Matpon dengan helmet putih pinjam dan EX5 Veyronnya mesti panas je dengar ni. Stig yang asli iaitu Encik Stig Blomqvist akan memandu kereta lagenda Audi Sport Quattro di Live Action Arena sempena Autosport International yang bakal berlangsung dari 14 – 17 Januari depan di Birmingham. Kepada Matpon, sebelum lu cakap besar kereta rali Group B terutama sekali Audi Quattro ini adalah legenda rali, kuasanya sahaja 550bhp! dan kereta kumpulan B ini diharamkan sebab kuasanya terlalu tinggi dan sangat merbahaya untuk dipandu di litar rali. Bayangkan tahun 80an dulu dengan kuasa begitu, berdesup macam pesawat nak terbang rasanya dan disebabkan itulah beberapa jagoan rali dulu menemui ajal. Tergolek dalam gaung dan terus rest in peace.
Encik Stig yang asli ini pula adalah juara WRC tahun 1984, jadinya memang otai sangatlah. Masa itu Karamjit Singh pun baru nak berjinak dengan rali manakala saya pula mungkin sibuk layan kartun di rumah. Kereta yang bakal dipandunya adalah salah satu dari 20 produksi yang dikeluarkan pada tahun 1985.
Encik Stig asli memang teruja hendak memandu kereta ini, “Sport Quattro ini mengimbas kembali kenangan indah saya, ianya sangat laju, sangat laju dari selekoh ke selekoh dan juga semasa selekoh!
“Dengan kuasa yang anda, memang susah tapi sangat seronok untuk dipandu. Pastinya ianya akan menjadi persembahan yang menyeronokkan semasa Autosport International nanti dan juga para penonton akan teruja untuk menonton.” tambahnya.
Turut akan menghadiri acara tersebut ialah Jenson Button, bekas pemandu F1, Martin Brundle yang sekarang ini kerja komentator F1 dan juga juara 2 kali Le Mans, Allan McNish.
Saya syak BBC TopGear dapat ilham The Stig dari Encik Stig asli ini. Pada 2002, Encik Stig asli menolak tawaran pemandu uji TopGear dan The Stig pun…
Sumber: Crash.net Gambar Audi: Wikipedia dengan lesen ini. Gambar Metro 6r4: Wikipedia dengan lesen ini.
-Mak Uia-
ps: Matpon, cuba teka berapa umur Encik Stig asli ni?
_________________________________________
Matpon: Meh gua teka, umur dia lagi tua dari gua dan lu. Kepada sekutu semua apa macam semi angkatmuka [facelift] GT, ada suka? Tak siap lagi ni. Gua tak jumpa pemutar skru philips.
14 comments
Skip to comment form
masyuk beb dengar bunyi Audi S1 Quattro tu…
http://www.youtube.com/watch?v=ozntieZs8Bg
Enjoy!!
perkh…. mat. dasyat tul keta ni…
kete ni ones of the rally legendary!!
550bhp?1985?
meng otai?mat ko jgn berangan nk jd stig?
sbb stig yg sebenar dh muncul..
dia akan balas dendam pd sesiapa yg menyamar jd beliau?
trima la akibatny….
nampak sofistikated la facelift lu orang ni..gua suka..
main dalam grand torismo mmg laju kereta ni….
ni kira ok la quattro ni 4wd, tu yg keta lain lancia, peugeout semuat rwd rilek je 5++ hp rwd main rally x de anti lag, abs, traction control, and gearbox x de nya sequential ke f1 style… respect! lagenda rally!
ex-Z2H
Itulah, lu rasa mana dia buat ekzos macam tu? Entah2 kat JFA Sunway.
smut liar
Gua biasa-biasa je. Jeling dari tepi.
exJAVANESE
Ye lah, entah-entah camera trick.
jalan tar kampung
Gua cari juga FB dia, gua nak say hi.
carragher27
Hnssssssssss hnssssssss. Mak Uia kata dia nak lawan ngn sapa tah.
penditagila
Jangan leka sangat, tak elok nanti saudara jiran tetangga tengok.
speed
Berilmu tinggi juga lu ni ek. Kagum gua.
Oklah jom solat maghrib jemaah.
ade 3 orang stig, 1 tertinggal d mesia tuko name mat pon, 2 lagi kat obesea, berapa laju kete mat pon?……….
matpon…
Diorang wat ekzos kat Wei Yip la…”Kami tak tipu customer..”
speed
peh,giler ah…. memang tahap dewa……..
Mat Pon a.k.a Stig Malaysia…Hahahaha…
dasyhat..
kotak yg berdesup!!