton?buka le saham proton utk pegangan awam,untung sama2 rasa,baru le org semangat sikit nak sokong….gua pun pelik ke kualiti proton ni mcm takde perubahan pun…dengar cite dulu diorg taknak join ngan VW pun pasal kualiti jugak,takut VW sembelih habis supplier diorg yg tak dpt follow requirement,spec….ntah le,hanya suku sakat proton je yg tau…

    • on 29/10/2009 at 3:00 PM
    • Reply

    Aku rasa Proton dah overdue tarikh “susuan” dia dari gomen. Dah lebih 25 tahun, sepatutnya dah setaraf Hyundai dgn Kia. Satu masalah Proton aku nampak ialah parts dia semua source locally (vendor tempatan) yg sebenarnya kos lebih tinggi daripada depa outsource ke negara lain cam China atau Thailand. Semuanya sebab nak jaga kepentingan segelintir orang. Oleh kerana harga parts & komponen yg mahal, harga unit pun mahal, ditambah lagi dgn economics of scale kita yang kecil.

    Utk pembuat kereta cam Proton, depa kena tarik pembeli kereta2 murah di pasaran Eropah spt mana depa dulu tertarik beli Hyundai dan Kia. Aku ingat lagi satu komen majalah permotoran England yang mengklasifikasikan Proton Gen 2 sebagai “the most expensive cheap car in the market”.

    Kerajaan kena bagi Proton 100% autonomi utk membuat keputusan tanpa campur tangan kerajaan. Biar diaorang sendiri yang tentukan hala tuju syarikat. Contoh terbaik syarikat Malaysia yang berjaya di dalam persaingan antarabangsa ialah Air Asia. Dalam tempoh masa yg pendek dia boleh jadi syarikat penerbangan tambang murah terbaik di dunia. Aku yakin Proton pun boleh jadi antara pengeluar kereta yang terbaik di dunia, jika dia dipimpin dengan betul tanpa campurtangan politik.

    • kereta nasional itam on 29/10/2009 at 4:18 PM
    • Reply

    aku sokong cakap amid

    tp aku xnmpk semua nih akn berahkir..campur tgn akn tetap berlaku,dan selama nih..”payung” yg diberi pihak tertentu kepada proton bkn HANYA bertujuaan menjaga proton semata2 tp ada jugak pihak tertentu yg akn mendapat manafaat..

    time pelancaran exora ari tu,aku tngk cara org besar proton (aku jenis ssh ingt nama org)tu present mmg cukup menyakinkn..dan pada hemat aku,beliau punya idea dan kemanpuan utk memajukan proton tp masih ada segelintir yg “sayang” nk lepaskn proton utk berdiri sendiri..

    • on 29/10/2009 at 5:00 PM
    • Reply

    akhirnya yang kaya kroni2 gak… orang banyak beli sparepart baru, pasal sparepart terpakai tak bleh jual…

    • tambest on 29/10/2009 at 5:25 PM
    • Reply

    dasar ni berkait la…susah nak detailkan satu-satu..aku setuju kalau dia wat cara Singapore atau Jepun…jangka hayat kenderaan ada had..tapi kena plak wujudkan 1 dana yg membolehkan rakyat kita ni beli…bukan semua orang gaji tggi…dari satu sudut yang aku rasa tak masuk akal…pihak gomen nak hapuskan itu dan ini sedangkan sistem pengangkutan awam kita masih lagi lemah…hanya tertumpu di kawasan bandar utama saja mcm KL…kalau semua benda baru dan takde barangan terpakai, mcm mana nak ganti gearbox?mahal…padahal nak ke JB ni ada urusan keje…nak naik apa?pengangkutan awam?tak berbaloi…itu sekadar conotoh…baiknya jika sistem pengangkutan awam kita ni dibaiki dulu…adakan lebih banyak train2 ke setiap negeri…pada masa tu orang ramai (kebanyakkan la) tidak lagi terlalu bergantung pada halfcut untuk nak repair kete sebab nak g JB ada urusan…dari sudut yg lain ada eloknya dasar nih…banyak membantu pada bumiputera…syabas gomen

    • on 29/10/2009 at 5:27 PM
    • Reply

    Pengharaman pengimportan alat ganti terpakai bukan saja akan menjejas periuk nasi kedai half cut, tetapi akan menjejas rezeki bengkel-bengkel kecik yang cari makan servis keta-keta lama. Dan sebenarnya banyak bengkel-bengkel ni milik bumiputera.

