Scion xB RS 7.0: Amerika la pula!

xB-RS7_F34_Web

Bosan asyik layan automotif dalam negara saja kita layan kereta seberang laut la pula. Kalau sekutu semua perasan sejak minggu lepas lagi saya post entri kereta dari Amerika, bukan apa pasaran sana besar, kereta pun macam-macam sebab itu hampir kesemua pembuat kereta mempunyai kilang di sana. Contohnya Toyota, syarikat ini saja ada 3 jenama iaitu Toyota, Lexus dan Scion. Toyota dipasarkan untuk orang kebanyakan, Lexus pula untuk pasaran premium manakala Scion untuk muda-mudi.

Scion xB Release Series 7.0 atau nama singkatnya xB RS 7.0 adalah model produksi terhad [limited edition] yang hanya dibuat sebanyak 2 ribu unit saja untuk pasaran Amerika.

xB-RS7_Badge-Side

Kereta ‘kotak’ ini didatangkan dengan 4 unit kit badan DAMD [yang mahal gila] yang biasanya orang guna buat mekap gaya VIP. Pernah sekali saya dengar orang beli kit badan DAMD Jazz dengan harga hampir RM10 ribu, apa yang mahal sangat saya pun tak tau, mungkin susah nak pecah atau retak agaknya. Kemudian pula warna badan xB ini pula dinamakan Murasaki, nampak macam pelik saja tapi sebenarnya Murasaki tu bermaksud unggu dalam bahasa Jepun.

xB-RS7_Exhaust-Underside

Selain daripada kit badan, tak macam Vios TRD yang hanya guna TIP EKZOS KROM konon-konon nak bagi nampak resing, xB ini guna peredam bunyi TRD yang keluar dari tengah-tengah bumper. Barula sedap sikit ada bunyi bass. Bila dah guna muffler resing takkan kereta nak jinjang macam zirafah, jadinya dipasangkan spring sukan TRD yang merendahkan kereta ini kepada 1 inci. Pada belah dalaman pula kerusinya disulam logo RS dan siap ada tombol gear RAZO GT Formula Spec. Tapi satu hal yang agak tak kena ialah dia guna rim besi je, memang tak boleh blah tapi boleh jadi Toyota pun tau muda-mudi yang beli memang akan pergi kedai papan cawangan Amerika untuk tukar rim.

xB-RS7_Rear_withSpoiler

Agak-agak siapa nak beli bolehlah bertanya dengan Toyota Amerika, harga dia pula USD 18,320 untuk manual dan USD 19, 270 untuk auto.

Sumber: Toyota

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

14 comments

Skip to comment form

  1. first..haha..tak baca pun lg. 😛

    http://ruangvakum.blogspot.com

  2. first komen.haha..

    http://ruangvakum.blogspot.com

    • smut liar on 04/01/2010 at 12:59 AM
    • Reply

    gua ilmu tak byk…
    tak tau nak komen apa..
    mat mat…

    • natubaik on 04/01/2010 at 1:19 AM
    • Reply

    alza

    • carragher27 on 04/01/2010 at 7:47 AM
    • Reply

    gua ingat minta satu AP kat menteri..baru boleh beli..

  3. satu sampah yg mahal dari toyota@kumpulan scoin….

    • on 04/01/2010 at 10:10 AM
    • Reply

    Kalo logo SCION ni letak kat kete gua mesti cun lah…takde la asyik2 PASSO jerk…Amacam?..Baru nampak cam kete American..

    • zulkim on 04/01/2010 at 3:02 PM
    • Reply

    nape org putih punye design kotak2…ford pon kotak gak..

    • on 04/01/2010 at 5:22 PM
    • Reply

    tah…

    • lancer ck on 04/01/2010 at 5:34 PM
    • Reply

    ada mcm toyota BB kan..lalala

    • gunners on 04/01/2010 at 6:45 PM
    • Reply

    natubaik: a’ah,tapi versi vip…

    • Rim sukan sudu on 04/01/2010 at 9:20 PM
    • Reply

    Tak macam Vios TRD.

    • on 04/01/2010 at 9:58 PM
    • Reply

    Perkh kete kotak macam ni I likeeee bebeh!

    • azwan nbs on 08/01/2010 at 9:23 PM
    • Reply

    aku pon same suke kete kotak tapi lancer a172 la…tak main la kete2 kotak moden….klasik brooooo….baru best…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.