Citroen SM: Dari Presiden Hinggalah Pelakon Pakai!

732px-1970_Citroen_SM

Kenangan saya tentang Citroen sekolah lama ialah saiznya yang besar dan suspensi yang  akan naik dan turun secara automatik bila enjin dihidupkan dan dimatikan. Memang sejuk [cool]. Dan hari ini saya nak kongsi bersama sekutu Citroen SM yang kini dah berusia 40 tahun.

Kereta coupe berprestasi dari Citroen ini dihasilkan dengan kerjasama Maserati dan mula dipertontonkan pada umum pada Pertunjukan Kereta Geneva pada 11 Mac 1970 – 40 tahun lepas.

Citroen_SM_interior

Citroen SM adalah kereta yang selesa dan pada zamannya adalah ikon desain futurustik, berkualiti, suspensi luar dunia dan laju. Memang hebatlah pada zaman 70 an dan tak banyak kereta dengan spesifikasi macam itu. Bukti SM hebat ialah bila ianya memenangi tempat ketiga European Car of the Year Awards pada tahun 1971. SM juga memenangi Motor Trend Car of the Year Award di US pada tahun 1972.

Dikuasakan oleh enjin V6 Maserati, SM adalah salah satu dari kereta pacuan depan paling laju dengan kelajuan maksimum 220km/j. SM juga hebat di dalam perlumbaan dengan memenangi tempat pertama Morocco Rally pada tahun 1971.

Teknologi moden yang digunakan SM pada zaman itu ialah stereng berkuasa, suspensi hydro-pneumatic [apa benda ni?] dengan pelarasan ketinggian automatik dan 6 lampu utama boleh laras automatik. Cakera breknya ada pada keempat roda dan sistem breknya mempunyai kawalan automatik di mana kuasa membrek ditentukan berdasarkan beban dan pembahagian berat kereta.

800px-Citroen_SM_at_Anet

Pemilik Citroen SM tak kurang hebatnya, antaranya ialah Jay Leno, pemain drum Rolling Stones, Charlie Watts, penulis, Graham Green dan pelakon, Lee Majors. Presiden Perancis bermula daripada Georges Pompidou hinggalah Jacques Chirac menggunakan 2 buah SM dengan modifikasi khas yang dinamakan ‘presidentielle’.

Gila olskool. Sesuai untuk Matpon dan Mat Kacau.

Sumber teks: Newspress/Citroen UK

Sumber gambar 1: Wikipedia Gambar 2: Wikipedia Gambar 3: Wikipedia/Charles01[Bersyarat]

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Longgaq on March 19, 2010 at 8:21 am
    • Reply

    Memang rare gla keta ni

    • on March 19, 2010 at 8:50 am
    • Reply

    1st taim gua tgk kete ni depan mata tahun 1983 …masa tu gua baru umor 6 tahun…Hahaha

    • storns78 on March 19, 2010 at 10:07 am
    • Reply

    Feranchis memang terkenal dengan kereta keluarannya yg pelik2. pelik dari segi rupa dan spesifikasi

  1. “Teknologi moden yang digunakan SM pada zaman itu ialah stereng berkuasa, suspensi hydro-pneumatic [apa benda ni?] dengan pelarasan ketinggian automatik dan 6 lampu utama boleh laras automatik.”

    Suspensi hydro-pneumatic- sama mcm suspensi hydraulic, cuma ni guna sistem angin/minyak. Kira keta ni boleh tinggi dan rendah dengan satu suis.

    • jual air soya on March 19, 2010 at 12:17 pm
    • Reply

    SM SALIM pn de pki jgak kete nih..

    • Joule on March 19, 2010 at 7:41 pm
    • Reply

    Hehehe..

    • mistachubby on March 19, 2010 at 9:37 pm
    • Reply

    huh kagum betul aku kat mat

  2. Gua rajin kerja pun kena bahan. Kecik hati gua pasrah di tasik madu pakai topi mengkuang mendayung perahu.

    • belalang_kontot on March 21, 2010 at 6:30 pm
    • Reply

    nape citroen ax da tak pakai Suspensi hydro-pneumatic?
    kalo pakai, mst mat kacau nye idung tak sudah2 kembang…

    • ST3884K on April 4, 2010 at 10:50 am
    • Reply

    alow…WA XPUAS ATI GILER NI…HARGA MJALAH KERETA D TAWAU SAMA MCM HARGA DULHILL 20…APA CER NI….

  3. Citroen SM is the hallmark of French car makers. A car that was built beyond its time. Using the same engine as the Maserati (super car)… simply the best and very comfortable car.

    Citroen AX although it does not come with hydropneumatic suspension, but it use a rather conventional suspension system but without compromising the level of comfort. There are few Citroens that dont use hydropneumatic suspensions such as the ZX, Xsara, Saxo, C3…. as these cars caters for different market segment…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.