    Satu lagi sudut yang aku nampak, secara tak langsung dia akan kacau business majalah KERETA dan yang sewaktu dengannya. Senario modifikasi kereta di Malaysia rata-rata ialah kereta yang diubahusiai dari enjin-enjin terpakai yang diimport. Kebanyakkannya jugak pakai keta lama untuk jadi platform. Kita bukan mcm Jepun atau Amerika yang modified semua pakai barang baru. Tu pun byk gak pakai enjin 2nd hand dan keta-keta lama cam Civic EF/EG/EK yang cukup byk kat USA. Lepas ni majalah KERETA nak cari bahan kat mana? Keta2 gempak cam Skyline & Evo berapa kerat sgt rakyat Malaysia pakai? Itu pun akan pupus sbb gomen nak haramkan jugak import keta recond. Berapa ramai yang mampu beli Nissan GT-R atau Mitsubishi Evo X BRAND NEW? Mungkin majalah KERETA kena tukar konsep jadi majalah cam URTV.

    Cuba citer camne aku, Mat Pon, Baii & Mak UIA nak cari makan pasni?

    • tambest on 29/10/2009 at 5:36 PM
    • Reply

    amid, agak2 nak jadi rakyat jepun senang tak?jom blah g jepun…gua pandai skit2 bahasa jepun…ala bukan susah, tiru je bahasa dlm Doraemon tu

    • on 29/10/2009 at 6:23 PM
    • Reply

    500% tak stuju kdai halfcut tutup..gomen mcm bodo

    • LooLaapALooza on 29/10/2009 at 6:59 PM
    • Reply

    yela amid..xkan nk beli keta stok or ready make performance..mana nk cekau duit brlambak2..lainla cucu or cicit kerabat..lgpn feel main keta xde la time 2..majalah KERETA akan trjejas bisnes la..matkacau pn xleh nk jawab sms merapu meraban dh..xdapat bayangkn suma nie berakhir..sedih ar plak..mmg lmbat g.JUN 2011..tp ms bukan nya jalan mcm siput sedut ke siput babi..

    • Babun on 29/10/2009 at 7:29 PM
    • Reply

    1.Sah2 lepas ni majalah kereta review keter Gen2 pakai bodykit Ah Beng je.
    2.SDB plak mampus pasal orang tak mampu beli piston baru tiap2 round.
    3.Runner kedai potong dah tak boleh ‘belari’ lagi. Kena tukar kedai diorang jadik kedai makan pulak
    4.Klu ECU EK aku kong, kena la modified pakai ECU campro
    5.Ikut pemahaman aku, benda ni bukan brg halfcut je, tp termasuk alat ganti baru dari luar. Klu gitu, performance part mcm kat N1 camna pulak? Diorang pun kena bungkus jugak ke?

    • gunners on 29/10/2009 at 7:58 PM
    • Reply

    itulah nasib jadik rakyat malaysia yang didahulukan,pencapaian diutamakan….. ape2hal rakyat dulu…….

    • on 29/10/2009 at 9:26 PM
    • Reply

    Woi woi apa benda ni woi, gua dok pahang mende tau awok2 dok cakat

    • bonot on 29/10/2009 at 11:48 PM
    • Reply

    stuju ngn tambest. wat train byk. jual kete murah mcm kat jepun. tutup proton ngn perodua. sebab 2 ekor sykt mangkuk ni merosakkan impian rakyat malaysia nak pakai kete yg berkualiti. diorg ni mcm kera dihutan disusukan, anak mati kebulur. copy kete org, ngaku kete sndiri. jual kt luar negara bkn main cantik kete

    • karipap on 30/10/2009 at 12:29 AM
    • Reply

    Aku heran kenapa m’sia sangat pandang berat dengan keter 10 tahun keatas. Memula tawar 5k suruh tukar. Bila tak jalan naikkan pulak insuran. Masih tak jalan, dia nak buat hukum mandatori dengan elv. Apa salah keter lama? Teruk? bahaya? Menyakitkan mata?

    Keter iswara tua aku sedap lagi bawak sampai skang. Tak penah eksiden pun. Hidup pun aman sbb takde hutang bank. Apesal nak paksa aku tukar keter baru?

    Keter kat m’sia bukan mcm kat jepun. Beli keter macam beli barang kat pasar. M’sia kena load 9 tahun baru mampu pakai keter. Takan seumur hidup kena pikir pasal keter je. Beli rumah, hantar anak pegi U, pegi haji tak perlu pikir? Banyak lagi tanggung jawab dunia/akhirat kena pikir selain dari keter.

    Pendapatan kelas ke 3, taraf hidup kelas pertama.

    • qafxxxx on 30/10/2009 at 1:10 AM
    • Reply

    huhhh…..ape bende ni…yang hidup susah terus melarat..yang senang, senang sampai mati…pakai beskal je senang…

Leave a Reply to karipapCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.