Volvo S60 BTCS: Racing ni Jo!

Volvo S60 BTCS

Volvo S60 ini baru beberapa minggu sahaja diperkenalkan kepada umum dan kini Volvo memperkenalkan versi perlumbaan pula. Volvo Cars Belgium akan menggunakan model ini untuk berlumba dalam Belgian Touring Car Series musim 2010. Peminat Volvo tak perlu tunggu lama, perlumbaan pertama akan bermula pada 11 April akan datang.

Volvo S60 BTCS dibina dalam masa singkat oleh Volvo Belgian S60 Racing Team dan akan dipandu oleh Vincent Radermecker dan Eric Van De Poele.

BTCS adalah perlumbaan tahan lasak dengan enam pusingan di trek Spa, Zolder dan Dijon. Setiap perlumbaan ada 2  pusingan 90 minit dan 12 jam di Spa. Volvo S60 ini akan bersaing sengit dengan kereta Conti lain seperti BMW, Audi, Jaguar dan VW. BTCS semakin berkembang pantas dari segi jenama terlibat dan jumlah peserta kerana kosnya yang rendah, gabungan prestasi tinggi dan kereta yang mempunyai penampilan menarik. Siri perlumbaan turut disiarkan di beberapa negara dan semakin popular.

Spesifikasi Teknikal Volvo S60 BTCS

Peraturan: BTCS Silhouette S1

Chasis: Rangka Tubular

Suspensi Depan: Independent with 3-way adjustable shock absorbers

Suspensi Belakang: Independent with 3-way onboard adjustable shock absorbers

Brek: Calliper 6 omboh, cakera 380mm dan Caliper 6 omboh, cakera 355 di belakang

Enjin: Pemasangan tengah, 3,500cc V6

Kuasa Enjin: 410hp dengan 412Nm @ 5,500rpm

Kotak Gear: 6 Kelajuan sequential, FR!

Roda: 10″ X 18″ [Depan] dan 12″ X 18″ [Belakang]

Tayar: Michelin 27/65/18 [Depan] dan Michelin 30/65/18 [Belakang]

Sumber: Volvo

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • pak mat tempe on 02/04/2010 at 8:28 AM
    • Reply

    dpt kete nie.. seminggu tdo dlm kete nie je hahahaha

    • brianbadboyz on 02/04/2010 at 8:29 AM
    • Reply

    x tau nk komen ape.

    • amy 2zz1 on 02/04/2010 at 11:36 AM
    • Reply

    dapat keta ni..aku gegar sic lah..tgk F1..hahaaha

    • anon_nimbus on 02/04/2010 at 12:43 PM
    • Reply

    aduh…menjejes air mate..rase nak layan 240 balik je rase..idaman qalbu mak mentue…

    • Cekwang on 02/04/2010 at 8:06 PM
    • Reply

    Ganaszzz… Main kejar2 dgn evo 10 pdrm. hahaha

  1. seb baik la atuk ako hadiahkan ako 122 Amazon…oldskool rules!

    • on 02/04/2010 at 11:51 PM
    • Reply

    best tengok Touring Car Series ni..
    langar2,himpit2,tunjuk jari hantu kt org yg himpit diorg?syok..layan habis..semua hati kering punya….
    Tp astro jarang r tunjuk,boring wa..asyik2 Golf dgn game bodoh pe tah..rugi bayar yuran bulanan..

    • azwan nbs on 03/04/2010 at 3:19 PM
    • Reply

    bole drift tak kalo gune kete nie…???

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.