Tim Rali Proton Terima Jalur Gemilang di Putrajaya!

Proton Satria Neo S2000

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek  pada Selasa menyerahkan Jalur Gemilang kepada Tim Rali Proton R3 Malaysia sebagai tanda bermulanya Asia Pacific Rally Championship [APRC] musim 2010 dan perakuan inisiatif pembuat automotif kebangsaan dalam meningkatkan nama negara di arena sukan permotoran dunia. Beliau turut dipertontonkan PROTON Satria Neo S2000 pada majlis tersebut.

Pengarah Urusan Proton Holdings, Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang menerima bendera tersebut berbangga dengan penghormatan yang diberikan dan ianya momen bersejarah kepada PROTON kerana pengiktirafan kerajaan dalam usaha mereka. Beliau juga turut menggesa tim supaya menggunakannya sebagai motivasi untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa terbaik sepanjang musim 2010.

Proton Satria Neo S2000

Kerjasama PROTON dengan Mellors Elliot Motorsport akan menyaksikan penyertaan PROTON dengan dua buah  Satria Neo S2000 dalam 6 daripada 7 pusingan APRC. Sepertimana penglibatan PROTON dalam Formula 1 melalui Lotus Racing, rali juga merupakan platform yang efektif bagi membina kesedaran jenama kerana kenderaan yang digunakan akan menarik banyak perhatian daripada peminat, penonton dan publik amnya.

Kempen PROTON dalam APRC akan dipelopori oleh bekas pemandu World Rally Championship [WRC] Alistair McRae dengan jurupandu arah Bill Hayes dan Chris Atkinson dengan jurupandu arah Stephane Prevot. McRae dan Hayes telah memainkan peranan signifikan dalam membantu pembangunan Satria Neo S2000 pada 2009 manakala Atkinson dan Prevot pula ialah bekas pemandu dan jurupandu arah Subaru World Rally Team dan juga pemenang 2 kali Asia Pacific Super 1600 Championship pada tahun 2003 dan 2004.

Proton Satria Neo S2000

Satria Neo S2000 membuat penampilan sulung pertandingan di Intercontinental Rally Challenge [IRC] pada 2009 dan mencatat kejayaan yang membanggakan dengan menamatkan perlumbaan secara konsisten dengan kedudukan 10 teratas dalam 6 pusingan kejuaraan bersaing dengan tim pembuat yang lebih mapan seperti Peugeot, Skoda, Fiat, Subaru dan Mitsubishi. Kejayaan terbaik adalah tempat kedua di Rali Scotland dan keempat Rali Rusia. Proton juga turut bertanding dalam 3 pusingan APRC musim 2009.

Proton Satria Neo S2000

Pusingan pertama APRC 2010 adalah Rali Malaysia di Johor Bahru hujung minggu ini dan seterusnya di Jepun, New Zealand, Australia, Indonesia dan akhir sekali di China. Dato’ Haji Syed Zainal juga memaklumkan PROTON sedang dalam proses penilaian untuk menyertai IRC 2010. Jika ianya menjadi kenyataan, mereka akan menyertai pusingan di Sardinia, Itali dari 4 hingga 6 Jun depan.

Foto: PROTON

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

9 comments

Skip to comment form

    • pak mat tempe on 22/04/2010 at 8:46 AM
    • Reply

    wah…. best2

    • jelapangPadi on 22/04/2010 at 9:07 AM
    • Reply

    gambar 4-

    lebar betul fender s2000 nie…,tpi xpe,nmpak lagi kejam itu kereta..

    • on 22/04/2010 at 9:22 AM
    • Reply

    Harap2 tim ini akan lebih berjaya pada masa hadapan…malaysian boleh..

    • storms78 on 22/04/2010 at 10:07 AM
    • Reply

    wa mau tanyelah knape no plate dia bkn mcm no pendaftaran jpj??? ada sape2 boleh jelaskan………..

    • ala lingkup on 22/04/2010 at 10:13 AM
    • Reply

    apa crita team ni ngan irc

    • Joule on 22/04/2010 at 12:47 PM
    • Reply

    Bagus bagus..

    Cume design kete xcukup rimau la..

    Tim ni kurang mendapat tajaan ke..?
    Banyak produk buatan malaysia yang boleh diketengahkan..

    • teamsleepnine on 22/04/2010 at 5:42 PM
    • Reply

    storms 78….keta ni registered kat uk…bukan registered kat malaysia.

    • pendita_gila on 22/04/2010 at 7:41 PM
    • Reply

    kereta buatan rawang x buat ker macam ni???

    • on 23/04/2010 at 11:39 AM
    • Reply

    ehehe.. bagi aku larr.. cukup laa menyertai APRC dulu.. nnt2 baru pikir IRC.. bikin nama gempak dulu dalam APRC.. aper2 pun wa bangga pasal wa ader sikit kontribusi dgn tim nie..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.